quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Tawaran dibuat untuk bintang muda Turki?

Media terus rancak mengaitkan nama-nama dengan perpindahan ke Manchester City dan nama baru muncul pada hari Jumaat.

Laporan datang dari Turki dengan Bola Sepak Turki melaporkan yang Basaksehir sedang berunding dengan City untuk perpindahan ‘wonderkid’ yang juga turut diburu Manchester United iaitu, Cengiz Under.

Penyerang muda Turki berusia 19 tahun itu menyerlah bersama kelabnya namun naib Presiden kelab, Mustafa Saral mendedahkan yang City masih belum melakukan bidaan dengan Basaksehir tidak bersedia menjual kurang dari 10 juta Euro.

Related image

Cengiz masih mempunyai kontrak empat tahun dan pihak kelab percaya harga pemain itu akan semakin meningkat musim depan.

Naib Juara Super Lig Turki dikatakan lebih berminat menjual Cengiz kepada City berbanding United sekiranya harga dipersetujui dan dipinjamkan kembali kepada mereka musim depan.

Ini kerana Cengiz memerlukan permit kerja untuk bermain di England dan City akan memohonnya dengan sokongan sebagai 'pemain cemerlang'.

Bekas pemain Turki City, Enes Unal, 20 yang menyertai City pada musim panas 2015 terpaksa dijual kepada Villareal dengan pilihan pembelian semula selepas dipinjamkan ke Genk, NAC Breda dan FC Twente berikutan kegagalan mendapat permit kerja di England.

Image result for enes unal city

Sementara itu, akhbar harian UK the Metro mendakwa City gagal dalam cubaan bidaan mereka terhadap Sergi Roberto.

Pemain tengah Barcelona berusia 25 tahun itu dilaporkan gagal menempatkan diri dalam pilihan kesebelasan utama secara kerap meskipun tampil cemerlang di bahagian tengah dan bek kanan.

Sergi telah dikaitkan dengan banyak kelab Liga Perdana Inggeris dan merupakan antara sasaran utama Chelsea pada musim lalu, namun Barca menolak tawaran tersebut berikutan kurang pilihan pemain mereka di posisi sama dengan Dani Alves meninggalkan Nou Camp ke Juventus.

Image result for Sergi Roberto.

Menurut laporan dari Sepanyol, Mundo Deportivo, City telah mencuba untuk membida Roberto bagi memperkukuhkan posisi bek penuh mereka namun bidaan £30 juta telah ditolak Barca.

Akhir sekali, harapan Pep untuk mendapatkan khidmat bintang Portugis Pepe berakhir selepas pemain tersebut menandatangani perjanjian dua tahun dengan kelab Turki, Besiktas.

Lapor TalkSPORT menyatakan yang Guardiola ingin mendapatkan pemain berpengalaman berusia 34 tahun tersebut namun juara Super Lig Turki menawarkan gaji tahunan £8.3 juta dengan tambahan £3,500 setiap kali beliau bermain.

Image result for pepe portuguese

Pepe memaklumkan yang beliau memilih Besiktas di sebalik menerima banyak tawaran dari England, Perancis dan Itali.

Selamat berhujung minggu!

Berita Pasukan Utama

Perubahan enam jadual perlawanan EPL

Galeri Foto

Sepuluh debut City terbaik sejak beberapa tahun

Galeri Foto

Sepuluh debut City terbaik sejak beberapa tahun