quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 2
Brighton 0

Manchester City vs Brighton and Hove Albion

Manchester City vs Brighton and Hove Albion

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:54152 Sabtu, 29 September 2018 3:00:00 PTG

Manchester City

2

Sterling 29'

Agüero 65'

2 - 0

Brighton & Hove Albion

0
Pengadil
Lee Mason
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Zinchenko
  • Walker
  • Otamendi
  • Laporte
  • Luiz Rosa
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Silva Foden 88’
  • Sané Mahrez 71’
  • Sterling
  • Agüero de Jesus 66’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Stones, Kompany, Muric, da Silva

Brighton & Hove Albion:

  • Ryan
  • Montoya
  • Dunk
  • Duffy
  • Bong
  • Knockaert Jahanbakhsh 78’
  • Pröpper
  • Kayal
  • March Izquierdo 83’
  • Bissouma
  • Locadia Murray 73’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Button, Fernandes da Silva Junior, Saltor Grau, Balogun

Manchester City menduduki puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Brighton & Hove Albion 2-0 di Stadium Etihad, petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 7 +18 19
2 Liverpool 7 +12 19
3 Chelsea 7 +10 17
4 Tottenham Hotspur 7 +7 15

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola kembali beraksi di laman sendiri selepas dua perlawanan di tempat lawan dengan sasaran tiga mata untuk berpeluang mendahului liga sebelum Liverpool bertemu Chelsea di Stamford Bridge dalam perlawanan selepasnya.

BATTLER: Bernardo harries and hustles to reclaim possession

Brighton kendalian Chris Hughton bertahan kukuh di kawasan penalti mereka setiap kali City melakukan serangan sehingga menyukarkan pasukan mencari ruang dan melakukan percubaan.

Sehinggalah pada minit ke-29, bola awal Sergio Aguero diambil Leroy Sane dan hantaran silang rendahnya disudahi Raheem Sterling dari jarak dekat melepasi Matthew Ryan.

STERLING FINISH: It's that man Raheem again! His tap-in put City ahead

City hampir menambah gol kedua sejurus kemudian melalui percubaan Bernardo Silva namun ia menyimpang keluar sebelum rembatan cantik Sterling dapat ditepis keluar Ryan.

Dua minit sebelum masa rehat, Fernandinho melakukan tendangan jarak jauh namun ia turut dapat ditepis penjaga gol Brighton untuk berakhir dengan kedudukan 1-0 di masa rehat.

STARMAN: Sane stands out from the crowd

Sekembali di babak kedua, Aguero menemui peluang dengan percubaan tandukan namun ia tidak mengena sasaran sebelum tendangan jarak jauh Kyle Walker menyapa tanah lalu terlantun keluar dari gawang pelawat.

Ia diikuti percubaan Olkesandr Zinchenko, Bernardo, Sane dan David Silva tapi ia gagal menemui gol seterusnya.

EL MAGO: Our captain, David Silva, gets stuck in early doors

Akhirnya, gol kedua hadir pada minit ke-65 apabila Aguero meledak masuk hantaran Sterling, sekaligus gol Liga Perdana Inggerisnya yang ke-148 dan ke-206 di kesemua kejuaraan buat kelab.

CLASS: Aguero celebrates his 206th City goal

Riyad Mahrez yang diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-70 hampir menjadikan kedudukan 3-0 namun percubaanya dapat diselamatkan dan kedudukan tidak berubah ke wisel penamat untuk memberi kemenangan mutlak 2-0 buat juara bertahan.

Pemain bintang

Dengan satu gol dan satu bantuan jaringan, serta pemainan mantap sepanjang perlawanan Raheem Sterling selayaknya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

TAP IN: It's a simple finish for Raheem as he makes it 1-0 City

Di sebalik kemenangan

City mendaki puncak Liga Perdana Inggeris pertama kali musim ini selepas tujuh perlawanan dengan kelebihan perbezaan 18 gol berbanding 12 oleh Liverpool apabila Chelsea diikat seri 1-1 dengan pasukan Jurgen Klopp di Stamford Bridge.

Apa seterusnya?

City akan terbang ke Jerman hari Selasa ini untuk meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah peringkat Kumpulan F berhadapan dengan Hoffenheim.

 Ia akan diikuti perlawanan besar bertemu Liverpool pada hari Ahad, 7 Oktober dengan perlawanan bermula jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 11.30 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Jangan pandang remeh Brighton

Pep Guardiola mengesahkan yang Kevin de Bruyne akan kembali berlatih dalam beberapa hari lagi semasa sidang media menjelang kunjungan Brighton & Hove Albion hari Sabtu.

Previu Perlawanan

Menangkis cabaran sang camar

Man City vs Brighton and Hove Albion preview

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris hari Sabtu ini dengan berhadapan Brighton & Hove Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Berita Pasukan Utama

Guardiola intai lebih kejayaan Piala Liga