quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Mendy hampir sertai City?

Ruangan gosip media UK dan Eropah terus heboh memperkatakan perkaitan para pemain dengan City selepas jendela perpindahan dibuka secara rasmi Sabtu lalu.

Akhbar the Sun percaya yang peluang City untuk menandatangani bintang Monaco semakin cerah selepas juara Ligue 1 Perancis itu berjaya mendapat penggantinya.

Bos Monaco Leonardo Jardim telah menandatangani Terence Kongolo dari Feyeneoord dan wartawan akhbar tersebut percaya yang perpindahan Mendy ke Manchester semakin hampir kini.

Pemain pertahanan kiri berusia 22 tahun telah menjadi antara sasaran utama Pep Guardiola yang diletakkan harga sebanyak £40 juta oleh Monaco.

 Image result for Mendy monaco

Monaco telah menyempurnakan pembelian pemain pertahanan baru mereka, Terence Kongolo dengan yuran perpindahan sebanyak £13.1 juta.

Ia merupakan berita melegakan buat Mendy yang jelas mengatakan pendiriannya untuk mengikuti jejak bekas rakan sepasukan Bernardo Silva berpindah ke Stadium Etihad.

Sementara itu Simon Curtis dari ESPN percaya penambahbaikan posisi pertahanan penuh adalah amat diperlukan untuk City dengan visi Pep Guardiola melengkapkan skuad impiannya menjadi kenyataan.

Katanya, hubungan City dengan bek penuh mereka kurang memuaskan dan mempunyai sejarah panjang, dengan permulaan cemerlang semasa Manuel Pellegrini tiba ia kemudiannya timbul masalah dengan siri kecederaan para pemain bek penuh Blues.

Apabila Pep Guardiola mengambil alih tugasan banyak spekulasi berligar tentang posisi tersebut dengan bos asal Catalan itu ingin melakukan rombakan dengan bek penuh yang lebih dinamik bersesuaian dengan corak permainan yang berubah-rubah.

Image result for Kyle Walker vs man city

Kini posisi tersebut dikaitkan dengan nama-nama seperti Kyle Walker dari Spurs atau Dani Alves yang akan meninggalkan Juventus yang kedua-duanya amat sesuai dengan taktikal Guardiola inginkan.

Pemain pertahanan kanan England, Walker telah berperanan di posisi bek penuh dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan begitu lincah beraksi di bahagian sayap berbanding pemain lain. Sementara bek asal Brazil, Alves sejak sekian lama dikagumi Pep dengan pertahanan mantap dan separa menyerangnya.

Manakala Mendy yang kelihatan hampir menyertai skuad Pep seperti dilaporkan oleh akhbar Perancis, L’Equipe yang akan memperkasakan lagi barisan pertahanan City.

Sama ada bintang Southampton, Ryan Bertrand akan bersetuju berpindah ke Manchester masih belum dikenalpasti, namun Guardiola dijangkan akan merekrut para pemain baru yang cukup untuk memenuhi setiap posisi dengan dua pemain yang sama handal.

Apa sahaja boleh berlaku sehingga jendela perpindahan ditutup pada jam 11 malam hari Khamis 31 Ogos nanti. Walau apa pun kami akan melaporkan kepada anda apabila perpindahan rasmi diumumkan nanti. 

Galeri Foto

Penandatanganan: Galeri perpindahan klasik

Berita Pasukan Utama

Senarai penandatanganan Musim Panas 2008-17

Dengan Jendela Perpindahan Musim Panas 2017 kini dibuka, kami membawa anda meninjau kembali para pemain yang ditandatangani kelab antara bulan Julai hingga Ogos sejak beberapa dekad lalu.

Senarai penandatanganan pemain baru Musim Panas 2008-2017

Apa Kata Media

De Boer: Guardiola akan menyengat musim depan