quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Arsenal 0
Man City 3

​LEADER: Kevin De Bruyne riles the troops behind Arsenal's Mesut Ozil during the second half.

​LEADER: Kevin De Bruyne riles the troops behind Arsenal's Mesut Ozil during the second half.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Emirates Stadium Att:58420 Khamis, 1 Mac 2018 7:45:00 PTG

Arsenal

0
0 - 3

Manchester City

3

Veiga de Carvalho e Silva 15'

Silva 28'

Sané 33'

Pengadil
Andre Marriner
Sorotan perlawanan

Arsenal:

  • Cech
  • Mustafi
  • Bellerín
  • Kolasinac
  • Koscielny
  • Mkhitaryan
  • Xhaka
  • Özil
  • Ramsey
  • Welbeck
  • Aubameyang
Pemain simpanan tidak diturunkan
Chambers, Iwobi, El Sayed Elneny, Maitland-Niles, Holding, Nketiah, Ospina

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker Zinchenko 72’
  • da Silva
  • Kompany
  • Otamendi
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Silva de Jesus 87’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
  • Agüero Touré 82’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Stones, Laporte, Foden, Bravo

City menambah jurang kepada 16 mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Arsenal 3-0 di Stadium Emirates.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 28 +62 75
2 Manchester United 28 +33 59
3 Liverpool 28 +33 57
4 Tottenham Hotspur 28 +29 55

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola turun bertemu Gunners buat kali ketiga musim ini hanya selang empat hari selepas meraih kemenangan 3-0 di perlawanan akhir Carabao Cup di Wembley, Ahad lalu.

Laman Arsenal sentiasa menjadi laman mencabar buat Citizens dengan kemenangan terakhir dicatat lima tahun lalu pada 12 Januari 2013 dengan jaringan 2-0.

Sebagaimana di Wembley, pasukan kendalian Arsene Wenger menguasai posesi bola hampir seimbang dengan City dengan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan.

Namun hanya selepas 15 minit perlawanan bermula, Bernardo Silva meledak gol pembuka dengan rembatan cantik hasil hantaran Leroy Sane untuk melepasi masuk sudut atas gawang Petr Cech.

Arsenal cuba melakukan serangan balas melalui Granit Xhaka namun tendangan jarak jauhnya berjaya diselamatkan Ederson Moraes, begitu juga cubaan berikutnya oleh Aaron Ramsey yang dapat ditepis keluar oleh penjaga gol Brazil tersebut.

Dalam Gunners mencari gol penyamaan, David Silva pula menambah gol kedua pada minit ke-28 melalui hantaran awal Sergio Aguero kemudian diambil Sane untuk ditendang masuk Silva selepas melepasi hadangan Hector Bellerin.

Dengan ketinggalan dua gol ia seakan mengulangi episod sama empat hari lalu, dengan Stadium Emirates yang agak suram dengan kurang separuh penonton memenuhi stadium berikutan cuaca buruk dengan ribut salji melanda UK ditambah krisis dalaman pasukan tuan rumah.

Namun suara 3,000 penyokong Manchester City yang datang dari jauh meredah kesejukan cuaca di bawah paras beku dan ribut salji berkumandang lantang sepanjang perlawanan.

Lima minit kemudiannya, Sane pula menyumbat gol ketiga untuk City melalui bola awal David Silva yang menemui Aguero kemudian diambil oleh Kevin De Bruyne sebelum Kyle Walker melakukan hantaran untuk pemain sayap Jerman City tersebut menjadikan kedudukan 3-0.

Sebelum masa rehat, Aguero hampir menjaringkan gol ke-200 buat kelab namun ia dapat ditepis keluar oleh Cech.

Sekembali di babak kedua, Arsenal melakukan beberapa siri serangan namun berjaya dikekang barisan pertahanan mantap yang diketuai Vincent Kompany bersama Nicolas Otamendi, Danilo dan Kyle Walker.

Pada minit ke-52 pasukan tuan rumah dihidangkan peluang untuk mengejar semula pelawat apabila Otamendi terlanggar jatuh Henrikh Mkhitaryan untuk dihadiahkan sepakan penalti.

Namun Ederson berjaya mengekalkan gawangnya dari dibolosi apabila cubaan sepakan penalti oleh Pierre-Emerick Aubameyang dapat dibacanya untuk ditepis keluar.

Sejurus selepas itu, Aguero sekali lagi hampir menambah gol keempat namun dapat diselamatkan Cech sebelum beliau diganti masuk oleh Yaya Toure untuk penampilan keenam Liga Perdana Inggeris musim ini.

ON TARGET: Sergio Agüero test Petr Cech's resolve in the second half.

Kedudukan tidak berganjak sehingga ke wisel penamat untuk kemenangan ketiga City ke atas Arsenal musim ini sekaligus kemenangan terbesar sejak kali terakhir dicatat pada tahun 1912 dengan kemenangan 4-0 ketika itu.

Pemain Bintang

Leroy Sane diangkat menjadi Pemain Terbaik Perlawanan dengan satu gol dan dua bantuan jaringan. Satu penampilan luar biasa selepas kali ketiga kembali beraksi dari kecederaan!

Di sebalik kemenangan

City menambah jarak di puncak Liga Perdana Inggeris kepada 16 mata dan hanya memerlukan lima sahaja lagi kemenangan dari baki 10 perlawanan untuk bergelar juara liga musim ini.

Ia merupakan perlawanan ke-100 kendalian Pep Guardiola sejak mengurusi City pada awal musim 2016/17 dengan mencatat 71 kemenangan, 16 seri dan 13 kalah di kesemua kejohanan.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Chelsea pada hari Ahad, 4 Mac, jam 4 petang UK bersamaan pukul 12 malam waktu Malaysia.

Ia diikuti perlawanan kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah melawan FC Basel pada hari Rabu 7 Mac sebelum bertandang ke Stoke pada hari Isnin berikutnya, 12 Mac.

Previu Perlawanan

Sasaran kemenangan hatrik ke atas Gunners

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Liga Perdana Inggeris keutamaan kami

Galeri Foto

City menjuarai Piala Liga dengan bergaya