quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 0
Borussia Dortmund 1

DISAPPOINTING: Claudio Bravo in dismay after conceding a penalty

DISAPPOINTING: Claudio Bravo in dismay after conceding a penalty

International Champions Cup Soldier Field, Chicago Att: Sabtu, 21 Julai 2018 2:05:00 PG

Manchester City

0
0 - 1

Borussia Dortmund

1

Götze 28'

Pengadil
Armando Villarreal
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Bravo (c) Hart 46’
  • Mahrez Sane 73’
  • Denayer Humphreys 66’
  • Zinchenko
  • Luiz
  • Harrison Touaizi 73’
  • Nmecha Garre 73’
  • Foden Roberts 73’
  • Eric Garcia
  • Diaz Dele-Bashiru 66’
  • Bolton
Pemain simpanan tidak diturunkan
Grimshaw, Muric, Pozo, Matondo, Wilson, Ogbeta.

Borussia Dortmund:

  • Hitz
  • Zagadou Dieckmann 46’
  • Isak Wolf 46’
  • Götze (c) Dahoud 46’
  • Rode Gomez 46’
  • Pulisic Pieper 46’
  • Schmelzer Philipp 46’
  • Burnic Sahin 46’
  • Larsen Sancho 46’
  • Toprak Diallo 46’
  • Bockhorn Toljan 46’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Hakimi, Reus, Schurrle, Piszczek, Oelschlagel, Boadu, Hupe, Sechelmann.

Riyad Mahrez melakukan penampilan pertamanya untuk Manchester City dalam pasukan Pep Guardiola memulakan kempen pramusim 2018/19 menentang Borussia Dortmund di Amerika Syarikat.

Bertempat di Soldier Field, Chicago barisan pemain muda City dikalah tipis kepada pasukan Bundesliga hasil gol tunggal sepakan penalti oleh Mario Gotze.

Apa yang telah berlaku?

Meskipun menikmati kempen 2017/18 selaku juara Liga Perdana Inggeris dengan pencapaian luar biasa dengan pemecahan rekod-rekod baru, sebahagian besar skuad masih berehat berikutan penglibatan dalam Piala Dunia 2018.

Kejuaraan International Champions Cup kali ini memberi peluang kepada barisan pemain muda menonjolkan bakat dan kemahiran mereka.

Kesebelasan utama City diketua Claudia Bravo dengan barisan pertahanan Luke Bolton, Eric Garcia, Jason Denayer dan Zinchenko. Sementara Douglas Luiz di bahagian tengah Bersama Phil Foden dan Brahim Diaz. Pemain baru, Riyad Mahrez dan Jack Harrison dipertugaskan di bahagian sayap dengan Lukas Nmecha sebagai penyerang tunggal.

City memulakan perlawanan berkeyakinan dengan menekan tinggi terutama Harrison di sayap kanan sehinggalah Bravo berjaya menyelamatkan percubaan merbahaya Gotze sebelum dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Gotze pada minit ke-28.

Mahrez hamper menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma namun dapat diselamatkan Marwin Hitz dan kedudukan tidak berganjak 0-1 berpihak pada Dortmund hingga ke masa rehat.

Sekembali di babak kedua, rembatan Mahrez menyasar jauh sebelum Max Philipp menambah gol kedua untuk Borussia namun dibatalkan kerana ofsaid.

NEW BLUE: Riyad Mahrez went close to opening his City account on his debut..

Joe Hart yang diturunkan dari bangku simpanan selepas rehat turut menyekat beberapa percubaan Dortmund termasuk Dahoud untuk membawa perlawanan berkesudahan 0-1.

Apa seterusnya?

City akan meneruskan cabaran International Champions Cup 2018 dengan bertemu Liverpool di MetLife Stadium, New Jersey, New York pada hari Rabu, 25 Julai.

Berita Pasukan Utama

Guardiola teruja dengan kualiti Mahrez

Galeri Foto

Galeri latihan: Chicago, USA

Galeri Foto

City terbang ke USA!