quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Mbappe cuba direbut Real Madrid dari City?

Dengan hanya tiga hari sahaja lagi sebelum skuad Manchester City terbang ke Amerika Syarikat untuk sesi jelajah pramusim, gosip perpindahan pemain turut semakin rancak.

Selepas berjaya mendapatkan khidmat dua pemain baru Bernardo Silva dan Ederson Moraes, para peminat City terus menanti kedatangan muka-muka baru terutama di bahagian pertahanan yang kini 'lompang' selepas Gael Clichy dan Bacary Sagna dilepaskan berikutan tamat kontrak.

Dengan salah satu sasaran, Dani Alves telah ‘berpaling tadah’ membatalkan niat di saat-saat akhir untuk disatukan kembali dengan bekas bosnya, Pep Guardiola di Manchester dengan memilih kota Paris bersama PSG, kini City mempergiatkan usaha agar sasaran lain tidak terlepas sama.

Image result for dani alves PSG

Hari ini, nama Kylian Mbappe disebut kembali dimana penyerang muda Monaco itu telah dikaitkan dengan City sejak permulaan musim panas.

Wartawan Sky Sports, Graham Hunters melaporkan Real Madrid yang turut berminat dengan Mbappe akan membida pemain muda tersebut yang bakal memecah rekod kelab dengan pengurus mereka, Zinadine Zidane telah mengenali pemain muda Perancis itu sejak berusia 14 tahun.

Related image

Kini, City sekali lagi terpaksa bertarung dengan kelab besar Eropah dan Mbappe, 18,  kini berada dalam dilemma sama ada untuk memilih kekal di Perancis atau mencuba pengalaman baru di Sepanyol atau England.

Sementara itu, majoriti media di UK percaya yang City hampir menandatangani pemain pertahanan Spurs, Kyle Walker disamping bek kiri Monaco Benjamin Mendy dalam masa terdekat.

Bek England berusia 27 tahun itu diletak harga oleh naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan nilai £50 juta dan kemudiannya dituntut kenaikan harga baru £54 juta.

Related image

Manakala, Mendy, 22, pemain pertahanan Perancis itu pula dilaporkan bernilai £40 juta yang telah membantu Monaco menjuarai Ligue 1 Perancis musim lalu dan membawa pasukan ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah.

Selamat berhujung minggu!

Apa Kata Media

Bertrand dan Mendy telah dibida rasmi City?

Ryan Bertrand telah dikaitkan dengan perpindahannya ke City sepanjang musim panas dan hari ini media percaya beliau telah dibida secara rasmi.

Dani Alves disambar PSG, Mendy beri petanda ke England dan Manchester City naik antara 10 terbaik Eropah..

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga