quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Southampton 0
Man City 1

ELATION: Gabriel Jesus runs over to celebrate with the jubilant City fans

ELATION: Gabriel Jesus runs over to celebrate with the jubilant City fans

Liga Perdana Inggeris (EPL) St Mary's Stadium Att:31882 Ahad, 13 Mei 2018 2:00:00 PTG

Southampton

0
0 - 1

Manchester City

1

de Jesus 94'

Pengadil
Andre Marriner
Sorotan perlawanan

Southampton:

  • McCarthy
  • Bertrand McQueen 81’
  • Hoedt
  • Alves Soares
  • Yoshida
  • Stephens
  • Tadic
  • Romeu Vidal
  • Redmond Ward-Prowse 64’
  • Højbjerg
  • Austin Long 64’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sims, Forster, Pied, Gabbiadini

Manchester City:

  • Bravo
  • Delph de Jesus 59’
  • Stones
  • da Silva
  • Laporte
  • Luiz Rosa
  • Gündogan Foden 82’
  • De Bruyne
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva Diaz 78’
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kompany, Walker, Santana de Moraes, Zinchenko

Gabriel Jesus menjaringkan gol tunggal di minit akhir masa tambahan dalam kemenangan 1-0 di Southampton untuk membawa Manchester City mencecah 100 mata.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 38 +79 100
2 Manchester United 38 +40 81
3 Tottenham Hotspur 38 +38 77
4 Liverpool 38 +46 75

Apa yang telah berlaku?

Dengan limpahan sinaran mentari di Stadium St Mary, para penyokong tempatan memenuhi stadium untuk berpesta selepas kedudukan mereka selamat dari penyingkiran dengan kemenangan di Swansea hari Rabu.

Sementara pasukan Pep Guardiola pula turun dengan sasasarn untuk meraih lagi tiga mata untuk mencatat rekod-rekod baru Liga Perdana Inggeris dalam musim yang luar biasa.

Tuan rumah hampir mendahului perlawanan selepas lapan minit perlawanan apabila tendangan penjuru cuba dirembat masuk Wesley Hoedt namun terkena palang.

Dengan pasukan bimbingan Mark Hughes begitu ramai di petak penalti, ia menyukarkan City menemui ruang dengan Kevin De Bruyne dan Leroy Sane cuba mencipta peluang-peluang.

Sehingga ke masa rehat, City gagal melakukan sebarang tendangan tepat sasaran meskipun mendominasi posesi bola dengan 71% berbanding 29% oleh Southampton.

Sekembali di babak kedua, City menukar rentak permainan dengan lebih rancak dan minit ke-49 sepakan percuma De Bruyne hanya sejengkal untuk menemui Gabriel Jesus untuk disudahinya.

Enam minit kemudian, Bernardo Silva menemui Fernandinho yang merembat kencang namun ia melambung melepasi palang.

Sejam selepas perlawanan, Raheem Sterling hampir membuka jaringan namun ia menyimpang keluar sebelum tandukan John Stones dapat ditepis keluar penjaga gol Southampton, Alex McCarthy.

Kemenangan kelihatan hampir berpihak pada tuan rumah pada minit ke-77 apabila Dusan Tadic menemui ruang namun lambat menyudahinya yang kemudian pantas dihadang Fernandinho di pintu gawang.

Dengan tambahan masa 3 minit dan kedudukan terikat tanpa jaringan, De Bruyne melakukan hantaran cantik lalu diambil Jesus untuk meledak gol kemenangan pada minit terakhir, masa tambahan.

Rekod baru 100 mata, 32 kemenangan, 106 gol, 19 jurang di puncak, 16 kemenangan di tempat lawan sebagai tambahan beberapa rekod baru sepanjang musim. Ia musim City menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan penuh gaya.

Pemain bintang

Tidak syak lagi, Kevin de Bruyne. Sebagai pembantu jaringan gol terbanyak liga, 16, pemain tengah Belgium tersebut dianugerahkan sebagai pemenang untuk kategori baru ‘Playmaker of the Season’ seusai perlawanan.

Apa seterusnya?

Musim 2017/18 kini menutup tirainya dengan perarakan meraikan kejuaraan bersama para penyokong City di kota Manchester pada hari Isnin, 14 Mei.

City akan terbang ke Amerika Syarikat pada bulan Julai untuk kempen pramusim 2018/19 selepas Piala Dunia sebelum memulakan musim baru Ogos nanti.

Ia satu musim yang pasti akan diingati semua.

Berita Pasukan Utama

Ederson setuju kekal di City hingga 2025

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan cuba menang di Southampton

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan dedikasikan perlawanan untuk Yaya