quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Bertrand dan Mendy telah dibida rasmi City?

Ryan Bertrand telah dikaitkan dengan perpindahannya ke City sepanjang musim panas dan hari ini media percaya beliau telah dibida secara rasmi.

Akhbar the Daily Mail melaporkan pemain pertahanan Southampton itu telah menduduki senarai teratas sasaran Pep Guardiola dengan Benjamin Mendy turut hampir.

Bertrand kerap diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan England sejak berpindah ke Southampton dari Chelsea dan the Saints dikatakan tidak berhasrat menjualnya.

Namun tawaran bidaan sekitar £25 juta untuk bek berumur 27 tahun itu diharap dapat menarik perhatian untuk menerimanya, walaupun the Saints dikatakan mahukan harga £30 juta.

Image result for benjamin mendy

Dalam masa yang sama rundingan masih diteruskan dengan Monaco untuk pembelian Benjamin Mendy dan Spurs dijangka akan menaikkan harga buat Kyle Walker dari harga asal £50 juta.

Sementara itu seorang lagi sasaran City, bek Juventus, Leonardo Bonucci timbul semula dengan laporan terbaru dari akhbar Itali, Gazetta dello Sport yang menanyakan ejen Bonucci samada beliau telah dihubungi Chelsea dan Manchester City.

Namun beliau menafikan menerima pertanyaan rasmi untuk pemain berusia 30 tahun tersebut dari kedua-dua kelab sebagaimana musim lalu. Namun Gazetta percaya Juventus akan meletakkan harga sekitar 40-45 juta Euro, lebih rendah berbanding musim lalu.

Image result for leonardo bonucci

Hubungan Bonucci dengan Juventus kini dikatakan agak renggang dan beliau juga lebih tua setahun berbanding musim lalu, jadi harga tersebut difikirkan munasabah.

Kami kembali lagi esok untuk segala gosip dari media tentang City…

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga