quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Ederson sedia bersaing untuk jadi No.1

Penjaga gol Brazil, Ederson Moraes mula menyertai latihan bersama rakan-rakan pasukan dan bersedia untuk merebut posisi No.1 di Manchester City.

Akhbar the Mirror melaporkan yang Ederson dan Claudio Bravo akan bertarung dalam merebut posisi tersebut dan cuba menambat hati bos mereka, Pep Guardiola.

City telah berbelanja sebanyak £34.7 juta untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun tersebut dari juara Portugis, Benfica dan difahamkan menyasarkan untuk menjadi pilihan pertama penjaga gawang City.

Bravo yang menerima banyak kritikan di musim pertamanya telah mempamerkan prestasi cemerlang semasa Piala Konfederasi bersama Chile untuk menjadi naib juara kepada Jerman dalam kejohanan dan menerima anugerah Sarung Tangan Emas.

Image result for claudio bravo chile confederations cup lift

Akhbar itu memetik kata-kata Ederson yang telah memuji Bravo dan percaya penglibatannya dalam Piala Konfederasi di musim panas baru-baru ini telah mengembalikan keyakinannya yang tampak pudar di musim lalu.

Sementara itu, sasaran City Dani Alves telah dilaporkan mengejutkan media dengan mengambil keputusan menyertai PSG, meskipun dikaitkan dengan City sepanjang musim panas.

Akhbar IB Times melaporkan yang Alves telah mendesak Juventus untuk melepaskannya yang membawa juara Itali itu menamatkan kontraknya serta merta.

Meskipun pemain pertahanan kanan itu dijangka disatukan kembali dengan bekas bosnya, Pep Guardiola, PSG telah menyekat cubaan City di saat-saat akhir dengan tawaran gaji lebih tinggi.

Related image

Ia dilaporkan Pengarah Bola Sepak PSG, Antero Henrique dan pembantunya Maxwell  telah memainkan peranan penting menarik Alves ke Parc de Princes yang telah menjalani ujian kesihatan pada hari Selasa.

Alves yang melangsungkan perkahwinan hari Sabtu lalu dengan model terkenal dikatakan mengambil keputusan mengikuti isterinya yang mendapat tawaran kerja di ibu kota Perancis dan dikatakan akan menandatangani perjanjian dua tahun sebagai ejen percuma hari Rabu dalam PSG untuk kembali sebagai juara Ligue 1 yang dirangkul AS Monaco musim lalu.

Sementara itu seorang lagi sasaran City, Benjamin Mendy, dilaporkan oleh akhbar sama memberi petanda akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris dalam masa terdekat selepas mengepos gambar di akaun Instagramnya dengan berseluar pendek bendera ‘Union Jack’ United Kingdom dan kapsyen berbunyi ‘ Jumpa anda nanti’.

Image result for benjamin mendy union jack

Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan akan mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya di AS Monaco, Bernardo Silva berpindah ke Manchester City dengan yuran perpindahan sebanyak £40 juta.

Manakala akhbar Manchester Evening News melaporkan yang Manchester City telah mendudukii senarai sepuluh teratas pasukan terbaik Eropah oleh UEFA buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Pasukan kendalian Pep Guardiola menduduki tempat ke-9 dalam senarai pasukan bola sepak terbaik Eropah dan merupakan kedudukan yang tertinggi antara kelab-kelab Inggeris mengatasi Arsenal (11), Chelsea (13) dan Manchester United (16).

Kedudukan tersebut berdasarkan prestasi yang konsisten di kejohanan peringkat Eropah sepanjang lima musim lalu ditambah kekuatan di liga tempatan masing-masing.

Image result for manchester city champions league 2016/17

Meskipun tersingkir di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu kepada Monaco, City telah beraksi di empat musim berturut-turut sebelumnya di peringkat kalah mati kejohanan dengan pencapaian terbaik sampai ke semifinal pada musim 2015/16.

Semenjak menduduki senarai 20 pasukan terbaik tahun 2014, City terus memperbaiki kedudukan mereka dan kali ini buat pertama kali tersenarai dalam 10 pasukan bola sepak terbaik Eropah. Moga terus meningkat di musim-musim mendatang!

Galeri Foto

City terus tekun berlatih di hari kedua

Apa Kata Media

Arsenal cuba halang hasrat Sanchez?

Gosip pemain terus kencang diperkatakan di dada akhbar sejak para pemain City kembali berlatih untuk persiapan musim baru kelmarin.

Alexis Sanchez dan Dani Alves bakal disatukan semula dengan Pep Guardiola.?

Galeri Foto

Pramusim bermula untuk skuad Pep