quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Tottenham 0
Man City 1

SQUAD: City celebrate after Mahrez bags his fifth goal for the club.

SQUAD: City celebrate after Mahrez bags his fifth goal for the club.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:56854 Isnin, 29 Oktober 2018 8:00:00 PTG

Tottenham Hotspur

0
0 - 1

Manchester City

1

Mahrez 6'

Pengadil
Kevin Friend
Sorotan perlawanan

Tottenham Hotspur:

  • Lloris
  • Alderweireld
  • Sánchez
  • Trippier
  • Davies
  • Dembélé Alli 75’
  • Dier Winks 67’
  • Sissoko
  • Lamela
  • Rodrigues Moura da Silva Eriksen 81’
  • Kane
Pemain simpanan tidak diturunkan
Gazzaniga, Walker-Peters, Son, Aurier

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Stones
  • Mendy
  • Laporte
  • Silva Kompany 89’
  • Luiz Rosa
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Agüero De Bruyne 71’
  • Mahrez de Jesus 92’
  • Sterling
Pemain simpanan tidak diturunkan
Muric, Sané, Otamendi, Foden

Manchester City kembali ke puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas gol tunggal kemenangan Riyad Mahrez jamin tiga mata penuh ke atas Tottenham Hotspur di Wembley.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 10 +24 26
2 Liverpool 10 +16 26
3 Chelsea 10 +17 24
4 Arsenal 10 +11 22

Apa yang telah berlaku?

Suasana hening menyelubungi Stadium Wembley apabila kedua-dua pasukan memperingati trajedi helikopter terhempas pada hari Sabtu lalu di luar Stadium King Power seusai perlawanan Leicester City menentang West Ham United yang membawa kepada kematian pemilik kelab juara Liga Perdana musim 2015/16, Vichai Srivaddhanaprabha.

REMEMBRANCE: A minutes silence before kick-off.

Selepas enam minit perlawanan dimulakan, hantaran lintang Raheem Sterling berjaya diledak masuk Riyad Mahrez melepasi penjaga gol Spurs, Hugo Lloris. Ia merupakan gol kelima Mahrez di penampilan ke-15 kelab selepas berpindah dari Leicester City musim panas lalu.

DUO: Mahrez and Mendy celebrate after Riyad's goal.

Dengan hanya mendahului dengan satu gol, City terus memburu gol seterusnya namun setiap peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan pasukan.

Harry Kane hampir berpeluang menyamakan kedudukan, namun semasa meluru laju ke gawang City, Ederson Moraes tangkas tampil ke hadapan berjaya mematahkan serangannya.

BLOCK: Ederson stops Harry Kane in his tracks as he charges towards goal.

Dua minit sebelum rehat, Sterling di penampilan ke-200 Liga Perdana cuba memberi umpanan kepada Sergio Aguero namun penyudahan Kun tersasar jauh yang membawanya terus mencari gol ke-150 liga.

ACTION SHOT: Aguero hunts his 150th Premier League goal.

Sekembali di babak kedua, percubaan Harry Kane pula menyimpang keluar sebelum kerjasama cantik Bernardo Silva dan David Silva hampir memberi peluang kepada Mahrez untuk menambah gol kedua namun ia dapat ditepis Lloris.

EL MAGO: Up in the air!

Ia kemudian diikuti hantaran Bernardo menemui David Silva di pintu gawang Spurs namun dikuisnya ke belakang untuk disudahi Sterling yang kemudian usaha rembatannya dapat dihadang benteng pertahanan Spurs.

CHANCE: Sterling goes close in the second half.

Pada minit ke-65 Aguero sekali lagi dihidangkan peluang keemasan, namun percubaan tendangannya berakhir dalam dakapan Lloris sebelum beliau diganti masuk Kevin De Bruyne.

Dele Alli yang diturunkan dari bangku simpanan sedikit sebanyak merubah rentak serangan tuan rumah dan hantarannya cuba disudahi Erik Lamela sepuluh minit sebelum masa penuh namun ia melambung tinggi.

JUMP: Stones v Kane.

Kedudukan tidak berubah sehingga ke wisel penamat untuk membawa kemenangan mutlak buat City, sekaligus rekod tanpa kalah sepuluh perlawanan berturut-turut Liga Perdana dari awal musim.

Pemain bintang

Dengan jaringan gol kemenangan dan beberapa percubaan, Riyad Mahrez selayaknya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Di sebalik kemenangan

Manchester City kembali ke puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas hanya sempat dua hari dihuni Liverpool dengan kekal berkongsi jumlah mata yang sama, 26, namun dijarakkan dengan jumlah perbezaan gol yang ketara, 24 berbanding hanya 16 oleh pasukan Jurgen Klopp.

Apa berikutnya

City akan menerima tamu, Fulham pada hari Khamis ini, 1 November, 7.45 malam UK (3.45 pagi Jumaat Malaysia) untuk perlawanan pusingan keeempat Piala Liga (Carabao Cup) sebelum menerima kunjungan Southampton pada hari Ahad, 4 November untuk meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan perlawanan bermula pukul 3 petang UK (11 malam Malaysia).

Previu Perlawanan

Mendepani cabaran Spurs di Wembley

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saingan EPL musim ini lebih sengit

Sidang media Pep Guardiola vs Spurs

Pep Guardiola percaya yang pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini lebih sukar berbanding musim Manchester City menjuarainya dengan memecah deretan rekod musim lalu.

Berita Pasukan Utama

Pep puji kehebatan City selepas menang di Ukraine