quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 5
Burnley 0

GIVE US A HUG: Sergio celebrates with his team-mates after his early strike

GIVE US A HUG: Sergio celebrates with his team-mates after his early strike

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:54094 Sabtu, 20 Oktober 2018 3:00:00 PTG

Manchester City

5

Agüero 17'

Veiga de Carvalho e Silva 54'

Luiz Rosa 56'

Mahrez 83'

Sané 90'

5 - 0

Burnley

0
Pengadil
Jonathan Moss
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Mendy
  • Stones
  • Laporte
  • Kompany
  • Veiga de Carvalho e Silva De Bruyne 58’
  • Silva Foden 75’
  • Luiz Rosa
  • Agüero de Jesus 66’
  • Sané
  • Mahrez
Pemain simpanan tidak diturunkan
Otamendi, Zinchenko, Sterling, Muric

Burnley:

  • Hart
  • Mee
  • Tarkowski
  • Taylor
  • Lowton
  • Defour Barnes 75’
  • Cork
  • Berg Gudmundsson
  • Lennon Westwood 69’
  • Vokes Wood 69’
  • Hendrick
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bardsley, Vydra, Long, Heaton

Manchester City meneruskan rekod tanpa kalah Liga Perdana Inggeris untuk kekal di puncak selepas menewaskan Burnley 5-0 di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 9 +23 23
2 Liverpool 9 +13 23
3 Chelsea 9 +13 21
4 Arsenal 9 +11 21

Apa yang telah berlaku?

Selepas Joe Hart menerima sambutan meriah sekembalinya di laman lama berikutan berpindah ke Burnley musim panas lalu setelah berkhidmat 12 tahun bersama City, perlawanan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan hampir berpeluang untuk membuka jaringan.

Ancaman awal tiba apabila tendangan percuma Johann Berg cuba ditendang masuk San Vokes namun ia melepasi palang sebelum hantaran lintang Riyad Mahrez cuba ditanduk masuk Sergio Aguero tapi ia menyimpang keluar.

Pada minit ke-15 sekali lagi hantaran Mahrez cuba mencari Aguero namun ia pantas dihadang terlebih awal Hart. Tiga minit kemudian hasil kerjasama cantik Leroy Sane dan David Silva menemui Aguero lalu meledak gol pembuka, untuk golnya yang ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

LETHAL WEAPON: Sergio Aguero wheels away in delight after opening the scoring

Kedudukan tidak berganjak sehinggalah di masa tambahan apabila hantaran lintang Bernardo Silva cuba ditanduk masuk David Silva namun Joe Hart pantas menepisnya dan lantunan bola tersebut hinggap di kaki Aguero namun tendangannya melambung tinggi.

SOLID SILVA: David Silva looks to wriggle free from Burnley's Jack Crok

Sekembali di babak kedua, City kekal menguasai permainan dan empat minit sebelum sejam perlawanan Bernardo menambah gol kedua melalui hantaran pantas David Silva selepas rayuan penalti Leroy Sane dimentahkan pengadil Jonathan Moss.

SOLID SILVA: Bernardo celebrates after firing home City's second goal

Dua minit kemudian, Fernandinho pula menyumbat gol ketiga melalui tendangan jarak jauh yang tidak terjangkau Hart menyelamatkannya untuk menambah ‘kesengsaraan’ pasukan Sean Dyche.

TAKE THREE: Ferna lashes home a wonderful third goal for the Blues

Pada minit ke-60, Kevin De Bruyne diturunkan dari bangku simpanan, aksi keduanya musim ini selepas mengalami kecederaan semenjak kemenangan perlawanan pembuka di Arsenal dua bulan lalu.

BACK IN BUSINESS: Kevin De Bruyne makes a welcome return from injury as he replaces Bernardo Silva

Ia jelas memberi kesan serta merta, apabila bola awal De Bruyne diambil Mahrez untuk dilakukan penyudahan cantik, gol pertamanya di Stadium Etihad sekaligus gol keempatnya buat kelab.

ALL SMILES: Riyad Mahrez celebrates with John Stones after his stunning strike

Ia tidak berhenti di situ, apabila seminit sebelum masa penuh, Sane pula menambah gol kelima untuk memberi kemenangan mutlak 5-0 buat City.

Aksi lima bintang!

Pemain bintang

Dengan satu jaringan gol dan beberapa penciptaan peluang, Riyad Mahrez selayaknya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. 

Di sebalik kemenangan

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas tidak kalah dalam semua sembilan perlawanan dan berkongsi mata dengan Liverpool namun dijarakkan dengan jumlah perbezaan gol 23, berbanding 13 apabila pasukan Jurgen Klopp menang tipis 1-0 di Huddersfield.

Manakala Chelsea pula jatuh ke tangga ketiga selepas diikat seri 2-2 oleh Manchester United di Stamford Bridge.

Apa seterusnya?

City akan kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan terbang ke Ukraine bertemu Shakhtar Donetsk pada hari Selasa ini sebelum menghadapi Tottenham Hotspur di Wembley, hari Isnin hadapan.

Berita Pasukan Utama

Pep: De Bruyne sedia kembali beraksi lawan Burnley

Previu Perlawanan

Misi kekalkan takhta di puncak

Previu Perlawanan Manchester City vs Burnley EPL

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabangsa bulan Oktober dengan menghadapi Burnley untuk perlawanan ke-9 liga musim ini.

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad September