quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 6
Shakhtar Donetsk 0

FLAGGING: Gabriel Jesus ensures it's a long night for Shakhtar

FLAGGING: Gabriel Jesus ensures it's a long night for Shakhtar

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Att:52286 Rabu, 7 November 2018 8:00:00 PTG

Manchester City

6

Silva 13'

de Jesus 24' (pen) (pen)

Sterling 48'

Mahrez 84'

6 - 0

Shakhtar Donetsk

0
Pengadil
Viktor Kassai
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Laporte
  • Stones
  • Zinchenko
  • Walker da Silva 61’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Luiz Rosa Delph 76’
  • Silva Gündogan 73’
  • Sterling
  • Mahrez
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Agüero, Muric, Sané, Otamendi

Shakhtar Donetsk:

  • Pyatov
  • Rakitskiy
  • Krivtsov
  • Matvyenko
  • dos Santos
  • Bolbat
  • Kovalenko
  • de Andrade Barberan Lourenco 77’
  • Barcellos Freda Silva Sanches Aguiar 77’
  • Stepanenko
  • Ribeiro Moraes Junior Kayode 63’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Khotcholava, Shevchenko, Ferreira Bonfim, Butko

Gabriel Jesus menjaringkan hatrik buat pertama kali untuk Manchester City untuk membawa pasukan selangkah lagi ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 4 +9 9
2 Lyon 4 +1 6
3 TSG 1899 Hoffenheim 4 -1 3
4 Shakhtar Donetsk 4 -9 2

Apa yang telah berlaku?

Pep menurunkan Gabriel Jesus sebagai penyerang utama dan merehatkan Sergio Aguero di bangku simpanan sebagai alternatif perlawanana besar hari Ahad ini melawan Manchester United. Ilkay Gundogan turut kembali dalam barisan skuad selepas direhatkan akibat kecederaan semenjak kemenangan di Hoffenheim.

ALL TOGETHER NOW: Blues prepare for the task ahead

Berbeza dari permulaan rancak dan meyakinkan semasa kemenangan 6-1 ke atas Southampton Ahad lalu, ia mengambil sedikit masa untuk City menemui rentak permainan.

Namun segalanya berubah pada minit ke-13 apabila City mula dapat menembusi pertahanan ampuh pelawat dengan hantaran Riyad Mahrez menemui David Silva untuk diledak masuk melepasi Andriy Pyatov.

HIGH FIVE: Riyad Mahrez congratulates David Silva on his opener

Ia merupakan gol ketiga Silva dalam kejuaraan Eropah dan sekaligus menjadi penjaring gol terbanyak sebanyak zaman mengatasi Francis Lee dengan jumlah 11 gol sepanjang kariernya bersama City.

Sepuluh minit kemudian, Raheem Sterling didapati terjatuh dalam petak penalti dan pengadil Hungary, Viktor Kassai, tanpa berfikir panjang menghadikahkan sepakan penalti buat City yang kemudian disempurnakan mudah Gabriel Jesus.

PEN PAL: Gabriel slots home his second of the night

Meskipun tayangan semula perlawanan menunjukkan Sterling tersadung jatuh sendiri sebelum Mykola Matviyenko melanggarnya.

Beberapa minit selepas itu, Jesus hampir menambah gol seterusnya namun rembatannya berakhir tepat ke arah Pyatov untuk membawa kedudukan 2-0 di masa rehat.

GOALDEN BOY: Raheem take the crowd's acclaim after curling home the third of the night

Sekembali di babak kedua, tiga minit selepas perlawanan disambung dengan Sterling menyumbat masuk gol ketiga selepas menggelecek laju melepasi beberapa pertahanan Shakhtar.

City sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-71 dan kali ini ia jelas David Silva dijatuhkan dalam petak penalti.

STONEWALL: David Silva wins City's second spot-kick of the night

Jesus sekali lagi dipertugaskan dan menyempurnakan cantik sepakan penalti untuk gol keduanya.

Pada minit ke-84 giliran Mahrez pula menambah gol yang merupakan gol pertama dalam kejuaraan Eropah buat City sebelum Jesus menjaringkan gol hatrik pertamanya buat kelab untuk memberi kemenangan mutlak 6-0.

FIVE UP: Riyad celebrates the fifth

Six and the City!

Pemain bintang

Dengan jaringan hatrik dan persembahan mantap permainan, Gabrierl Jesus selayaknya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Di sebalik kemenangan

City mendahului Kumpulan F dengan sembilan mata selepas empat perlawanan, mengatasi Lyon di tempat kedua dengan enam mata dengan baki dua perlawanan lagi.

Cabaran City seterusnya kunjungan balas ke Lyon pada 27 November ini sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan bulan Disember nanti melawan Hoffenheim di Stadium Etihad.

Apa seterusnya?

Jadual perlawanan padat dengan empat perlawanan dalam masa 10 hari akan berakhir Ahad ini dengan perlawanan derbi Manchester ke-177 melawan jiran, United.

City turun sebagai pendahulu liga dengan kelebihan dua mata mengatasi pencabar, Chelsea dan pasukan Jose Mourinho di tangga ketujuh, sembilan mata di belakang City.

Rehat antarabangsa kemudian menyusuli sebelum ia disambung semula dengan menerima kunjungan West Ham United pada 24 November.

Berita Pasukan Utama

Mahrez Pemain Terbaik Etihad Oktober

Berita Pasukan Utama

Pep : Kini kami fikir Shakhtar kemudian Man United

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia satu keseronokan mengurus pasukan ini