quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

City intai sambar Inigo Martinez?

Nama baru muncul di dada akhbar hari Isnin antara sasaran Manchester City dalam urusan jendela perpindahan musim panas.

Akhbar Manchester Evening News melaporkan yang City bersedia berbelanja sebanyak £27 juta untuk mendapatkan pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez, 26 untuk memperkasakan barisan pertahanan Pep Guardiola menjelang musim baru yang akan tiba lagi 5 minggu.

City dikatakan terpaksa mencari alternatif pemain bek baru mereka selepas sasaran utama Leonardo Bonucci kelihatan tidak akan berpindah ke Stadium Etihad.

Martinez pemain antarabangsa Sepanyol dianggap mirip gaya permainan pemain legenda Barcelona, Carles Puyol dan juga kapten City, Vincent Kompany. Situasi pertahanan City dengan John Stones masih dalam proses pembelajaran dan prestasi Nicolas Otamendi yang turun naik membawa City memerlukan seorang lagi bek tengah.

Image result for Inigo Martinez sociedad

Sebagai seorang kidal, Inigo amat sesuai dengan apa yang City inginkan. Beliau turut menarik minat Barcelona, Juventus dan Inter Milan, namun telah memulakan pramusim bersama kelabnya, Real Sociedad.

Martinez bukanlah seorang bek tengah yang mempunyai kelebihan fizikal dengan ketinggian 180 cm namun bertenaga dalam pertarungan di udara, dapat membaca permainan dengan bagus dan boleh bermain di posisi pertahanan kiri, kelebihan yang menarik minat Pep Guardiola.

Sementara itu, akhbar Telegraph percaya yang City berkeyakinan mendapatkan khidmat Dani Alves meskipun PSG cuba ‘sailang’ usaha tersebut selepas pemain pertahanan Brazil untuk menamatkan kontraknya dengan Juventus.

Image result for dani alves

Namun Alves atau ejennya tidak menyatakan sebarang minat datang dari PSG meskipun kelab Perancis tersebut mendakwa mereka hampir menemui persetujuan dari pemain tersebut.

Alves, 34, baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Joana Sanz secara rahsia di Ibiza hari Sabtu lalu dan masa depannya dijangka akan ditentukan dalam masa beberapa hari lagi.

Pep mahukan sekurang-kurangnya tiga pemain pertahanan penuh baru dan rundingan masih berlangsung untuk mendapatkan Kyle Walker dari Spurs dan Benjamin Mendy dari Monaco, disamping Alves sebelum terbang ke Amerika Syarikat untuk memulakan jelajah pramusim pada hari Isnin depan, 17 Julai dengan para pemain telah kembali bertugas dari bercuti musim panas.

Kembali ke berita minggu lalu tentang sasaran penyerang muda Turki, Cengiz Under, wartawan Turki, Emre Sarigul melaporkan yang City telah menghantar wakil pegawai rasmi mereka ke Istanbul hari Isnin lalu untuk berunding dengan Basaksehir.

Image result for cengiz under

Rundingan dikatakan telah berlangsung hampir empat jam dengan City telah menawarkan bidaan 8 juta Euro, kurang 2 juta dari tuntuan 10 juta Euro dingini kelab Istanbul tersebut.

City menjadi pilihan pemain berusia 19 tahun itu namun minat turut datang dari Manchester United, Tottenham dan Juventus. Cengiz telah berperanan penting membawa Basaksehir menjadi naib juara Super Lig Turki dan sampai ke final Piala Turki musim lalu.

Apa Kata Media

Tawaran dibuat untuk bintang muda Turki?

Media terus rancak mengaitkan nama-nama dengan perpindahan ke Manchester City dan nama baru muncul pada hari Jumaat.

Cengiz Under, Sergi Roberto dan Pepe mendapat liputan media dikaitkan dengan Manchester City...

Apa Kata Media

Tawaran dibuat untuk bintang muda Turki?

Media terus rancak mengaitkan nama-nama dengan perpindahan ke Manchester City dan nama baru muncul pada hari Jumaat.

Cengiz Under, Sergi Roberto dan Pepe mendapat liputan media dikaitkan dengan Manchester City...

Berita Pasukan Utama

Perubahan enam jadual perlawanan EPL