quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Cardiff City 0
Man City 5

THAT'S MORE LIKE IT: City celebrate

THAT'S MORE LIKE IT: City celebrate

Liga Perdana Inggeris (EPL) Cardiff City Stadium Att:32321 Sabtu, 22 September 2018 3:00:00 PTG

Cardiff City

0
0 - 5

Manchester City

5

Agüero 32'

Veiga de Carvalho e Silva 35'

Gündogan 44'

Mahrez 67', 89'

Pengadil
Michael Oliver
Sorotan perlawanan

Cardiff City:

  • Etheridge
  • Cunningham
  • Peltier Richards 51’
  • Ecuele Manga
  • Morrison
  • Arter
  • Ralls
  • Camarasa
  • Hoilett Murphy 75’
  • Reid
  • Ward Zohore 63’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bamba, Bennett, Paterson, Murphy

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Laporte
  • Delph
  • Otamendi
  • Luiz Rosa Stones 74’
  • Gündogan Foden 69’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Agüero Mahrez 61’
  • Sterling
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kompany, Silva, de Jesus, Muric

Manchester City kembali di laluan kemenangan dengan membenamkan tuan rumah, Cardiff City lima gol tanpa balas, petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Liverpool 6 +12 18
2 Manchester City 6 +16 16
3 Chelsea 6 +10 16
4 Watford 6 +5 13

Apa yang telah berlaku?

Selepas dikecewakan dengan kekalahan pertama musim ini 1-2 kepada Lyon Rabu lalu dalam perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah, Pep Guardiola kembali mengendalikan pasukan dengan sasaran untuk bangkit semula.

LET'S DO THIS: Aymeric Laporte heads out

Pasukan kendalian New Warnock memaksa City bersabar lebih setengah jam perlawanan sebelum Sergio Aguero meledak gol pembuka dari hantaran Bernardo Silva pada minit ke-32.

ON TARGET: Sergio Aguero celebrates City's first goal

Ia merupakan gol ke-205 Aguero di penampilan ke-300 di kesemua kejuaraan buat kelab di minggu selepas beliau menyetujui untuk kekal di City sehingga tahun 2021.

Gol Kun seakan kunci membuka kebanjiran gol-gol lain apabila tiga minit kemudian, Bernardo pula menambah gol kedua dengan menanduk masuk hantaran lintang Leroy Sane.

JUMP FOR JOY: Bernardo celebrates

Ia jelas menambah keyakinan pasukan apabila hantaran silang Raheem Sterling dirembat masuk Ilkay Gundogan untuk menjadikan kedudukan 3-0 seminit sebelum masa rehat.

PRECISION FINISH: Ilkay Gundogan finds the top corner

Sekembali di separuh masa kedua, Cardiff meskipun ketinggalan tiga gol tidak mudah menyerah kalah, malah terus memberi tentangan sengit kepada juara bertahan liga.

Namun, City terus menambah gol seterusnya pada minit ke-67 melalui tendangan Riyad Mahrez dari hantaran Gundogan, sekaligus gol pertamanya buat City semenjak menyertai kelab musim panas lalu.

FIVE-STAR CITY: Riyad Mahrez scores his second and City's fifth

Phil Foden yang diturunkan dari bangku simpanan hampir mencatat gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris namun dapat diselamatkan Etheridge sebelum Mahrez menyumbat gol keduanya seminit sebelum wisel penamat untuk memberi kemenangan mutlak 5-0 buat City.

Pemain bintang

Bintang Jerman, Ilkay Gundogan begitu menyerlah sepanjang perlawanan dengan terlibat dalam tiga gol, bantuan gol untuk Aguero, jaringan gol ketiga dan umpanan awal untuk gol debut Mahrez.

Di sebalik kemenangan

City naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan dua mata di belakang pendahulu, Liverpool yang mencatat kemenangan keenam berturut-turut di Southampton, sementara Chelsea akan bertemu West Ham pada hari Ahad.

WE LOVE IT WHEN A PLAN COMES TOGETHER! Leroy Sane and Bernardo Silva

Apa seterusnya?

City akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan Carabao Cup dengan kunjungan ke Oxford United pada hari Selasa ini, 25 September sebelum menerima kunjungan Brighton and Hove Albion di Stadium Etihad pada hari Sabtu depan, 29 September dalam saingan Liga Perdana.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu sesuai diri gaya permainan Cardiff

Berita Pasukan Utama

Agüero dalam angka

PLENTY MORE TO COME: Sergio Aguero

Statistik luar biasa legenda Manchester City, Sergio Agüero bersempena pelanjutan kontraknya hingga 2021.

Galeri Foto

Galeri Sergio Agüero tandatangani kontrak baru