quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Visi jangka panjang Pep untuk City

Tiada nama baru dikaitkan dengan City di dada akhbar haru Rabu, namun nama-nama sedia ada terus hangat diperkatakan…

Namun begitu kami paparkan laporan menarik akhbar the Telegraph tentang ulasan Pep Guardiola berkenaan wawasan jangka panjangnya buat City.

Akhbar itu memetik wawancara bos City dengan akhbar sukan harian berbahasa Catalan, L’ Esportu yang menyatakan Pep seronok dengan musim pertamanya di Stadium Etihad, namun memperakui kesukaran kelab untuk menempatkan diri di kalangan pasukan elit Eropah.

Image result for pep interview

“Ramai orang memperkatakan yang musim pertama saya di City tidak cukup bagus berbanding dengan apa yang telah saya lakukan sepanjang tujuh tahun menjadi jurulatih dan menjuarai enam liga,” ujar Pep.

“City adalah satu pasukan hebat namun untuk mencapai tahap seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan Juventus ia agak rumit. Anda perlukan masa, sekurang-kurangnya sedekad.”

Beralih kita ke gosip perpindahan pemain, bintang Jerman yang bersama Roma, Antonio Rudiger telah dikaitkan dengan City sepanjang musim panas. Namun beliau turut diintai oleh Chelsea untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh John Terry.

Rudiger telah membantu pasukan negaranya menjuarai Piala Konfederasi Ahad lalu dan perletakan harga sebanyak £33 juta oleh Roma hampir dipersetujui City.

Image result for antonio rudiger

Namun pesaing terdekat, Chelsea dikatakan ingin menyekat cubaan City tersebut dengan menawarkan bidaan lebih tinggi.

Sementara itu berita terbaru Alexis Sanchez yang telah dikaitkan dengan City sejak musim lalu dilaporkan oleh media di negaranya, Chile akan kekal di Stadium Emirates.

Sanchez dilaporkan bersedia menolak tawaran City sekiranya Arsene Wenger dapat memenuhi dua syarat iaitu tuntutan kenaikan gaji ke £300,000 seminggu berbanding sekarang £130,000, lebih sekali ganda.

Syarat kedua pula, Sanchez menuntut supaya Arsenal menandatangani para pemain baru agar dapat bersaing untuk merangkul piala-piala utama.

Related image

Sekiranya tuntutan-tuntutan tersebut tidak dapat dipenuhi bintang Chile berusia 28 tahun akan menerima tawaran City untuk bersatu kembali dengan bekas bosnya , Pep Guardiola di Stadium Etihad.

City difahamkan berkeyakinan untuk memeterai perjanjian mendapatkan khidmat penyerang Arsenal tersebut dengan bidaan sebanyak £50 juta. Namun begitu Wenger bertegas tidak ingin menjualnya namun bersedia melepaskan Sanchez secara perpindahan percuma musim depan selepas kontraknya tamat.

Walau apa pun ia hanyalah sekadar laporan dan gosip media. Berita rasmi hanya akan disahkan oleh kami di saluran media dan sosial media termasuk my.mancity.com dan @ManCityMAS.

Apa Kata Media

Mendy hampir sertai City?

Ruangan gosip media UK dan Eropah terus heboh memperkatakan perkaitan para pemain dengan City selepas jendela perpindahan dibuka secara rasmi Sabtu lalu.

Benjamin Mendy dilaporkan hampir menyertai City selepas Monaco mendapat penggantinya

Galeri Foto

Penandatanganan: Galeri perpindahan klasik

Berita Pasukan Utama

Senarai penandatanganan Musim Panas 2008-17

Dengan Jendela Perpindahan Musim Panas 2017 kini dibuka, kami membawa anda meninjau kembali para pemain yang ditandatangani kelab antara bulan Julai hingga Ogos sejak beberapa dekad lalu.

Senarai penandatanganan pemain baru Musim Panas 2008-2017