quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 6
Southampton 1

HIGH FIVES: Raheem Sterling takes the plaudits from his City team-mates after scoring our fifth goal

HIGH FIVES: Raheem Sterling takes the plaudits from his City team-mates after scoring our fifth goal

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:53916 Ahad, 4 November 2018 3:00:00 PTG

Manchester City

6

Hoedt 6'

Agüero 12'

Silva 18'

Sterling 47', 67'

Sané 91'

6 - 1

Southampton

1

Ings 30' (pen)

Pengadil
Lee Mason
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Stones Kompany 68’
  • Mendy
  • Laporte
  • Silva Foden 72’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Luiz Rosa Delph 79’
  • Sterling
  • Sané
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
da Silva, Mahrez, de Jesus, Muric

Southampton:

  • McCarthy
  • Bertrand
  • Stephens
  • Alves Soares
  • Hoedt
  • Højbjerg
  • Redmond Elyounoussi 73’
  • Lemina
  • Ward-Prowse Obafemi 73’
  • Long
  • Ings Armstrong 82’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Gunn, Vestergaard, Austin, Yoshida

Manchester City berada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan jarak dua mata selepas membelasah Southampton 6-1 di Stadium Etihad, malam Isnin.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 11 +29 29
2 Chelsea 11 +19 27
3 Liverpool 11 +16 27
4 Tottenham Hotspur 11 +9 24

Apa yang telah berlaku?

City hanya memgambil masa enam minit untuk mendahulu perlawanan apabila bola awal David Silva cuba disudahi Leroy Sane namun terkena hadangan badan Wesley Hoedt masuk melepasi gawang sendiri.

SUDDEN IMPACT: Leroy Sane's shot leads to City's opener

Enam minit kemudian, hantaran Raheem Sterling menemui Sergio Aguero untuk meledak golnya yang ke-150 dalam Liga Perdana Inggeris, sekaligus gol 305 buat kelab di kesemua kejuaraan.

LANDMARK: Sergio Aguero celebrates after netting his  150th Premier League goal for the Blues

Aguero hampir menambah gol ketiga empat minit selepas itu namun dapat diselamatkan Alex McCarthy sehinggalah David Silva merembat masuk dengan tendangan voli menjadikan kedudukan 3-0 buat tuan rumah.

ALL SMILES: Leroy Sane and David Silva start the celebrations after City's opener

Namun pada minit ke-30 pasukan kendalian Mark Hughes dihidangkan peluang apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila Ederson menggelusur menyekat jatuh Danny Ings yang kemudian disempurnakan Ings.

Sterling kemudiannya berjaya menyumbat masuk gol keempat City di masa tambahan sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan 4-1.

OPENING TIME: Wesley Hoedt deflects Leroy Sane's shot into the Southampton goal

Sekembali di babak kedua, Southampton bermain lebih terbuka dengan melakukan siri serangan yang memaksa Ederson melakukan dua penyelamatan penting.

RAZ-AMATAZ: Raheem Sterling celebrates after scoring our fourth goal on the stroke of half-time

Pada minit ke-67 Sterling menambah gol kelima melalu hantaran Aguero selepas percubaannya cuba ditampan pertahanan Saints sebelum Leroy Sane menjadikan kedudukan 6-1 di masa tambahan sebelum wisel penamat.

Pemain bintang

Dengan dua gol dan dua bantuan jaringan selayaknya pemain sayap England, Raheem Sterling dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM).

Di sebalik kemenangan

Dengan Liverpool diikat seri 1-1 dengan Arsenal di Stadium Emirates hari Sabtu, dan Chelsea menang 3-1 ke atas Crystal Palace, City berpeluang menambah jarak di puncak kepada dua mata dengan Chelsea di tangga kedua, diikuti Liverpool.

STARS ON SUNDAY: Sergio Aguero celebrates with his team-mates after scoring City's second goal

Apa berikutnya?

City akan kembali dalam saingan peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan Shakhtar Donetsk pada hari Rabu 7 November (3.45 pagi Khamis waktu Malaysia) sebelum menghadapi Manchester United pada hari Ahad, 11 November dalam Liga Perdana Inggeris.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu 'tajam' hadapi Southampton

Berita Pasukan Utama

Kevin De Bruyne cedera ligamen lutut

KDB: A night under the lights.

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne mengalami kerosakan ligamen lutut kiri semasa kemenangan ke atas Fulham dalam perlawanan pusingan keempat Carabao Cup.

Berita Pasukan Utama

Guardiola sahkan De Bruyne diperiksa doktor