quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Shakhtar Donetsk 0
Man City 3

CELEBRATION TIME: The City players salute David Silva after the skipper's brilliant strike

CELEBRATION TIME: The City players salute David Silva after the skipper's brilliant strike

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Metalist Stadium Att:37106 Selasa, 23 Oktober 2018 8:00:00 PTG

Shakhtar Donetsk

0
0 - 3

Manchester City

3

Silva 30'

Laporte 35'

Veiga de Carvalho e Silva 70'

Pengadil
Carlos del Cerro Grande
Sorotan perlawanan

Shakhtar Donetsk:

  • Pyatov
  • dos Santos
  • Matvyenko
  • Krivtsov
  • Rakitskiy
  • Kovalenko Lourenco 62’
  • Silva Sanches Aguiar Bolbat 69’
  • Stepanenko
  • Dos Santos Pedro Ferreira Bonfim 84’
  • de Andrade Barberan
  • Ribeiro Moraes Junior
Pemain simpanan tidak diturunkan
Shevchenko, Khotcholava, Butko, Kayode

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Mendy
  • Stones Walker 80’
  • Otamendi
  • Laporte
  • Luiz Rosa
  • Silva
  • De Bruyne Veiga de Carvalho e Silva 69’
  • Sterling
  • Mahrez
  • de Jesus Foden 87’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sané, Kompany, Muric, Agüero

Manchester City mempersembahkan permainan antara terbaik musim ini dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk 3-0 di Stadium Metalist, Ukraine dalam perlawanan peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 3 +3 6
2 Lyon 3 +1 5
3 TSG 1899 Hoffenheim 3 -1 2
4 Shakhtar Donetsk 3 -3 2

Apa yang telah berlaku?

City bermula meyakinkan dari awal perlawanan dengan David Silva melakukan percubaan pada minit ketiga namun sedikit melepasi palang diikuti tendangan Kevin De Bruyne hampir mengena sasaran.

STRIKE ONE: Skipper David Silva provides a fantastic finish to fire City ahead

Riyad Mahrez kemudian dihidangkan dua peluang keemasan namun kedua-dua percubaannya tidak membuahkan hasil.

Selepas itu, hantaran lintang Mahrez pula diambil David Silva lalu digelecek laju, namun rembatannya terkena tiang.

SO CLOSE: Gabriel Jesus almost gets on the end of a dangerous cross

Setengah jam selepas perlawanan bola awal Benjamin Mendy menemui Gabriel Jesus namun tendangannya dapat ditampan, dan bola muntah diledak masuk David Silva dengan tendangan voli melepasi penjaga gol Shakhtar Donetsk, Andry Pyatov.

BLUE HEAVEN: David Silva sets off in celebration after his sublime opener

Lima minit kemudian, tendangan penjuru De Bruyne berjaya ditanduk masuk Aymeric Laporte untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat pelawat.

Kedudukan tidak berubah sehingga ke masa rehat.

Sekembali ke babak kedua, pasukan tuan rumah bermain dengan lebih menyerang yang memaksa Ederson melakukan penyelamatan. Pada yang sama City hampir menambah gol seterusnya melalui percubaan Silva dan Mahrez.

TAKE THAT: Riyad Mahrez powers in another shot on the Shakhtar goal

Bernardo Silva yang diturunkan pada minit ke-70 serta merta memberi impak apabila seminit selepas diturunkan dari bangku simpanan beliau menambah gol ketiga melalui bantuan Mahrez.

SUDDEN IMPACT: Bernardo Silva celebrates after scoring less than a minute after coming on as a substitute

Phil Foden yang diturunkan tiga minit sebelum wisel penamat hampir menyumbat gol keempat namun ia melepasi palang untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-0 buat City.

Di sebalik kemenangan

City mengumpul enam mata selepas tiga perlawanan Kumpulan F untuk menduduki tempat teratas kumpulan selepas Hoffenheim seri 3-3 dengan Lyon di Jerman.

JOB DONE: The City players salute Bernardo Silva after his smart finish

Perlawanan timbal balik dengan Shakhtar akan berlangsung dalam masa dua minggu lagi di Stadium Etihad pada hari Rabu, 7 November.

Apa seterusnya?

City akan berkunjung ke Wembley pada hari Isnin hadapan, 29 Oktober berhadapan dengan Tottenham Hotspur dalam perlawanan ke-10 Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: City kian hampir capai sasaran UCL

Berita Pasukan Utama

Rombongan skuad UCL City ke Ukraine

SQUAD GOALS: The City team line up before kick-off

Senarai skuad Manchester City untuk perlawanan menentang Shakhtar Donetsk di Kharkiv, Ukraine untuk peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah telah disahkan.

Berita Pasukan Utama

Pep puji permainan Mahrez dan Fernandinho