quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Hoffenheim Hoffenheim 1
Man City 2

SUPER TUESDAY: The Blues celebrate David Silva's winner

SUPER TUESDAY: The Blues celebrate David Silva's winner

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Rhein-Neckar-Arena Att:24851 Selasa, 2 Oktober 2018 5:55:00 PTG

Hoffenheim

1

Belfodil 1'

1 - 2

Manchester City

2

Agüero 7'

Silva 87'

Pengadil
Damir Skomina
Sorotan perlawanan

Hoffenheim:

  • Baumann
  • Brenet
  • Kaderábek
  • Akpoguma
  • Posch
  • Demirbay Hack 89’
  • Grillitsch Bittencourt 82’
  • Hoogma
  • Apolinário de Lira
  • Szalai Kramaric 54’
  • Belfodil
Pemain simpanan tidak diturunkan
Amade, Kobel, Grifo, Nelson

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Kompany
  • Walker
  • Laporte
  • Otamendi Stones 64’
  • Gündogan Veiga de Carvalho e Silva 68’
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Sterling Mahrez 75’
  • Agüero
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
de Jesus, Zinchenko, da Silva, Muric

Manchester City membawa pulang tiga mata penuh dari Jerman dalam perlawanan kedua Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah selepas mengalahkan TSG 1899 Hoffenheim 2-1.

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola turun di Rhein-Neckar-Arena selepas tewas perlawanan pertama kepada Lyon di Stadium Etihad dua minggu lalu, manakala pasukan yang menduduki tangga ke-12 Bundesliga berjaya mengikat Shakhtar Donetsk seri 2-2 di Ukraine.

SQUAD GOALS: The City team line up before kick-off

City ditinggalkan tuan rumah hanya dalam masa 44 saat apabila Ishak Belfodil meledak gol pembuka selepas menyelinap melepasi dua pertanhanan City; Aymeric Laporte dan Nicolas Otamendi, dan melepasi masuk Ederson Moraes.

Namun City memberi reaksi serta merta apabila Raheem Sterling menggelecek laju ke gawang Hoffenheim namun tersilap langkah lalu kehilangan bola sebelum dapat menyudahinya.

ACTION MAN: Raheem Sterling causes havoc amongst the Hoffenheim defence

City terus melakukan serangan demi serangan sehinggalah bola awal David Silva diambil Leroy Sane lalu menemui Sergio Aguero untuk disepak masuk melepasi penjaga gol tuan rumah, Oliver Baumann pada minit ketujuh.

Sejurus selepas itu, City hampir menambah gol kedua apabila hantaran Silva pula cuba ditendang masuk Sterling namun sempat dihadang Baumann, lalu ia meleret keluar.

Aguero dihidangkan tiga peluang untuk menambah jaringan namun kesemuanya dapat diselamatkan untuk mengakhiri babak pertama dengan kedudukan terikat 1-1.

SOLID SILVA: El Mago puts City on the front-foot

Sekembali di separuh masa kedua, Hoffenheim hampir menemui gol kedua mereka sebaik sahaja perlawanan disambung oleh Joelinton, namun ia berjaya ditampan Ederson sebelum percubaan kedua oleh Kerem Kaderabek melambung tinggi.

Ilkay Gundogan terpaksa menamatkan permainan awal akibat masalah hamstring pada minit ke-70 yang kemudian diganti masuk Bernardo Silva.

FRESH LEGS: Substitute Bernardo Silva looks to make an instant impact

Kemasukan Bernardo memberi kesan serta merta apabila hantarannya cuba ditanduk masuk Aguero namun dapat ditepis Baumann sebelum Sane jelas dihadang jatuh penjaga gol Hoffenheim dalam petak penalti, namun tidak diendahkan pengadil.

Riyad Mahrez yang diturunkan pada minit ke-75 turut hampir menyumbat gol kedua melalui tendangan sisi namun ia turut dapat diselamatkan Baumann.

Akhirnya gol kemenangan hadir tiga minit sebelum wisel penamat dengan penyudahan cantik David Silva untuk membawa kemenangan berharga 2-1 buat City.

Pemain bintang

Tidak syak lagi, David Silva menjadi pemain paling menyerlah untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dengan jaringan gol kemenangan dan mencipta banyak peluang.

Di sebalik kemenangan

Dengan satu kalah dan satu menang, City menduduki tempat kedua Kumpulan F dengan kutipan 3 mata di belakang Lyon selepas kedua-duanya diikat seri 2-2 di Stadium Groupama, Perancis.

Apa selepas ini?

City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan berkunjung ke Anfield pada hari Ahad ini, 7 Oktober berhadapan dengan Liverpool yang kini berkongsi jumlah mata yang sama dengan perbezaan gol berpihak kepada City.

Pemenang perlawanan nanti akan menduduki takhta Liga Perdana sehingga kembalinya dari rehat antarabangsa pada 20 Oktober nanti apabila City bertemu Burnley.

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City ke Hoffenheim, UCL

Berita Pasukan Utama

Pep: Aguero dalam pemilihan lawan Hoffenheim

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bertuah mempunyai pasukan ‘hebat’