quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 0
Huddersfield 0

PRESSURE: Kevin De Bruyne looks to regain possession

PRESSURE: Kevin De Bruyne looks to regain possession

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Ahad, 6 Mei 2018 12:30:00 PTG

Manchester City

0
0 - 0

Huddersfield Town

0
Pengadil
Mike Dean
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph Mendy 57’
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones Veiga de Carvalho e Silva 73’
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne Gündogan 67’
  • Silva
  • Sterling
  • Sané
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Laporte, Touré, Foden

Huddersfield Town:

  • Lössl
  • Smith
  • Jorgensen
  • Löwe Malone 78’
  • Schindler
  • Kongolo
  • Mooy
  • Hadergjonaj
  • Hogg
  • Pritchard van La Parra 82’
  • Mounie Depoitre 60’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Coleman, Billing, Stankovic, Quaner

Manchester City telah diikat tanpa jaringan dengan pelawat, Huddersfield di hari piala Liga Perdana Inggeris disampaikan kepada juara musim 2017/18

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 37 +78 97
2 Manchester United 37 +39 78
3 Tottenham Hotspur 37 +37 74
4 Liverpool 37 +42 72

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola turun dengan mengetahui tiga rekod baru Liga Perdana dapat dipecahkan menjelang penyampaian trofi untuk dijulang seusai perlawanan petang Ahad di hadapan lautan biru putih para peonyokong di Stadium Etihad.

Namun apa yang berlaku selepas itu, pasukan kelihatan sukar menemui rentak permainan meskipun menguasoi posesi 79% dan 15 percubaan.

City melakukan beberapa percubaan oleh David Silva dan Kevin De Bruyne sebelum Terriers kendalian David Wagner bangkit dan hampir membuka jaringan melalui rembatan Alex Pritchard namun berjaya diselamatkan Ederson.

Ia diikuti hantaran Leroy Sane yang hampir disudahi dengan cubaan tandukan Gabriel Jesus namun ia melambung melepasi palang, Jonas Lossi.

Dengan masa yang semakin suntuk ke wisel penamat, tendangan Bernardo Silva dapat ditepis kelaur Lossi sebelum rembatan padu Benjamin Mendy yang diturunkan dari bangku simpanan melepasi palang.

Dengan kedua-dua para penyokong mendambakan kemenangan dengan sasaran berbeza, hasil seri diraikan dengan sebab berlainan; City meraikan kejayaan merangkul kejuaraan.

Sementara Huddersfield pula dapat bernafas sedikit lega dalam perjuangan mereka untuk kekal di Liga Perdana musim depan dengan persaingan sengit di kedudukan terkebawah liga.

Akhirnya piala Liga Perdana Inggeris secara rasmi menjadi milik City dan kembali ke pangkuan bak sirih pulang gagang.

Di sebalik kemenangan

City kini menambah jurang di puncak kepada 17 mata dari pencabar terdekat Manchester United, selepas kelab jiran tersebut kalah mengejut 0-1 di Brighton.

Citizens kini memerlukan dua mata lagi untuk memecah rekod baru serta dua gol lagi untuk mencatat rekod baru gol terbanyak (103).

Dengan dua lagi baki perlawanan, City hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk melakar rekod baru dengan kemenangan terbanyak sebagai juara liga.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Brighton & Hove Albion pada hari Rabu ini, 9 Mei jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pemain Terbaik Etihad Musim Ini: Tiga Akhir

Berita Pasukan Utama

Legenda kelab Yaya Toure tinggalkan City

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan terbaik