quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Stoke 0
Man City 2

CLOUD 9: David Silva celebrates after scoring his second to double City's lead.

CLOUD 9: David Silva celebrates after scoring his second to double City's lead.

Liga Perdana Inggeris (EPL) bet365 Stadium Att:29138 Isnin, 12 Mac 2018 8:00:00 PTG

Stoke

0
0 - 2

Manchester City

2

Silva 10', 50'

Pengadil
Jonathan Moss
Sorotan perlawanan

Stoke :

  • Butland
  • Martins Indi
  • Stafylidis
  • Zouma
  • Bauer
  • Allen
  • Cameron Sobhi Ahmed 88’
  • Ndiaye
  • Choupo-Moting
  • Rodríguez Ruiz Crouch 63’
  • Shaqiri
Pemain simpanan tidak diturunkan
Adam, Fletcher, Haugaard, Johnson, Shawcross

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Otamendi
  • Walker
  • Zinchenko
  • Kompany
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Silva
  • Sterling Veiga de Carvalho e Silva 85’
  • Sané
  • de Jesus Gündogan 91’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Stones, da Silva, Laporte, Touré

Manchester City semakin menghampiri gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas dua gol David Silva bawa kemenangan 2-0 di Stoke City, malam Selasa.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 30 +65 81
2 Manchester United 30 +35 65
3 Tottenham Hotspur 30 +34 61
4 Liverpool 30 +34 60

Apa yang telah berlaku?

Selepas menang dalam pertemuan pertama musim ini dengan kemenangan besar 7-2 pada Oktober lalu di Stadium Etihad, pasukan Pep Guardiola menyasarkan kemenangan berganda pertama dalam satu musim menentang Stoke City sejak kempen 1998-99.

Hanya selepas 10 minit perlawanan bermula, David Silva meledak gol pembuka melalui hantaran silang Raheem Sterling dari kerjasama awal Fernandinho dan Gabriel Jesus.

Sepuluh minit kemudian, tuan rumah mula memberi ancaman apabila Xherdan Shaqiri menemui Badou Ndiaye yang menggelecek laju melepasi hadangan Oleksandr Zinchenko namun rembatannya menyimpang keluar dari gawang Ederson.

City hampir menambah gol kedua beberapa minit selepas itu apabila percubaan jarak dekat Kevin De Bruyne sempat dihadang kaki Jack Butland sebelum sepakan percumanya hanya sejengkal terlepas untuk Gabriel Jesus dan Nicolas Otamendi menyudahinya.

Lima minit sebelum rehat, hantaran Leroy Sane kemudiannya hinggap di kaki Fernandinho dan tendangan jarak jauhnya pula dapat ditepis keluar Butland untuk mengakhiri babak pertama 1-0 berpihak buat City.

Sekembali di separuh masa kedua, lima minit selepas perlawanan disambung David Silva menyumbat gol kedua, sekali lagi hasil dari kerjasama Fernandinho dan Gabriel Jesus untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Tuan rumah berpeluang mengurangkan defisit gol pada minit ke-64 apabila sepakan percuma Potters hampir disempurnakan Bruno Martins Indi sebelum Kyle Walker berpeluang menjaringkan gol debutnya buat City namun tendangan sisinya dapat ditepis Butland.

Permainan berlanjutan dengan kedudukan tidak berubah sehingga ke masa tambahan untuk membawa kemenangan berharga buat Citizens 2-0 di Stadium bet365.

Di sebalik kemenangan

City menambah kembali jurang di puncak kepada 16 mata selepas mengumpul 81 mata keseluruhan dari 30 perlawanan.

Pasukan Pep Guardiola kini hanya memerlukan dua lagi kemenangan (lawan Everton dan Manchester United) untuk menjamin kejuaraan liga milik City dengan lapan baki perlawanan.

Apa seterusnya?

Saingan bola dihentikan seketika untuk rehat antarabangsa hampir tiga minggu sebelum ia disambung semula dengan kunjungan City ke Goodison Park bertemu Everton pada 31 Mac sebelum menerima kunjungan Manchester United pada 7 April di Stadium Etihad.

Skuad akan terbang ke Abu Dhabi untuk berlatih dalam cuaca panas selama lima hari sebelum kembali bersiap meneruskan cabaran penghujung musim.

Previu Perlawanan

Bertamu di laman Potters

Stoke City vs Man City EPL

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris sebelum rehat antarabangsa dengan bertamu di laman Stoke City untuk perlawanan ke-30 musim ini.

Apa Kata Media

Kehebatan Gundogan dan nasihat Gabriel buat Neymar

FITNESS ADVICE: Gabriel Jesus and compatriot Neymar

Media hari Jumaat membawa kami analisis tentang para pemain tengah City Ilkay Gundogan dan Fernandinho, dan bagaimana pemain penyerang Brazil, Gabriel Jesus memberi nasihat kepada rakan senegaranya, Neymar.

Paper talk...

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Pertemuan dengan Stoke mencabar

Selepas menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menyingkirkan Basel , kini tumpuan beralih ke Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City.

Pengurus akan menyampaikan berita terkini skuad semasa sidang akhbar pada hari Jumaat ini ...