quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 1
Liverpool 2

Pep Guardiola said he could not be more proud of his young City side’s International Champions Cup display against Liverpool.

Pep Guardiola said he could not be more proud of his young City side’s International Champions Cup display against Liverpool.

International Champions Cup Metlife Stadium, New York Att: Khamis, 26 Julai 2018 12:05:00 PG

Manchester City

1

Sane 56'

1 - 2

Liverpool

2

Salah 62'

Mane 90+3'

Pengadil
Sorin Stoica
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Bravo (c) Hart 46’
  • Humphreys
  • Eric Garcia
  • Denayer Gomes 46’
  • Zinchenko Adarabioyo 74’
  • Bolton Dele-Bashiru 74’
  • Harrison Roberts 64’
  • Foden
  • Diaz Bernardo Silva 46’
  • Mahrez Garre 75’
  • Nmecha Sane 46’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Muric, Touaizi, Pozo, Bernabe, Matondo, Wilson, Ogbeta.

Liverpool:

  • Karius Kelleher 46’
  • Clyne Grujic 62’
  • Gomez Mane 46’
  • Van Dijk Phillips 66’
  • Robertson Moreno 63’
  • Fabinho Camacho 63’
  • Milner Chirivella 66’
  • Wijnaldum Solanke 46’
  • Jones Salah 61’
  • Lallana Woodburn 46’
  • Sturridge Klavan 46’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Ojo, Grabara.

Leroy Sane membuka jaringan dalam perlawanan persahabatan kedua pramusim International Champions Cup namun kalah tipis kepada pasukan Liverpool yang lebih berpengalaman.

Apa yang telah berlaku…

Dengan sebahagian besar para pemain Manchester City masih bercuti kerana penglibatan dalam Piala Dunia, Pep Guardiola sekali lagi menurunkan barisan para pemain muda kecuali hanya beberapa orang pemain senior dalam kesebelasan utama.

NEW YORK BOY: Former NYCFC player, Jack Harrison takes on Clyne

Pep hanya melakukan satu pertukaran dari pasukan yang tewas dalam perlawanan pertama kalah 0-1 kepada Borussia Dortmund minggu lalu dengan Cameron Humpreys menggantikan Douglas Luiz.

BATTLE: Eric Garcia and Daniel Sturridge battle for the ball

Claudio Bravo memimpin pasukan dengan dibarisi pertahanan muda Luke Bolton, Humphreys, Eric Garcia dan Jason Denayer. Sementara Zinchenko menjaga posisi tengah pertahanan di belakang Brahim Diaz dan Phil Foden. Riyad Mahrez dan Jack Harrison pula di bahagian sayap, manakala Lukas Nmecha penyerang.

HUMP DAY: Cameron Humphreys holds off the challenge

Kedua-dua pasukan bermula rancak dengan saling melakukan serangan dan minit ke-13 Mahrez melakukan hantaran kepada Nmecha namun penyudahan penyerang muda City tersebut ditepis Loris Karius, sebelum Fabinho cuba menyudahi lantunan bola namun menyasar jauh.

MINE: Mahrez holds off Van Dijk

Sebelum masa rehat, City dinafikan sepakan penalti apabila Bolton dijatuhkan Andy Robertson selepas meraih hantaran cantik daripada Diaz sebelum dijatuhkan, namun tidak diendah pengadil.

Foden berpeluang membuka jaringan namun rembatannya tepat mengena badan Karius untuk mengakhiri separuh masa pertama terikat tanpa jaringan.

Sekembali di babak kedua, Sane dan Bernardo Silva diturunkan dari bangku simpanan, dengan Klopp turut menurunkan beberapa bintang mereka.

Mane hampir membuka jaringan namun berjaya disekat Zinchenko dan Humphreys, sebelum percubaan Mane turut dimentahkan barisan pertahanan muda City.

Pada minit ke-56, Sane menemui hantaran cantik Bernardo Silva lalu meledak gol pembuka untuk mendahului Liverpool.

Bolton berpeluang menambah gol kedua City, namun percubaannya tidak mengena sasaran sebelum Salah menyamakan kedudukan minit ke-62 melepasi Joe Hart, meskipun ulang tayang rakaman menunjukkan ia ofsaid.

Pada masa tambahan, Tosin Adaraobioyo melanggar jatuh Dominic Solanke untuk dihadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool yang kemudian disempurnakan Mane untuk gol kemenangan.

Apa seterusnya?

City akan terbang ke Miami untuk perlawanan terakhir persiapan pramusim di Amerika Syarikat dimana Blues akan berhadapan dengan Bayern Munich pada hari Sabtu, 28 Julai sebelum terbang pulang ke Manchester untuk persiapan 'Piala Community Shield' melawan Chelsea pada 5 Ogos di Wembley.

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Claudio Gomes

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia pendedahan bagus buat para pemain muda

Berita Pasukan Utama

De Bruyne calon Pemain Terbaik FIFA 2018