quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Bayern Munich 2
Man City 3

BERNARDO BABY: Silva scores City's first goal

BERNARDO BABY: Silva scores City's first goal

International Champions Cup Hard Rock Stadium, Miami Att:29195 Sabtu, 28 Julai 2018 11:05:00 PTG

Bayern Munich

2

Shabani 15'

Robben 23'

2 - 3

Manchester City

3

Bernardo 45', 70'

Nmecha 51'

Pengadil
Ted Unkel
Sorotan perlawanan

Bayern Munich:

  • Ulreich
  • Richards
  • Alaba
  • Meier
  • Rafinha
  • Robben
  • Will
  • Coman
  • Shabani
  • Ribery (c)
  • Wagner
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zirkzee, Batista Meier, Woo-Yeong, Bernat, Zaiser, Zylla, Hoffman, Martinez, Fruchtl, Sanches, Stanisic, Gnabry, Wriedt, Johansson.

Manchester City:

  • Bravo (c)
  • Laporte Gomes 66’
  • Mahrez Bernardo Silva 28’
  • Zinchenko
  • Luiz
  • Foden Garre 85’
  • Garcia
  • Diaz Harrison 66’
  • Bolton Bernabe 66’
  • Humphreys
  • Nmecha
Pemain simpanan tidak diturunkan
Hart, Pozo, Touaizi, Matondo, Roberts, Grimshaw, Wilson, Mendy, Muric, Denayer, Dele-Bashiru, Adarabioyo, Sane.

Manchester City menutup kejuaraan persahabatan ‘International Champions Cup’ dengan kemenangan bergaya 3-2 ke atas juara Bundesliga, Bayern Munich di Stadium Hard Rock, Miami malam Ahad.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola melakukan dua pertukaran dari pasukan yang dikalahkan tipis kepada Liverpool hari Rabu lalu dengan menurunkan Aymeric Laporte menggantikan Jack Harrison manakala Dougls Luiz mengambil tempat Jason Denayer.

LINE UP: The team head out to the pitch

Claudio Bravo sekali lagi menjadi kapten pasukan dengan barisan pertahanan Oleks Zinchenko, Laporte, Eric Garcia, Camero Humphreys dan Luke Bolton dengan Luiz di pertahanan tengah. Brahim Diaz, Phil Foden dan Riyad Mahrez menjaga bahagian tengah dengan Lukas Nmecha sebagai penyerang tunggal.

City bermula dengan meyakinkan apabila hanya selepas dua minit perlawanan dimulakan, Diaz mempamerkan pergerakan lincah melepasi hadangan Rafinha, namun hantaran lintangnya diterjah pertahanan Bayern.

PRESSURE: Eric Garcia was impressive again

Sejurus kemudian, Mahrez dilanggar jatuh yang memerlukan rawatan namun rayuan agar diberikan  sepakan penalti tidak diendahkan pengadil yang kemudian membawanya tidak dapat meneruskan permainan di babak kedua.

COMPETE: Mahrez won't give up that easily

Penyerang muda City, Nmecha meraih peluang namun rembatannya tepat mengenai hadangan badan penjaga gol Bayern, Sven Ulreich.

Meskipun serangan bertalu-talu dari City, Bayern meledak gol pembuka melalui percubaan pertama mereka menepati sasaran melalui hantaran Rafinha yang kemudian ditanduk masuk Shabani pada minit ke-15.

Lapan minit kemudian, Robben menambah gol kedua untuk mendahului pasukan Pep Guardiola 2-0 selepas hantaran cantik Foden hampir ditendang masuk Bolton namun dapat diselamatkan Ulreich.

Dengan ketinggalan dua gol, ia tidak mematahkan semangat pasukan apabila Foden melakukan serangan namun percubaannya tersasar keluar sebelum Robben hampir menambah gol ketiga buat Bayern namun berjaya diselamatkan Bravo.

IN CONTROL: Foden in cruise control

Diaz hampir menyumbat masuk dengan dua kali percubaan berturut-turut namun gagal melepasi Ulreich sebelum Bernardo Silva meledak gol sebelum masa rehat memberi harapan buat City dengan kedudukan 2-1.

Sekembali di separuh masa kedua, Foden hampir menyamakan kedudukan sebelum Nmecha meledak gol penyamaan sekaligus gol pertama untuk penyerang muda England kelahiran Jerman tersebut untuk pasukan senior pada minit ke-51.

ALMOST: Nmecha almost scores for City

Pertahanan muda City, Eric Garcia berjaya menafikan percubaan gol ketiga Bayern dengan menghadang tendangan Sandro Wagner sebelum Bernardo Silva menendang masuk gol kemenangan City minit ke-70.

Dengan pasukan bimbingan Niko Kovac mencari gol penyamaan, City bertahan kukuh hingga ke minit akhir untuk membawa kemenangan bergaya 3-2 menutup jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

Apa seterusnya?

Dengan sesi jelajah pramusim USA berakhir, City terbang pulang ke Manchester untuk melakukan persiapan pertembungan ‘Community Shield’ dengan penyandang juara Piala FA, Chelsea di Wembley pada hari Ahad, 5 Ogos, 3 petang UK (10 malam MY).

Berita Pasukan Utama

Pep tidak sabar dipertemukan semula dengan Bayern

Laporan Perlawanan

City kalah tipis kepada Liverpool di USA

Pep Guardiola said he could not be more proud of his young City side’s International Champions Cup display against Liverpool.

Leroy Sane membuka jaringan dalam perlawanan persahabatan kedua pramusim International Champions Cup namun kalah tipis kepada pasukan Liverpool yang lebih berpengalaman.

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Claudio Gomes