quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 2
Fulham 0

FIST PUMP: The squad celebrate with Brahim!

FIST PUMP: The squad celebrate with Brahim!

Piala Liga (Carabao Cup) Att:35271 Khamis, 1 November 2018 7:45:00 PTG

Manchester City

2

Diaz 18', 65'

2 - 0

Fulham

0
Pengadil
Martin Atkinson
Sorotan perlawanan Matchday centre

Manchester City:

  • Muric
  • Zinchenko
  • Kompany
  • Stones
  • da Silva
  • Foden
  • Delph
  • De Bruyne Gomes 86’
  • Diaz Mahrez 78’
  • de Jesus
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sterling, Agüero, Santana de Moraes, Walker, Veiga de Carvalho e Silva

Fulham:

  • Rico
  • Fosu-Mensah
  • Sessegnon
  • Ream Le Marchand 69’
  • Odoi
  • Cairney
  • Zambo Anguissa
  • Seri
  • Vietto Christie 90’
  • Mitrovic
  • Schürrle Ayité 81’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Agosto Ramírez, De La Torre, Mawson, Sessegnon

Manchester City selaku juara bertahan Carabao Cup musim lalu menempah tempat ke suku akhir selepas mengalahkan Fulham 2-0 di Stadium Etihad, malam Jumaat.

Apa yang telah berlaku?

Dengan jadual yang padat memasuki bulan November, Pep Guardiola menurukan tiga pemain muda dalam kesebelasan utama; Phil Foden, Brahim Diaz dan Aro Muric selaku penjaga gol serta menempatkan Claudio Gomes di bangku simpanan.

Selepas suasana hening di Stadium Etihad menghormati pemergian pemilik kelab Leicester City yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas Sabtu lalu, perlawanan bermula rancak dengan gandingan mantap Foden, Leroy Sane dan Kevin De Bruyne dalam mencipta peluang-peluang.

Gol pertama hadir dari tendangan penjuru yang diambil Fabian Delph kemudian menemui Vincent Kompany dan hinggap di kaki Diaz yang terkena badan Aleksandar Mitrovic masuk melepasi Sergio Rico pada minit ke-18.

Ia merupakan gol pertama pemain muda asal Sepanyol berusia 19 tahun tersebut di peringkat senior selepas kali pertama diturunkan untuk skuad utama semasa menentang Swansea dalam Piala Liga pada September 2016.

City terus mencari gol-gol seterusnya termasuk percubaan Sane, Gabriel Jesus dan De Bruyne namun kesemuanya tidak mengena sasaran untuk mengakhiri babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Sekembali di separuh masa kedua, Jesus telah dihidangkan beberapa peluang namun nasib tidak menyebelahinya, begitu juga percubaan Sane diikuti De Bruyne dan Diaz.

Fulham turut berpeluang menyamakan kedudukan melalui percubaan Andre Schurrle pada minit ke-58 namun ia diselamatkan mudah Aro Muric yang begitu santai sepanjang perlawanan.

KEEPER: Our stopper for the night, Aro Muric.

Akhirnya gol kedua hadir pada minit ke-65 apabila percubaan awal Jesus dapat ditepis Rico dan bola muntah tersebut  dirembat masuk Diaz untuk gol kedua.

Foden hampir menambah gol kedua di minit-minit akhir perlawanan namun ia sedikit menyimpang keluar untuk mengakhiri dengan kemenangan mutlak 2-0 buat City.

Pemain bintang

Brahim Diaz selayaknya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM) dengan dua jaringan gol kemenangan.

Di sebalik kemenangan

Pasukan Pep Guardiola akan bertemu sama ada Southampton atau Leicester di peringkat suku akhir apabila kedua-dua pasukan bertemu pada 27 November ini. Perlawanan suku akhir Carabao Cup akan berlangsung pada 17 Disember dengan Arsenal, Spurs, Middlesborough, Burton, Chelsea dan Bournemouth sudah menempah tempat awal.

Apa berikutnya?

City akan menerima kunjungan Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad ini, 4 November sebelum menghadapi Shakhtar Donetsk hari Rabu (7 November) diikuti Manchester United, hari Ahad berikutnya (11 November).

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji kekuatan mental Mahrez

PROUD: Pep Guardiola praised Riyad Mahrez for his reaction, following a difficult 48 hours...

Pep Guardiola melahirkan rasa bangganya berikutan permainan cemerlang Riyad Mahrez yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam kemenangan ke atas Tottenham

Laporan Perlawanan

Gol tunggal Mahrez tewaskan Spurs di Wembley

Previu Perlawanan

Mendepani cabaran Spurs di Wembley