quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 2
Newcastle 1

LEAD: City get back in the lead thanks to Kyle Walker.

LEAD: City get back in the lead thanks to Kyle Walker.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:53946 Sabtu, 1 September 2018 5:30:00 PTG

Manchester City

2

Sterling 8'

Walker 52'

2 - 1

Newcastle United

1

Yedlin 30'

Pengadil
Kevin Friend
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Mendy
  • Walker
  • Laporte
  • Stones
  • Silva Kompany 89’
  • Sterling
  • Luiz Rosa
  • Mahrez Gündogan 76’
  • Agüero
  • de Jesus Veiga de Carvalho e Silva 58’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Foden, Otamendi, Delph, Muric

Newcastle United:

  • Dubravka
  • Clark Murphy 81’
  • Yedlin
  • Dummett
  • Fernandez
  • Lascelles
  • Diamé
  • Nunes do Nascimento Atsu 54’
  • Ki
  • Pérez Gutiérrez
  • Rondón Mato Sanmartín 73’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Darlow, Sterry, Longstaff, Muto

Manchester City kembali ke laluan kemenangan selepas mengalahkan Newcastle United 2-1 di Stadium Etihad, petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Liverpool 4 +8 12
2 Chelsea 4 +7 12
3 Watford 4 +6 12
4 Manchester City 4 +8 10

Apa yang telah berlaku?

City kembali beraksi di laman sendiri dengan sasaran bangkit semula selepas keciciran mata dengan diikat 1-1 oleh Wolves di Stadium Molineux minggu lalu.

ACTION SHOT: Benjamin Mendy presses on after Newcastle's equaliser.

Tuan rumah hanya mengambil masa lapan minit untuk mendahului pasukan pelawat kendalian Rafa Benitez apabila Benjamin Mendy melakukan hantaran kepada Raheem Sterling untuk meledak gol pembuka di penampilan ke-100 Liga Perdana Inggeris buat City.

WE ARE CITY: Celebrating Sterling's goal together.

Sergio Aguero, Gabriel Jesus dan Riyad Mahrez hampir menambah gol kedua namun gagal mengena sasaran sebelum hantaran Salomon Rondon dirembat masuk DeaAndre Yedlin melepasi Ederson menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-29.

Ia sedikit sebanyak menambah keyakinan Newcastle yang kali terakhir meraih kemenangan ke atas penyandang juara Liga Perdana dalam pusingan keempat Piala Liga tahun 2014 dan dalam Liga Perdana Inggeris tahun 2005.

EARLY CHANCE: Riyad Mahrez looked close to giving us the lead in the opening moments of the game.

Meskipun City menguasai posesi 76% berbanding hanya 24% oleh Magpies, hanya tiga dari sebelas tendangan pasukan Pep Guardiola menemui sasaran, sebagai bukti penjaga gawang Newcastle tidak banyak diuji.

Ia jauh berbeza dengan permainan ditunjukkan dalam kemenangan besar 6-1 ke atas Huddersfield Town dua minggu lalu, perlawanan pertama musim ini di Stadium Etihad.

JESUS: That moment when your team mate scores a cracker of a goal!

Sekembali di separuh masa kedua, City terus melakukan serangan ke gawang Magpies sehinggalah pada minit ke-53 apabila bola awal Sterling diambil Aguero dan tanpa tersangka dihantarnya kepada Kyle Walker untuk disudahi dengan tendangan padu dari jarak jauh melepasi Dubravka yang menggamatkan Stadium Etihad.

WALKER: That feeling when you've just scored a goal of the season contender...

Ia merupakan gol pertama Walker buat City semenjak berpindah dari Tottenham Hotspur pada musim panas tahun lalu dan merupakan gol ketujuh Liga Perdana Inggeris sepanjang kariernya yang kali terakhir dihasilkan hampir tiga tahun lalu ketika bersama Spurs.

Fernandinho hampir menjadikan kedudukan 3-1 sepuluh minit kemudiannya dari hantaran Aguero namun ia dapat dihadang kaki Dubravka sebelum dua percubaan berturutan David Silva dapat dikekang pertahanan pelawat.

Kedudukan tidak berubah sehingga ke wisel penamat untuk memberi tiga mata penuh buat Citizens, sekaligus perlawanan kelima berturut-turut tanpa kalah di kesemua kejohanan musim ini.

Pemain Terbaik Perlawanan

Kyle Walker dengan jaringan gol pertamanya buat kelab dinamakan telah sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM)

Apa seterusnya?

Liga tempatan dan Eropah berehat seketika untuk memberi laluan kepada tugasan antarabangsa selama dua minggu sebelum disambung semula pada 15 September nanti dengan City menerima kunjungan Fulham di Stadium Etihad.

Berita Pasukan Utama

Pep gesa City pamer mental juara lawan Newcastle

Berita Pasukan Utama

City diundi lawan Oxford pusingan ke-3 Piala Liga

Berita Pasukan Utama

Man City diundi dalam Kumpulan F UCL 2018/19