quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 1
FC Basel FC Basel 2

ASSIST KING: Gabriel Jesus finishes off a delightful pass from Bernardo Silva.

ASSIST KING: Gabriel Jesus finishes off a delightful pass from Bernardo Silva.

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Etihad Stadium Att:49411 Rabu, 7 Mac 2018 7:45:00 PTG

Manchester City

1

Jesus 8'

1 - 2

FC Basel

2

Elyounoussi 17'

Lang 71'

Pengadil
Pavel Kralovec
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Bravo
  • da Silva
  • Laporte
  • Zinchenko
  • Stones
  • Touré
  • Foden Adarabioyo 89’
  • Gündogan Diaz 66’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Santana de Moraes, Agüero, Otamendi, Walker, De Bruyne

FC Basel:

  • Vaclik
  • Suchy
  • Lacroix
  • Frei
  • Lang
  • Riveros Galeano
  • Serey Dié
  • Zuffi
  • Oberlin van Wolfswinkel 74’
  • Bua Stocker 68’
  • Elyounoussi
Pemain simpanan tidak diturunkan
Petretta, Salvi, Ajeti, Kaiser, Manzambi

Manchester City mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah meskipun tewas 1-2 kepada pelawat, Basel di Stadium Etihad selepas menang agregat 5-2.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola melakukan 6 perubahan dari skuad yang mengalahkan Chelsea 1-0 hari Ahad lalu dengan memberi peluang kepada para pemain yang jarang beraksi diturunkan bermain termasuk Yaya Toure sebagai kapten pasukan dan pemain tengah muda England, Phil Foden dalam kesebelasan utama.

Pep merehatkan barisan pemain tonggak; Sergio Aguero, Kevin De Bruyne, David Silva, Kyle Walker, Nicolas Otamendi dan Ederson Moraes.

Lapan minit selepas perlawanan bermula, Gabriel Jesus meledak gol pembuka melalui hantaran Bernardo Silva dari hasil usaha Leroy Sane.

Ia merupakan gol ke-11 penyerang muda Brazil tersebut musim ini dan yang pertama selepas kembali beraksi dari kecederaan lutut yang membawanya direhatkan selama hampir empat bulan.

Empat minit kemudian, hantaran lintang Sane menemui Benardo namun tendangan pemain Portugis tersebut dihadang badan pertahanan Basel, Leo Lacroix.

Ia diikuti hantaran silang Bernardo pula cuba disudahi Ilkay Gundogan namun ia dapat diselamatkan penjaga gol Basel, Tomas Vaclik.

Pada minit ke-17 Basel berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan masuk Mohamed Elyounoussi melepasi Claudio Bravo yang menggamatkan Stadium Etihad oleh para penyokong pelawat hampir 2,000 yang tidak berhenti menyanyi memberi sokongan kepada pasukan.

Kedudukan tidak berubah sehingga ke masa rehat dengan terikat 1-1.

Sekembali di babak kedua, City bermain kurang tersusun dengan kerap kehilangan bola dan siri hantaran yang lemah.

Pada minit ke-72 pertahanan City yang kurang ampuh membawa padah apabila hantaran Elyounoussi disumbat masuk Michael Lang untuk Basel mendahului tuan rumah 2-1.

Pep turut menurunkan lagi dua pemain muda Brahim Diaz dan Tosin Adarabioyo sebagai gantian dan pemain muda Sepanyol tersebut hampir menyamakan kedudukan 10 minit sebelum wisel penamat namun tendangan sisinya dapat ditepis Vacilik untuk mengakhiri kemenangan 1-2 buat pelawat.

Di sebalik kekalahan

Meskipun kalah 1-2 dalam perlawanan kedua, dengan kelebihan kemenangan 4-0 di St Jakob Park, Switzerland dalam perlawanan pertama 16 akhir Februari lalu, City menang agregat 5-2 untuk mengiringi Real Madrid, Liverpool dan Juventus ke suku akhir.

Empat lagi tempat ke suku akhir kini menjadi rebutan antara Manchester United vs Sevilla, Roma vs Shakhtar Donetsk, Besiktas vs Bayern Munich dan Barcelona vs Chelsea.

Undian peringkat suku akhir akan dilakukan pada 16 Mac hari Jumaat di Nyon, Switzerland dengan perlawanan pertama pada 3/4 April dan perlawanan kedua 10/11 April.

Apa seterusnya?

City akan betandang di Stadium Bet365 menghadapi Stoke City kendalian Paul Lambert pada hari Isnin depan, 13 Mac sebelum rehat antarabangsa selama 19 hari dengan skuad kemudiannya akan terbang ke Abu Dhabi untuk kem latihan menjelang Musim Bunga.

Saingan Liga Perdana Inggeris akan disambung semula pada 31 Mac dengan kunjungan ke Goodison Park menentang Everton bimbingan Sam Allardyce dengan City sebelum menerima tamu jiran, Manchester United pada Ahad berikutnya, 7 April.

Previu Perlawanan

Selangkah lagi ke suku akhir UCL!

Berita Pasukan Utama

Pep: Liga Juara-Juara Eropah sesuatu yang istimewa

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami kekal fokus dan tak kejar rekod