quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Destinasi Messi seterusnya..City?

Hari ini sekali lagi bintang Barcelona, Lionel Messi dikaitkan oleh media dengan perpindahannya ke Manchester City.

City dikatakan sedang memerhati secara dekat situasi penyerang Argentina berusia 30 tahun itu di Nou Camp yang dikatakan 'bengang' dengan pentadbiran Barcelona yang mengalami 'krisis' sejak sebelum perpindahan Neymar ke PSG.

Akhbar the Express melaporkan dengan memetik media Sepanyol yang mengatakan Messi bersikap terbuka dengan tawaran untuk menyertai Pep Guardiola di Manchester City dan akan menimbangkan berpindah ke England sekiranya Barcelona tidak memperbaiki skuad mereka dalam beberapa hari lagi.

Image result for messi and pep

“Pemain Argentina itu mahu kelabnya membina dan memperkuatkan pasukan untuk mencabar Real Madrid yang telah menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

“Akhbar Sepanyol, Don Balon telah mendakwa yang Messi akan menyertai Manchester City sekiranya majlis tertinggi Barca gagal bertindak dengan segera.

Image result for messi and aguero

“City dilaporkan mengalu-alukan dengan tangan terbuka sekiranya Messi ingin menyertai mereka malah akan terus menandatanganinya serta merta, atau sanggup menunggunya sehingga musim panas akan datang apabila status Messi sebagai ejen bebas untuk berpindah secara percuma.”

Sementara itu, akhbar the Mirror mendakwa yang Arsenal mungkin meletakkan harga setinggi £70 untuk menimbangkan penjualan Alexis Sanchez kepada Manchester City.

“Wenger begitu bertegas tidak ingin menjual pemain Chile tersebut dengan City begitu terdesak menandatangani penyerang Argentina itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Image result for sanchez wenger

“City masih belum melakukan bidaan rasmi namun rundingan sudah berjalan dalam mereka cuba untuk mendapatkan khidmat Sanchez yang masih berbaki kontrak setahun bersama Gunners.

“City mungkin tidak akan membida harga setinggi £70 juta namun ia tentu akan membawa Arsenal untuk berbincang secara lebih serius dengan mengetahui yang Sanchez tidak akan menyambung kontrak sedia ada.”

Jumpa lagi di lain masa!

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami telah cuba untuk menang

Pengurus City, Pep Guardiola memuji semangat juang pasukannya berlawan dengan 10 pemain menentang 11 pemain Everton yang berakhir seri 1-1, namun mengakui ia belum cukup bagus

Reaksi Pep Guardiola selepas City diikat seri 1-1 dengan Everton di Stadium Etihad, malam Selasa.

Laporan Perlawanan

City diikat seri Everton di Etihad

Manchester City dengan 10 pemain mempamerkan semangat juang yang tinggi menentang Everton yang berakhir dengan seri 1-1 melalui jaringan gol penyamaan Raheem Sterling di Stadium.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Manchester City vs Everton

Berita Pasukan Utama

Ikuti di Twitter liputan langsung City vs Everton