quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Arsenal cuba halang hasrat Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip pemain terus kencang diperkatakan di dada akhbar sejak para pemain City kembali berlatih untuk persiapan musim baru kelmarin.

Hari ini, akhbar Independent melaporkan yang sebarang usaha City untuk merembat Alexis Sanchez akan cuba disekat oleh bos Arsenal, Arsene Wenger.

Wartawan akhbar, Miguel Delaney percaya yang Sanchez begitu teringin untuk disatukan kembali dengan bekas jurulatihnya, Pep Guardiola yang beliau telah bekerja bersama di Barcelona namun Wenger bertegas untuk mengekalkan Sanchez lagi semusim di Stadium Emirates.

Image result for sanchez pep guardiola

Pada masa yang sama Bayern Munich turut difahami berminat untuk mendapatkan Sanchez yang lebih menjadi pilihan Wenger berbanding berpindah ke pasukan lawan Liga Perdana Inggeris. Namun juara Bundesliga itu dikatakan membatalkan niat mereka selepas diletakkan harga tinggi oleh Arsenal.

Pemain Chile berusia 28 tahun itu dipercayai begitu inginkan bekerja bersama semula dengan Pep dan menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Namun Wenger seakan ingin menentukan masa depan Sanchez dan ingin penyerangnya itu kekal lagi semusim bersama Gunners.

Beralih kepada seorang lagi sasaran City, akhbar Manchester Evening News berkeyakinan Dani Alves hanya menunggu masa untuk berpindah ke Stadium Etihad, meskipun turut mendapat minat dari PSG.

Malah wartawan akbar tersebut percaya yang City akan membawa masuk empat pemain pertahanan penuh musim panas ini selain Alves iaitu Benjamin Mendy, Kyle Walker dan Ryan Bertrand turut menjadi sasaran Pep.

Related image

Alves dilaporkan akan berada di Manchester minggu ini untuk menyempurnakan perjanjian dua tahun untuk kembali bersama Guardiola yang melatihnya di Nou Camp. Dani telah meninggalkan Juventus sebagai ejen percuma selepas hanya semusim bersama juara Serie A Itali tersebut.

Guardiola dikatakan ingin membawa masuk seberapa ramai pemain penuh yang boleh musim panas ini sebagai sebahagian dari peruntukan £300 juta dari pemilik kelab.

Galeri Foto

Pramusim bermula untuk skuad Pep

Galeri Foto

City kembali semula! Hai semua!

Apa Kata Media

City intai sambar Inigo Martinez?

Nama baru muncul di dada akhbar hari Isnin antara sasaran Manchester City dalam urusan jendela perpindahan musim panas.

Inigo Martinez, Dani Alves dan Cengiz Under mendapat liputan media dikaitkan dengan City hari Isnin