quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 1
Chelsea 0

City dalam perjalanan untuk meremukkan 10 rekod Liga Perdana...

City dalam perjalanan untuk meremukkan 10 rekod Liga Perdana...

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54328 Ahad, 4 Mac 2018 4:00:00 PTG

Manchester City

1

Veiga de Carvalho e Silva 46'

1 - 0

Chelsea

0
Pengadil
Michael Oliver
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Laporte
  • Zinchenko da Silva 87’
  • Otamendi
  • Walker
  • Silva Foden 93’
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
  • Agüero de Jesus 85’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Stones, Touré, Kompany, Bravo

Chelsea:

  • Courtois
  • Rüdiger
  • Christensen
  • Azpilicueta
  • Drinkwater
  • Alonso
  • Fàbregas
  • Moses
  • Rodríguez Ledesma Palmieri dos Santos 82’
  • Hazard Morata 90’
  • Borges Da Silva Giroud 78’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zappacosta, Cahill, Chalobah, Caballero

City hanya memerlukan empat sahaja lagi kemenangan untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 29 +63 78
2 Manchester United 29 +34 62
3 Liverpool 29 +35 60
4 Tottenham Hotspur 29 +31 58

Apa yang telah berlaku?

Citizens turun selepas meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas lawan sama, Arsenal, dengan jaringan sama 3-0 dalam perlawanan akhir Carabao Cup di Wembley diikuti saingan Liga Perdana di Stadium Emirates.

Sementara pasukan kendalian Antonio Conte selaku penyandang juara pula bertamu dengan sasasaran untuk bangkit selepas kekalahan kepada Manchester United Ahad lalu di Old Trafford.

Seperti dijangkakan pelawat lebih banyak bertahan dengan posesi bola didominasi pasukan Pep Guardiola sekitar 80% berbanding hanya 20% oleh Chelsea.

City hampir mendahului perlawanan pada minit ke-27 apabila sepakan percuma Kevin De Bruyne cuba disudahi Leroy Sane dengan tendangan kaki kirinya namun pantas dihadang dengan betis Cesar Azpilicueta di pintu gawang Thibaut Courtois.

Ia diikuti dua peluang terhidang apabila Sergio Aguero menemui ruang namun sebelum dapat dilakukan percubaan, penyerang City itu dengan cepat dikepung pertahanan Chelsea.

Tiga minit sebelum masa rehat, Nicolas Otamendi menyempurnakan tendangan awal Aguero dari sepakan percuma De Bruyne, namun ia dibatalkan kerana ofsaid untuk mengakhiri babak pertama tanpa sebarang jaringan.

Sekembali di separuh masa kedua, Bernardo Silva meledak gol pembuka selepas hanya 35 saat perlawanan disambung dari hantaran silang David Silva.

City terus mencari gol seterusnya termasuk Aguero yang memburu gol ke-200 nya buat kelab, namun Chelsea terus bertahan kukuh dengan menutup setiap ruang yang ada.

Chelsea yang bermain tanpa penyerang jelas menurunkan dua penyerang mereka, Oliver Giroud dan Alvaro Morata pada 12 minit terakhir seakan sudah terlambat apabila City jelas sukar digugat.

Pep turut menurunkan Gabriel Jesus, Danilo dan Phil Foden 10 minit terakhir dan di masa tambahan Sane hampir menambah gol kedua namun ia melambung tinggi untuk mengakhiri kemenangan 1-0 buat City.

Pemain bintang

Sekali lagi pemain sayap Jerman tampil cemerlang dengan siri umpanan dan permainan yang lincah menyukarkan pasukan lawan.

Di sebalik kemenangan

City menambah jurang di puncak kepada 18 mata dengan Liverpool di tangga kedua sebelum Manchester United bertandang di Crystal Palace hari Isnin.

Selepas 29 perlawanan, City kini mengumpul 78 mata dengan baki 9 perlawanan lagi, jumlah sama mata keseluruhan dikutip untuk 38 perlawanan musim lalu.

Apa seterusnya?

City akan menerima tamu FC Basel pada hari Rabu, 7 Mac (3.45 pagi Khamis Malaysia)  dalam perlawanan kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kelebihan 4-0 dari pertemuan pertama.

Ia diikuti kunjungan ke Stoke City pada hari Isnin, 13 Mac sebelum rehat antarabangsa selama 19 hari yang akan disambung semula pada akhir Mac dengan bertamu di Goodison Park melawan Everton.

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Biru London

Man City vs Chelsea EPL

Manchester City melangkah masuk ke 10 perlawanan terakhir liga musim ini dengan langkah kanan apabila pulang dari kota London membawa 3 mata selepas menang selesa 3-0 ke atas Arsenal.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami boleh lakukan lebih baik lagi

Berita Pasukan Utama

Aguero dan Danilo dicalon anugerah EPL Februari