quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Para pemain baru City buat peminat AS kagum

Apa yang diperkatakan oleh media hari ini selepas Manchester City selesai menutup jelajah pramusim di AS.

Dengan berakhirnya jelajah pramusim City di Amerika Syarikat, mari kita lihat refleksi dari media pada hari ini.  

Liga Perdana Inggeris akan kembali kurang dua minggu lagi dan dengan jadual yang padat di AS, banyak yang dapat diperkatakan selepas tiga perlawanan persahabatan Piala Juara-Juara Antarabangsa (International Champions Cup).

Image result for pep guardiola city pre season

James Robson dari akhbar Manchester Evening News telah mengulas kesemua aksi dan situasi Manchester City semasa kempen jelajah pramusim.

Perbincangan selepas jelajah diulas dengan terperinci tentang kemasukan pemain-pemain baru, analisis ketiga-tiga perlawanan, pemain muda dan kredibiliti Blues.

Robson juga mengagumi beberapa pemain yang disebut olehnya semasa jelajah merentasi Lautan Atlantik itu. 

Image result for ederson city v spurs

‘’Ederson sangat menonjol dalam perlawanan menentang Manchester United dan Guardiola sekarang mempunyai penjaga gol yang sangat bagus dengan kekuatan kaki seperti pemain Bayern Munich; Manuel Neuer,’’ katanya.

 ‘’Walaupun mendapat ejekan dari peminatnya semasa di kelab terdahulu semasa perlawanan menentang Tottenham, Kyle Walker merupakan bukti apa yang akan dibawa oleh pertahanan baru City itu nanti.

Image result for walker city v spurs

 ‘’Dia dan Benjamin Mendy akan diberi kebenaran untuk menahan pihak lawan dengan tekanan yang tidak henti.

 ‘’Kevin de Bryune telah memusnahkan Real Madrid dan dengan Phil Foden dan Brahim Diaz, City mempunyai dua prospek akademi yang mempunyai harapan untuk menyertai pasukan utama tidak lama lagi.’’

Image result for brahim diaz v real madrid

Itu sahaja untuk hari ini tetapi kami akan kembali esok dengan banyak lagi berita mengenai City.

Berita Pasukan Utama

City v Tottenham: Apa kata Pengurus kelab

Apa Kata Media

Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Kini pasukan Manchester City kembali ke England selepas dua minggu berkempen untuk jelajah pramusim AS – dan kurang dari dua minggu, Liga Perdana Inggeris akan bermula, spekulasi perpindahan pemain kian rancak.

Berita Manchester City dan desas-desus perpindahan pemain di seluruh dunia media

Laporan Perlawanan

City tundukkan Spurs 3-0 di Nashville

City menutup jelajah pramusim Amerika Syarikat penuh bergaya tundukkan Tottenham Hotspur 3-0 di Nashville.

Laporan perlawanan penutup International Champions Cup edisi Amerika Syarikat Manchester City menentang Spurs