quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne pertahan polisi pengambilan pemain

Banyak lagi persiapan yang perlu dibuat pagi ini selepas kecemerlangan City membelasah Real Madrid

Pasukan kendalian Pep Guardiol mendapat banyak pujian atas polisi pengambilan pemain pada musim panas setakat ini dan Kevin De Bruyne mengakui bahawa pengambilan ini perlu untuk pasukan kembali bangkit pada musim hadapan.

Dalam laporan Four Four Two: ‘’De Bruyne percaya bahawa City perlu untuk menguatkan pasukan terutamanya selepas beberapa pemain telah meninggalkan pasukan tersebut dan termasuk Pablo Zabaleta, Aleksandar Kolarov dan Gael Clichy.

‘’Keadaan ini menunjukkan bagaimana pasaran sukan berlaku. Banyak duit yang digunakan tetapi banyak juga yang akan masuk,’’ kata pemain dari Belgium itu kepada Manchester Evening News.

Image result for Kevin de bruyne kyle walker

‘’Siapa boleh katakan perbelanjaan sebanyak 200 juta pound sterling adalah benda biasa? Ia bukanlah biasa tetapi bagaimana keadaan sekarang membuatkan kadar itu adalah benda biasa.’’

‘’Sudah jelas duit yang dibelanjakan adalah sangat banyak tetapi ini yang kita perlukan. Hasil daripada itu akan diperoleh kelab lebih banyak dari 200 juta pound sterling.’’

‘’Saya rasa cara ini adalah betul. Perlawanan kali ini masih awal untuk dikatakan tetapi sudah jelas bahawa kami berada di landasan yang betul.’’

Image result for danilo city v real madrid

 ‘’Harapnya kami akan melakukan yang terbaik menentang Tottenham pada hari Sabtu ini dan kami akan berusaha keras di Manchester untuk persediaan pada 12 Ogos untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton and Hove Albion.’’

Sebelum kita bercerita mengenai perlawanan menentang Madrid, ada satu cerita yang menarik boleh didapati dalam laman web AS Sports Features tentang orang ramai yang hadir pada perlawanan malam Khamis lalu dan bagaimana ia mampu membantu bidaan Los Angeles untuk menjadi tuan rumah pada Sukan Olimpik musim pans 2024.

Kata mereka: ‘’ Ketua bidaan LA 2024 hari ini menekankan bahawa perlawanan bola sepak malam semalam di LA Memorial Coliseum antara Manchester City dan Real Madrid merupakan bukti Bandar Bidadari itu mempunyai potensi unik untuk mengacarai Sukan Olimpik dan Paralimpik di AS dan seluruh dunia.

Image result for city v real madrid LA coliseum fans

 ‘’Perlawanan itu yang tamat dengan 4-1 menyebelahi Manchester City memecah rekod bilangan penonton yang hadir sebanyak 93,098 penyokong bolasepak. Ketua bidaan berkata pencapaian ini merupakan tanda bahawa penyokong Amerika Syarikat masih 'berselera'dengan acar sukan secara langsung.’’

Terus kepada ruangan khas sukan akhbar Daily Mail dan orang kuat rancangan 'Match of the Day BBC' Keown.

Bekas pemain Arsenal itu berkata City sangat menarik untuk diperhatikan pada kempen kali ini dan percaya bahawa barisan pertahanan yang baru akan menguatkan pasukan tersebut.

Dia berkata: ‘’Kami mempunyai mesin kelajuan seperti Ashley dan Lauren di Arsenal. Mereka mampu melemahkan bahagian tengah apabila mereka berdua bersatu tenaga di atas padang.

Image result for Keown motd

‘’Saya kadang-kala menyuruh Lauren untuk tidak mengendahkan kata pengurus dan bersedia untuk menghalang pasukan lawan menembusi pertahanan dan dapat memberi bantuan kepada saya serba sedikit!

‘’City tidak selalu mengambil berat tentang keadaan itu. Mereka membina satu pasukan yang penuh dengan kelajuan yang padu.

‘’Pemain-pemain pertahanan yang baru bermain dengan pemain-pemain sisi – duit bukanlah halangan. Ia merupakan satu peluang yang sangat bagus – mereka akan menghalang pasukan lawan dari setiap sudut. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka bermain dan pihak lawan untuk mencuba menghalang balik.

‘’Fikirkan – penyerang terbaik seperti Alexis Sanchez, Christiano Ronaldo, Gareth Bale dan penyerang City yang dikagumi Leroy Sane sekarang bergerak ke bawah dan masuk kedalam tengah padang dengan bola ataupun tanpa bola. Mereka menggelecek bola atau mencari kawasan kosong untuk mendapatkan bola.

