quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Liverpool 0
Man City 0

JUMP TO IT: Bernardo Silva challenges former City star James Milner

JUMP TO IT: Bernardo Silva challenges former City star James Milner

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:52117 Ahad, 7 Oktober 2018 4:30:00 PTG

Liverpool

0
0 - 0

Manchester City

0
Pengadil
Martin Atkinson
Sorotan perlawanan

Liverpool:

  • Ramses Becker
  • Lovren
  • van Dijk
  • Robertson
  • Gomez
  • Wijnaldum
  • Henderson
  • Milner Keita 29’
  • Barbosa de Oliveira Sturridge 72’
  • Mané
  • Salah Ghaly
Pemain simpanan tidak diturunkan
Matip, Mignolet, Tavares, Alexander-Arnold, Shaqiri

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Stones
  • Mendy
  • Laporte
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Mahrez
  • Luiz Rosa
  • Silva
  • Sterling Sané 76’
  • Agüero de Jesus 66’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kompany, Otamendi, da Silva, Foden, Muric

Manchester City hampir menamatkan penantian 15 tahun untuk meraih kemenangan di Anfield namun terpaksa akur berkongsi mata setelah mengikat Liverpool tanpa jaringan, petang Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 8 +18 20
2 Chelsea 8 +13 20
3 Liverpool 8 +12 20
4 Arsenal 8 +9 18

Apa yang telah berlaku?

Ia merupakan laman sukar buat pasukan Pep Guardiola yang hanya mencatat dua kemenangan dalam masa 62 tahun dan kemenangan terakhir dilakar pada tahun 2003.

SOLID SILVA: David Silva takes the fight to Liverpool

City bermula agak gementar apabila terlepas beberapa hantaran yang membawa Liverpool memberi tekanan dari awal perlawanan, dan percubaan pertama pasukan datang pada minit ke-15 dari hantaran Fernandinho namun rembatan Raheem Sterling menyasar keluar.

AT ARM'S LENGTH: Raheem Sterling looks to challenge Joe Gomez

Sergio Aguero kemudiannya dinafikan penalti oleh pengadil Martin Atkinson selepas Dejan Lovren menolak jatuh Kun dalam petak penalti.

Kedudukan tidak berganjak ke masa rehat dengan jaringan 0-0.

WATCHING BRIEF: Fernandinho and David Silva shadow Sadio Mane

Sekembali di separuh masa kedua, bola mengena lengan Virgil van Dijk selepas cuba menghadang tandukan Fernandinho dari tendangan penjuru namun tiada tindakan susulan pengadil.

STAR ON SUNDAY: Bernardo Silva looks to put City on the front foot

Sejurus kemudian, Riyad Mahrez hampir membuka jaringan dari hantaran David Silva namun ia menyasar keluar sebelum Ederson Moraes berjaya menyelamatkan percubaan Mohamed Salah.

Benjamin Mendy yang kembali beraksi berjaya mematahkan beberapa cubaan serangan pasukan Jurgen Klopp, dengan gabungan pertahanan Aymeric Laporte, Fernandinho dan John Stones.

SOLID BLOCK: John Stones puts the squeeze on Andy Robertson

Gabriel Jesus yang turun menggantikan Aguero turut hampir merubah kedudukan namun semasa percubaan serangannya Lovren sempat mengahdangnya yang turut membawa tangganya hinggap di muka Jesus.

OUCH: Gabriel Jesus feels the force of a Dejan Lovren challenge

Perlawanan kelihatan akan diakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan namun lima minit sebelum wisel penamat, Leroy Sane dijatuhkan Van Dijk dalam cubaan lariannya ke gawang Alisson yang membawa kepada penalti.

FLASHPOINT: Leroy Sane is brought down to earn City a late penalty

Tapi sayangnya peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan apabila percubaan sepakan penalti Mahrez melambung melepasi palang untuk City membawa pulang satu mata dari Anfield.

AGONY: Riyad Mahrez is off target with our 87th minute penlaty

Pemain bintang

Aymeric Laporte mempamerkan permainan mantap di bahagian pertahanan dengan mematahkan beberapa percubaan berbahaya Liverpool.

Di sebalik hasil seri

City kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan jumlah mata, 20 selepas 8 perlawanan diikuti Chelsea di tempat kedua dan Liverpool ketiga dengan jumlah mata yang sama, namun dibezakan jumlah gol.

Meskipun City gagal menamatkan badi Anfield namun ia sedikit sebanyak mengubat pedih kalah tiga kali dalam empat pertemuan musim lalu kepada pasukan merah Merseyside. Pertemuan kedua musim dengan Liverpool akan berlangsung di Stadium Etihad pada 1 Januari 2019.

TALKING POINT: Pep Guardiola passes on instructions to the City players

Apa seterusnya?

Saingan bola England dan Eropah berhenti seketika selama 10 hari untuk laluan rehat antarabangsa sebelum disambung semula pada hari Sabtu 20 Oktober dengan menerima kunjungan Burnley di Stadium Etihad.

Previu Perlawanan

Misi hapuskan 'badi usang' Anfield

Jurgen Klopp vs Pep Guardiola

Manchester City akan berkunjung ke laman Liverpool, petang Ahad untuk menamatkan badi lama Anfield dengan hanya dua kemenangan dicatat dalam masa 62 tahun.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan cuba yang terbaik lawan Liverpool

Berita Pasukan Utama

Pemain City dipanggil galas tugasan antarabangsa