quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

City bakal pecah rekod dunia bida Mbappe?

Manchester City sekali lagi menjadi tumpuan utama gosip perpindahan pemain oleh media hari Rabu.

Beberapa laporan mengatakan yang City bakal mencatat rekod dunia untuk membida penyerang muda Monaco, Kylian Mbappe dengan rekod £140 juta.

Laporan-laporan tersebut mencadangkan yang persaingan untuk mendapatkan khidmat pemain muda Perancis berusia 18 tahun itu antara City dan Real Madrid yang turut dikaitkan dengan Mbappe.

Akhbar the Daily Mail melaporkan yang City berharap dapat ‘menyailang’ bidaan Real Madrid untuk memujuk Mbappe berpindah England berbanding ke Sepanyol.

Image result for kylian mbappe monaco 2017

“Usaha City untuk mendapatkan Mbappe dengan nilai £89 juta ditolak mentah-mentah Monaco, angka yang sama dibayar oleh Manchester United ke atas Paul Pogba musim lalu.

“Real telah bersetuju membayar £160 juta untuk kontrak enam tahun buat Mbappe namun City masih tidak menyerah kalah dalam perebutan tersebut.”

Laporan ESPN mengatakan yang City bersetuju untuk membayar apa sahaja tawaran harga yang diletakkan oleh pemain yang paling menjadi tarikan banyak kelab di Eropah musim panas ini.

“City bersedia menawarkan jaminan yang Mbappe akan kerap diturunkan bermain meskipun City sudah mempunyai ramai pilihan penyerang dengan adanya Sergio Aguero, Gabriel Jesus, Leroy Sane dan Raheem Sterling.”

Related image

Manakala, akhbar the Daily Mirror pula melaporkan yang City kelihatan tidak akan berpatah arang kepada Real Madrid dalam sasaran mendapat pemain paling berbakat.

“Pep Guardiola mengatakan yang City boleh bersaing untuk mendapatkan para pemain yang sama dikehendaki Real Madrid seperti Mbappe dan menegaskan mereka mempunyai kekuatan kewangan setanding dengan juara Eropah 12 kali tersebut.”

Beralih ke berita lain, pemain pertahanan baru City yang berpindah dari Real Madrid, Danilo mendedahkan yang beliau telah menolak tawaran menyertai Chelsea sebaliknya memilih City.

Akhbar the Manchester Evening News dalam wawancara dengan pemain tersebut memetik kata-kata bek Brazil berusia 26 tahun, “Ia bukanlah satu keputusan yang susah untuk memilih antara City dan Chelsea.

Image result for danilo manchester city

“Saat Pep dan City menelefon saya, saya sudah tahu apa yang perlu saya lakukan.

“Segalanya berlaku amat pantas. Saya ketika itu masih berlatih bersama Real Madrid dan Pep telah menelefon saya dan saya amat bersemangat untuk bekerja bersama dengannya.

“Saya pasti saya perlukan perubahan, saya perlu fikirkan tentang diri saya dan mencari tempat dimana saya diberikan pilihan terbaik.” 

Berita Pasukan Utama

10 Perkara anda perlu tahu: Benjamin Mendy

Galeri Foto

#BlueMendy: Galeri penandatanganan

Berita Pasukan Utama

Man City tandatangani Mendy

Manchester City sukacita mengumumkan penandatangangan Benjamin Mendy dari AS Monaco.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu telah menandatangani perjanjian lima tahun dengan kelab dan akan memakai jersi No.22.