Image result for leroy sane city v real madrid

‘’Selepas itu, satu keretapi yang sangat laju datang menghentam kawasan bawah garisan tepi untuk menambahkan kekuatan pada serangan.

‘’Pertahanan tidak tahu samada untuk mengikut rentak mereka atau mempertahankan serangan itu. Kamu perlu lihat musim ini akan ada banyak keadaan seperti ini oleh City. Guardiola akan menambahkan kekuatan pada kawasan serangan.

‘’Mereka sudah megambil Kyle Walker, Benjamin Mendy dan Danilo – semuanya bernilai 133 juta pound sterling – untuk bermain dalam posisi pertahanan dan mereka merupakan senjata yang kuat untuk menghancurkan pihak lawan. Dan kami percaya mereka akan mengambil seorang lagi pemain.

‘’Mentaliti Guardiola bagaimanapun bukanlah ‘bagaimana kami mahu menghalang pihak lawan?’, akan tetapi ‘bagaimanakah kami mahu menang?’, ia merupakan sebab kenapa dia melihat kawasan pertahanan adalah satu peluang untuk menambahkan kekuatan serangan. Bersedia, ia mungkin sesuatu yang mengagumkan!’’

Akhir sekali, sasaran City untuk mengambil pemain Arsenal, Alex Sanchez mungkin akan dibenarkan untuk meninggalkan pasukan itu jika harga yang ditawarkan diterima – itu yang dikatakan oleh pakar sukan  di talkSPORT Amerika Selatan Tim Vickery.

Image result for alexis sanchez pep guardiola

Laporan menyebut: ‘’Sanchez sanggup menerima tawaran yang rendah untuk menyertai Manchester City oleh Pep Guardiola

‘’Paris Saint-Germian dan Manchester City sudah mengikat hubungan kerjasama yang kuat mengenai pemindahan pemain berusia 28 tahun itu dan akan memberi peluang yang cerah dalam saingan elit bola sepak Eropah.

‘’Dan Vickery percaya bahawa Sanchez akan bermain dengan kelab baru sebelum pemindahan pemain musim panas ditutup walaupun Arsene Wenger masih mahukan pemain itu kekal di Arsenal.

‘’Sanchez hanya berumur 28 tahun dan jika saya merupakan Arsene Wenger, keadaan ini akan bermain difikiran saya,’’ kata Vickery kepada The Sports Bar.

‘’Piala Dunia 2014, Piala Copa Amerika 2015 – semua perlawanan akhir, Piala Konfiderasi 2017, mungkin Chile akan layak ke Piala Dunia 2018, dan Piala Copa Amerika 2019.

‘’Sanchez merupakan pemain yang bermain dengan penuh kehebatan dan pada umurnya itu – apabila sudah tiba masanya – Wenger akan melepaskan pemain itu, mungkin setahun sebelum kontraknya tamat.

‘’Dan sebab itu, saya tidak terkejut sekarang jika harga yang ditawarkan adalah betul, mereka akan melepaskannya.’’

Selamat berhujung minggu!

Berita Pasukan Utama

Diaz rendah hati dengan gol ke atas Real Madrid

Brahim Diaz Abdelkader cepat merendah diri atas gol hebatnya menentang Real Madrid dalam kemenangan bergaya 4-1 di Los Angeles.

Pemain berusia 17 tahun asal Sepanyol itu menghasilkan gol cantik ala Hollywood, gol keempat City ke atas pasukan bimbingan Zinedine Zidane di Coliseeum, LA

Berita Pasukan Utama

Pep bangga dengan semangat berpasukan City

Pep Guardiola teruja dengan cara pasukannya menentang Real Madrid dan mengatakan keputusan perlawanan adalah perkara kedua.

City kelihatan begitu bertenaga dan tajam sepanjang perlawanan yang menghiburkan dalam kejohanan persahabatan International Champions Cup di Los Angeles yang menyaksikan mereka berjaya menundukkan kelab gergasi La Liga dengan jaringan 4-1.

Laporan Perlawanan

City tumbangkan Real Madrid di Los Angeles

Manchester City mempersembahkan permainan memukau dengan membenakam juara Eropah 12 kali, Real Madrid 4-1 di Coliseum, Los Angeles dalam saingan International Champions Cup pagi Khamis.

Kedua-dua pasukan dipertemukan semula selepas kali terakhir di semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16 dengan City kalah tipis dengan agregat 1-0 pencapaian terbaik Blues di pentas Eropah.