quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

De Boer: Guardiola akan menyengat musim depan

Hari Isnin kembali dengan banyak laporan media dikaitkan dengan Manchester City...

Kita mulakan dengan Claudia Bravo yang mengulas selepas kekalahan Chile kepada Jerman di perlawanan akhir Piala Konfederasi hari Ahad di Rusia dan kapten Chile itu telah dianugerahkan 'Sarung Tangan Emas' atas prestasi cemerlangnya dalam kejohanan.

Ia merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pasukan dalam kejohanan musim panas ini dan penjaga gol City itu berjaya menyelamatkan tiga cubaan sepakan penalti Portugal. Namun gagal menyekat juara bertahan Piala Dunia menang tipis 1-0 untuk merangkul kejuaraan.

Bravo menegaskan: “Tiada banyak perbezaan antara kedua-dua pasukan, kami cuma sedih tidak menang, namun kami bermain menentang pasukan dengan barisan pemain berkelas dunia dan kami perlu belajar dari kesilapan.”

Sementara itu, pemain City asal Ivory Coast, Wilfried Bony yang akan kembali ke Stadium Etihad musim depan selepas semusim dipinjamkan ke Stoke City mendedahkan yang beliau telah dihadang dengan siri kecederaan semasa musim pertamanya di Manchester.

Katanya kepada akhbar the Sun , “Semasa di City saya tidak pernah melalui satu bulan tanpa kecederaan. Pada mulanya ia demam malaria, saya telah berlatih di Marbella bersama jurulatih peribadi saya.

“Saya tidak mengikuti pasukan semasa pramusim dan terus berlatih bersama pasukan EDS, kemudian saya sertai pasukan ke Jerman menentang Stuttgart dan jari saya patah.

“Mereka bertanyakan jika saya ingin lakukan pembedahan dan saya katakan tidak kerana musim baru hampir bermula, jadi saya telah bermain dengan kecederaan tersebut dan badan saya menderita.

Image result for wilfried bony man city

“Ketika menentang Juventus saya ditimpa kecederaan hamstring dan semasa melawan Barca kaki saya pula cedera, saya tersadung kaki Vincent Kompany semasa berlatih.

“Saya sukakan bola sepak England, keluarga saya sukakan negara ini dan tidak mahu berpindah, begitu juga diri saya.”

Sementara itu, dengan jendela perpindahan pemain Musim Panas dibuka secara rasmi Sabtu lalu, 1 Julai gosip perpindahan pemain juga semakin rancak.

Akhbar the Metro UK mendakwa yang Barcelona kini mendahului City dan Chelsea untuk mendapatkan khidmat Leonardo Bonucci.

Image result for Leonardo Bonucci.

Di sebalik Juventus menegaskan tidak akan menjual bintang mereka tersebut, Barcelona dikatakan menjadi pilihan pemain berusia 30 yang telah menyertai juara Itali sejak tahun 2010 dan digandingkan cemerlang bersama Gorgio Chielini.

Masih lagi di Serie A, City terus dalam misi untuk memperkasakan barisan pertahanan mereka dan salah seorang sasaran mereka, bintang Jerman Antonio Rudiger pada awalnya telah menafikan ingin berpindah keluar dari Roma.

Germany star Antonio Rudiger responds to Chelsea transfer rumours

Namun selepas membantu negaranya merangkul kejuaraan Piala Konfederasi, Rudiger mengatakan tidak pasti sama ada akan kekal bersama kelabnya musim depan dan City dikatakan ingin menyekat Chelsea dan cuba menyambar bek berusia 24 tahun tersebut.

Akhir sekali, bekas pemain tengah Barcelona asal Belanda, Ronald de Boer percaya yang Pep Guardiola akan bertambah baik di Manchester City musim depan kerana mengakui Pep adalah pengurus terbaik pernah beliau bekerja bersama.

Katanya, "Semasa di Barcelona, anda malah takut untuk tandas, anda tahu jika anda lakukannya terdapat kemungkinan anda terlepas sesuatu istimewa semasa sesi latihan bersamanya. Saya percaya dia akan membawa City dengan gaya 'Barca' dan para peminat yang hadir di stadium akan menyaksikan sesuatu istimewa. 

Image result for pep guardiola smile city

"Mungkin di musim pertamanya, kebanyakan keputusan perlawanan tidak sentiasa memberangsangkan tapi para peminat tahu yang para pemain di bawah kendaliannya akan bermain bola sepak menarik dan mereka akan lakukan segalanya mengikut kudrat mereka untuk menang."

Musim 2017/18 cepatlah tiba!

Apa Kata Media

Gosip Man City: Spekulasi hangat di musim panas

Apa Kata Media

Bravo: Ia perlawanan yang sangat istimewa!

Galeri Foto

Perlawanan terbaik City di PL