quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Tarik tali antara Pep dan Wenger ke atas Sanchez?

Dengan hanya tiga minggu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup, spekulasi dan gosip terus rancak di dada akhbar dengan Manchester City tidak sunyi diperkatakan.

Selepas memeterai perjanjian dengan enam pemain sepanjang musim panas dengan kehadiran Benjamin Mendy, Danilo, Kyle Walker, Douglas Luiz, Ederson dan Bernardo Silva, Pep Guardiola semasa sidang media di Iceland Jumaat lalu telah mengisyaratkan yang kelab masih mengintai satu dua lagi pemain baru untuk melengkapkan 'pasukan impian' nya.

Hari ini bintang Arsenal, Alexis Sanchez sekali lagi menjadi bualan media dan media sosial, ia kini ibarat permainan tarik tali antara Pep Guardiola dan Arsene Wenger sehingga jendela perpindahan ditutup pada akhir bulan Ogos.

Image result for alexis sanchez pep guardiola

Bos Gunners bertegas tidak akan membenarkan penyerang utamanya itu meninggalkan Stadium Emirates namun City kekal berkeyakinan yang pemain Chile itu ingin berpindah ke Stadium Etihad untuk disatukan kembali dengan bekas jurulatihnya semasa di Barca, Guardiola.

Wartawan akhbar the Star, Hetherington melaporkan yang City bersedia untuk menunggu masa yang sesuai untuk menyambar sasaran mereka Alexis Sanchez.

Kontrak Sanchez masih berbaki setahun bersama Arsenal namun bos Arsene Wenger bertegas tidak akan menjualnya sama sekali.

City percaya Sanchez ingin menyertai mereka dengan bidaan sekitar £45 juta untuk tidak ingin mengambil risiko terlepas bekas pemain Barcelona itu yang akan berpindah secara percuma sebagai ejen bebas musim depan.

Image result for arsene wenger alexis sanchez

Pemilik Arsenal, Stan Kroenke serta seluruh majlis tertinggi mereka bersatu hati menyokong pendirian Arsene Wenger.

Media sosial kelmarin heboh mengspekulasi yang Sanchez telah memberi isyarat akan meninggalkan kelab selepas tidak beraksi dalam Piala Sumbangsih Komuniti (Community Shield) apabila Arsenal selaku juara Piala FA menundukkan juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea dengan kemenangan penalti penentuan 4-1 selepas diikat seri 1-1.

Sanchez dikatakan memberi lambaian kepada para peminat Arsenal di Stadium Wembley yang memberi pelbagari tafsiran dan reaksi panik para peminat Arsenal yang ia merupakan lambaian terakhir buat Gunners.

The 28-year-old is currently stalling over a new contract at the Emirates

Sementara itu bekas penyerang Arsenal dan Portsmouth, Paul Merson yang kini penjadi pengulas dan pengkritik sukan di Sky Sport menyokong dan menjangkakan yang City akan menjulang piala Liga Perdana Inggeris akhir musim 2017/18 nanti.

Beliau percaya keupayaan menyerang City ditambah dengan kekuatan baru barisan pertahanan termasuk Kyle Walker membawa pasukan Pep Guardiola kelihatan satu pasukan baru yang sukar digugat mana-mana pesaing untuk kempen musim baru nanti.

Itu sahaja buat kali ini. Jumpa lagi nanti!

Galeri Foto

Galeri Latihan Terbuka : Cityzens Saturday

Berita Pasukan Utama

Fernando sertai Galatasaray

Pemain tengah City asal Brazil, Fernando Reges telah menyertai Galatasaray secara kekal.

Fernando Reges menyertai kelab Turki, Galatasaray selepas tiga tahun bersama City.

Berita Pasukan Utama

Pep puji pramusim yang positif

Pep Guardiola melahirkan rasa puas hati dengan persiapan musim baru pasukannya selepas menutup pramusim dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas West Ham di Iceland.

Reaks Pep Guardiola selepas menutup kempen pramusim dengan kemenangan ke atas West Ham United di Reykjavik, Icelan.