quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 1
Lyon Lyon 2

EURO BLOW: The expressions on the City players' faces say it all after Lyon's second goal

EURO BLOW: The expressions on the City players' faces say it all after Lyon's second goal

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Att:40111 Rabu, 19 September 2018 8:00:00 PTG

Manchester City

1

Veiga de Carvalho e Silva 67'

1 - 2

Lyon

2

Cornet 26'

Fekir 43'

Pengadil
Daniele Orsato
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Stones
  • Laporte
  • Delph
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Gündogan Sané 55’
  • Sterling Mahrez 76’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • de Jesus Agüero 63’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kompany, Otamendi, Foden, Muric

Lyon:

  • Lopes
  • Pereira da Silva Dubois 76’
  • Denayer
  • Mendy
  • Guedes Filho
  • Cornet Traoré 92’
  • Diop Gueye
  • NDombele
  • Aouar
  • Depay
  • Fekir Tousart 79’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Morel, Gorgelin, Ferri, Dembele

Manchester City memulakan cabaran Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan kalah 1-2 kepada Olympique Lyonnais di Stadium Etihad.

Apa yang telah berlaku?

Dengan Pep Guardiola digantung satu perlawanan dilarang berada di kawasan teknikal, pembantu jurulatih, Mikel Arteta menggalas tanggungjawab di pinggir padang.

SHOUTING THE ODDS: Mikel Arteta passes on instructions to the City players

Tuan rumah melakukan tiga pertukaran dari pasukan yang menumpaskan Fulham 3-0 hari Sabtu lalu di laman sendiri.

SQUAD GOALS: The City team line up ahead of kick-off

Lyon yang menduduki tempat ketujuh Ligue 1 Perancis dengan jersi serba oren bertahan begitu ramai di petak penalti dan mengambil peluang memberi tekanan apabila setiap kali menguasai bola.

Raheem Sterling dihidangkan beberapa peluang untuk membuka jaringan namun setiap kali percubaannya gagal mengena sasaran.

BY THE LEFT: Raheem Sterling fires in a cross

Ia diikuti cubaan tandukan Aymeric Laporte dari hantaran lintang Ilkay Gundogan pada minit ke-17 namun sepuluh minit kemudiannya pasukan pelawat kendalian Bruno Génésio mendahului perlawanan.

SHUT EYE: John Stones beats Memphis Depay to head clear

Hantaran silang Nabil Fekir tidak tersangka oleh Fabian Delph dan Maxwell Cornet mengambil peluang merembat masuk untuk meledak gol pembuka, selepas jaringan awalnya dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Citizens kelihatan tidak menemui rentak permainan dan gagal menyaingi Lyon yang lebih bersemangat yang akhirnya ia membawa padah apabila Fekir menambah gol kedua mereka dua minit sebelum masa rehat membawa kedudukan 0-2 kepada pelawat.

Sekembali di babak kedua, tempo permainan City lebih baik berbanding di separuh masa pertama, namun dengan Lyon mendahului dua gol mereka bermain lebih bertahan yang menyukarkan City menemui ruang dan mencipta peluang.

Mantan pemain Manchester United, Memphis Depay hampir menambah gol ketiga Lyon apabila serangan berbahayanya terkena hujung jari Ederson lalu terkena tiang.

GAME ON: Bernardo Silva celebrates his goal with Leroy Sane

Pada minit ke-67 Bernardo Silva berjaya mengurangkan defisit gol kepada 1-2 melalui usaha keras Leroy Sane yang diturunkan dari bangku simpanan dan memberi impak serta merta.

City hampir menemui gol penyamaan oleh Sergio Aguero yang menggantikan Gabriel Jesus namun tiga percubaannya dapat diselamatkan Anthony Lopes untuk mengakhiri dengan kekalahan 1-2.

SO CLOSE: Sergio Aguero almost finds the target

Ia jelas malam bukan milik City.

Di sebalik kekalahan

Dengan dua lagi pasukan Kumpulan F bermain pada malam sama menyaksikan Shakhtar Donetsk diikat 2-2 dengan Hoffeinheim di Ukraine, City menduduki tangga terbawah kumpulan selepas perlawanan pertama.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di Cardiff untuk meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris pada hari Sabtu ini sebelum ke Oxford pada hari Selasa untuk memulakan cabaran Piala Carabao selaku juara bertahan.

Berita Pasukan Utama

Agüero cergas lawan Lyon

SERGIO: Good to see this guy in training today!

Sergio Agüero dilaporkan turun berlatih di CFA dalam persiapan Manchester City berhadapan Lyon, perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah.

Berita Pasukan Utama

Arteta: Kami ada skuad berupaya menjuarai UCL

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Perancis di pembuka UCL 2018/19