quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Pengulas sukan ramal City bakal juara EPL

Previu dan ramalan para pengulas sukan tentang Liga Perdana Inggeris menjadi liputan media hari ini menjelang perlawanan pembuka musim hari Sabtu ini.

Secara keseluruhan pandangan mereka ia bakal menjanjikan musim antara paling mengujakan namun nama Manchester City menjadi sebutan kebanyakan mereka.

Image result for city champions 2013/14

Akhbar the Irish Independent mengutarakan pandangan dari bekas bintang Leeds United, John Giles yang seimbang.

Katanya: “Tiada banyak drama terjadi di pasukan biru Manchester dengan Guardiola telah menyempurnakan persiapan sepanjang musim panas dan menambah beberapa pemain baru ke dalam skuadnya lebih awal seperti biasa.

“Tiada banyak keluhan, tiada kata-kata negatif keluar dari mulutnya tentang kelab yang terlepas beberapa sasaran dan malah saya menyaksikan Yaya Toure  semawa diwawancara begitu berkeyakinan tentang ketibaan musim baru dan komitmennya untuk menjadikan ia musim terbaik buat City.

“Hanya setahun lalu, setiba Pep di City berlaku pergeseran antara Pep dengan bekas anak didiknya semasa di Barcelona itu namun segalanya berubah seakan pertemuan minda yang menunjukkan pengaruh Guardiola dan cara beliau mengendalikan suasana dan para pemainnya dengan baik.

“Jadi segala petanda menunjukkan semuanya positif buat City dan Guardiola dengan urusan pembelian pemain selesai dan saya rasa beliau memerlukan satu dua lagi jendela perpindahan pemain untuk menunjukkan kehebatannya, dan ketibaan Danilo, Ederson Moraes, Benjamin Mendy dan Kyle Walker akan membantunya dalam mencapai misinya.”

Image result for pep and walker

Giles kemudian meramal City akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini dan diharap ramalannya menjadi kenyataan!

Sementara itu, bos pasukan lawan pertama City di pembuka musim Sabtu ini, Chris Hughton mengakui Brighton akan menghadapi permulaan sukar dalam perlawanan pertama mereka selepas kembali dipromosi ke Liga Perdana Inggeris sejak 34 tahun.

Beliau dipetik di laman web rasmi Brighton berkata: “Man City begitu cemerlang semasa pramusim dan kita dapat saksikan para pemain begitu serasi dalam pasukan dan mempamerkan kualiti yang mereka ada, mereka jelas sudah menunjukkannya.

“Apa yang anda harapkan ialah apabila anda turun untuk perlawanan pertama, anda perlukan tahap permainan sesuai dan anda dapat lihat kembali semasa persiapan pramusim dan sedar anda telah laksanakannya dengan betul.

Image result for Chris Hughton brighton

“Bagi kami, kami bersedia untuk melawan mana-mana pasukan ternama yang mempunyai segala kelebihan berbanding pasukan kami, ia menjanjikan perlawanan pembuka yang mencabar, tapi tidak dapat tidak kami perlu berhadapan dengan mereka juga.

“Ia satu perlawanan indah untuk kelab kami dan para penyokong sebagai perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris tapi kami perlu pastikan ia juga akan mencatat hari yang indah buat pasukan kami.”

Berkaitan perlawanan pembuka dengan Brighton di Stadium Amex Sabtu ini, wartawan ESPN Simon Curtis mengimbau kembali tahun 1980 an ketika mana pertemuan kedua-dua pasukan dalam liga utama Inggeris.

“Ia seperti satu takdir, 34 tahun lalu pada musim 1982/83, ketika perlawanan terakhir Brighton dalam liga utama Inggeris di tempat mereka adalah juga menentang City, dimana mereka begitu mengharapkan kemenangan untuk kekal dalam liga.

Image result for brighton vs man city 1982 83

“Namun ia berakhir selepas empat musim bersama pasukan-pasukan besar dengan kedua-dua pasukan ketika dalam zon penyingkiran dan Brighton dalam persiapan untuk perlawanan pertama final Piala FA menentang Manchester United, mereka merupakan satu pasukan yang disegani ketika itu.

“City yang diselubungi dengan pelbagai masalah di zaman kegelapan mereka ketika itu selepas berada di kedudukan kedua carta liga dengan kemenangan ke atas Southampton pada bulan November, kedudukan mereka terus merudum jatuh sehingga ke zon penyingkiran. Perlawanan kedua terakhir sebelum penutup musim merupakan yang terakhir sebelum City dipromosi kembali ke Liga Perdana Inggeris tahun 1997 lima tahun selepas format baru diperkenalkan.

Image result for kevin reeves manchester city 1982 1983

“Gol kemenangan di minit akhir oleh Kevin Reeves buat City telah menyingkirkan Brighton ketika itu yang kemudiannya mereka tewas kepada Man United di perlawanan akhir Piala FA sebelum berhadapan Luton Town di perlawanan penutup musim. Namun kemenanangan Luton di minit 84 oleh Radomir Antic turut mengeheret City disingkir bersama-sama Brighton.”

Akhir sekali, Sky Sports telah menyenaraikan 10 muka-muka baru yang akan menyinar di Liga Perdana Inggeris musim baru nanti dan ia tidak mengejutkan salah seorangnya adalah pemain baru City, Bernardo Silva.

Image result for bernardo silva man city

“Ia bukan sahaja Bernardo Silva berkongsi nama ayah yang sama dengan bintang sedia ada City, David Silva. Pemain Portugis itu turut memiliki bakat sama yang serba boleh dengan kaki kidal.

“Pemain yang baru mencecah usia 23 tahun hasil graduan Akademi Benfica menjadi tonggak AS Monaco menjuarai Ligue 1 Perancis musim lalu dengan menyumbangkan lapan gol dan sembilan bantuan jaringan, sudah pasti akan menambah kekuatan skuad City disamping Sergio Aguero yang kurang jumlah gol keseluruhan musim lalu.

Sky Sports turut memetik kata-kata Guardiola tentang Bernardo: “Beliau mempunyai kualiti untuk menjaringkan banyak gol dan seorang pejuang, jadi dia akan banyak membantu kami dalam menambah pilihan pemain kreatif City nanti.”

* Perlawanan pembuka musim menentang Brighton and Hove Albion akan berlangsung di Stadium Amex pada hari Sabtu, 12 Ogos ham 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 malam waktu Malaysia.

Galeri Foto

Galeri Persiapan Musim Baru 2017/18

Galeri Foto

Galeri Persiapan Musim Baru 2017/18

Galeri Foto

Galeri Persiapan Musim Baru 2017/18