quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Sanchez dan Evans terus diburu City

Dengan 24 jam sebelum jendela perpindahan musim panas akan ditutup, media terus kencang dengan gosip perpindahan pemain dikaitkan dengan City hari ini.

Nama yang pasti menjadi sebutan ramai adalah penyerang Arsenal, Alexis Shanchez yang boleh dikatakan hampir semua akhbar di UK memperkatakannya.

Kita mulakan dengan akhbar the Daily Telegraph yang melaporkan Manchester City dijangka akan meningkatkan angka bidaan untuk Sanchez pada hari Rabu selepas bidaan awal sebanyak £50 juta telah ditolak oleh Arsenal.

Image result for Sanchez chile trai8ning 2017/18

Sanchez dikatakan telah memberitahu rakan-rakannya yang beliau begitu mendambakan untuk berpindah dari Arsenal ke City, lebih-lebih lagi beliau telah meminta keizinan pada hari Selasa untuk meninggalkan kem latihan Chile menjelang perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay di Macul bagi menyelesaikan masa depannya.

City dilaporkan akan menghantar pasukan kesihatan mereka ke Chile sekiranya diperlukan dan telah bersetuju dengan terma-terma peribadi yang diminta Sanchez dengan gaji sekitar £325, 000 seminggu.

Sanchez dikatakan telah minta dikeluarkan awal dalam kekalahan Arsenal 4-0 kepada Liverpool selepas Gunners ditinggalkan tiga gol hari Ahad lepas yang telah menimbulkan spekulasi di sosial media di kalangan Gunners dan Citizens.

Image result for sanchez v liverpool 2017/18

Kelmarin, gosip memperkatakan Gunners menuntut pakej bayaran perpindahan beserta pemain sayap City, Raheem Sterling untuk pertukaran dengan Sanchez, malah spekulasi mengatakan Wenger menuntut pertukaran dengan bintang kesayangan Blues, Sergio Aguero.

Namun sebagaimana yang Pep Guardiola tegaskan beberapa kali sebelum ini kedua-dua pemain tersebut adalah sebahagian dari perancangannya terutama Sterling yang telah menjaringkan dua gol penting buat City dalam dua perlawanan terakhir ke atas Everton dan Bournemouth.

Image result for sterling celebrate bournemouth

Dalam masa yang sama, spekulasi turut muncul yang kelab jiran, Manchester United ingin melakukan bidaan di saat-saat akhir ke atas Sanchez dalam usaha Jose Mourinho memperkuatkan pasukannya yang kini menjadi pasukan pilihan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini selepas Reds menang ketiga-tiga perlawanan pertama mereka tanpa bolos.

Sementara Arsenal dan City masih bertarung dalam isu Sanchez, Arsene Wenger turut bersaing dengan Pep Guardiola dalam merebut Jonny Evans dari West Bromwich Albion, meskipun pemain pertahanan asal Ireland Utara itu lebih berminat untuk menyertai City.

Sementara itu laporan media dari Ireland, RTE mengatakan yang West Brom telah bersetuju dengan sebutan harga untuk pemain bek kiri Arsenal, Kieran Gibbs berpindah ke the Hawthorns, namun masa depan Sanchez dan Alex-Oxlade-Chamberlain yang lebih menjadi perhatian para penyokong Arsenal.

Image result for Sanchez and Alex-Oxlade-Chamberlain 2017/18

City dilaporkan terus memburu Sanchez sementara pemain England, Oxlade-Chamberlain menjadi sasaran Chelsea, dan dengan jendela perpindahan akan ditutup jam 11 malam hari Khamis, 31 Ogos, kemungkinan kedua-dua pemain tidak sempat untuk dipindahkan.

Berbalik kepada sasaran City, Jonny Evans akhbar the Daily Mail melaporkan yang hati bekas pemain Manchester United itu sudah bersedia untuk berpindah ke Stadium Etihad, meskipun ada usaha dari Stadium Emirates untuk menariknya pada saat-saat akhir.

Image result for jonny evans west brom 2017/18

West Brom dikatakan bertegas ingin mengekalkan kapten pasukan mereka tersebut namun minat datang dari pelbagai kelab termasuk Leicester yang membida dengan harga £21 juta namun telah ditolak West Brom, ia kelihatan pertarungan semakin sengit merebut pemain pertahanan berusia 29 tahun tersebut.

Pada hari Isnin, pemain sayap muda City asal England, Patrick Roberts, 20 yang diumumkan kembali ke Celtic untuk pinjaman semusim mendedahkan kepada Sky Sports tentang pinjamannya ke kelab Scotland tersebut buat kali kedua.

Image result for patrick roberts man city 2017/18

Patrick mengatakan Celtic ingin menandatanganinya secara kekal selepas cemerlang bersama kelab selama dua musim dengan 60 penampilan dan 17 gol, namun City bertegas tidak ingin menjualnya kerana Pep ingin mengekalkannya sebagai sebahagian dari perancangannya.

Katanya: “Biarkan saya ke sini untuk meneruskan pembangunan saya bersama Brendan Rodgers dan pasukan yang begitu bagus buat diri saya.

Related image

“Ia untuk pembangunan saya supaya saya dapat terus bermain, jadi saya telah lahirkan hasrat hati saya kepada City betapa saya ingin kembali Celtic untuk memperbaiki diri saya sebagai seorang pemain profesional.”

Sehingga jendela perpindahan pemain ditutup jam 11 malam Khamis, 31 Ogos ini bersamaan pukul 6 pagi Jumaat waktu Malaysia, apa sahaja boleh berlaku!

Teruskan mengikuti perkembangan mutakhir di akaun Twitter kami @ManCityMAS dan laman web my.mancity.com.

Galeri Foto

Berlatih di rehat antarabangsa

Berita Pasukan Utama

Kompany: Liga Perdana Inggeris penuh drama

Kapten Manchester City mengatakan yang kemenangan dramatis City di Bournemouth menjadi penyambut datang paling sempurna buat Benjamin Mendy dan Bernardo Silva ke England.

Reaksi Vincent Kompany dan Bernardo Silva selepas kemenangan 2-1 di Bournemouth.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kemenangan ke atas Bournemouth ‘istimewa’