quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 3
West Brom 0

Man City vs West Brom celebration

Man City vs West Brom celebration

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:53241 Rabu, 31 Januari 2018 8:00:00 PTG

Manchester City

3

De Bruyne 68'

Agüero 89'

3 - 0

West Bromwich Albion

0
Pengadil
Robert Madley
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Zinchenko
  • Otamendi
  • Walker
  • Laporte
  • Silva Gündogan 39’
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne Diaz 78’
  • Agüero
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, Kompany, Bravo, da Silva, Adarabioyo

West Bromwich Albion:

  • Foster
  • Hegazi
  • Dawson
  • McAuley
  • Nyom
  • Field Phillips 55’
  • McClean
  • Yacob
  • Krychowiak Barry 33’
  • Rondón Sturridge 78’
  • Rodriguez
Pemain simpanan tidak diturunkan
Brunt, Harper, Myhill, Burke

Manchester City menambah jarak 15 mata sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas West Bromwich Albion di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 25 +55 68
2 Manchester United 25 +31 53
3 Liverpool 25 +28 50
4 Chelsea 25 +26 50

Apa yang telah berlaku?

Di malam yang dingin di Stadium Etihad, City dengan cepat menghangatkan suasana menentang tamu, Baggies kendalian Alan Pardew yang menduduki tangga terkebawah liga namun menyingkirkan Liverpool dari Piala FA minggu lalu.

Pep Guardiola memperkenalkan pemain pertahanan baru Perancis, Aymeric Laporte dalam kesebelasan utama, sehari selepas beliau menyertai kelab. Namun pemain berusia 23 tahun sudah nampak serasi dengan pasukan, walaupun hanya sekali berlatih bersama-sama kelmarin.

COMPOSURE: Aymeric Laporte made a solid start to his City debut.

City menguasai posesi bola dan dengan siri serangan bertubi-tubi ke gawang lawan menjadikan Ben Foster tidak menang tangan berbanding Ederson yang kesunyian tanpa aksi.

Foster menyekat hantaran lintang Raheem Sterling dari menemui Sergio Aguero yang menanti di pintu gawang sebelum David Silva dijatuhkan dalam petak penalti namun tidak diendahkan pengadil perlawanan, Bobby Madley.

Image result for ben foster city 3-0 west brom

Ia diikuti rembatan kencang Kevin De Bruyne yang dapat ditepis keluar Foster melepasi palang gol sehinggalah minit ke-19 Fernandinho meledak gol pembuka melalui hantaran cantik De Bruyne yang gagal diselamatkan Foster.

De Bruyne hampir menambah gol kedua melalui hantaran Aguero namun dapat dihadang dengan kakinya sebelum pemain Belgium melakukan percubaan dari jarak jauh dan sekali lagi tangkas diselamatkan Foster.

Sejurus selepas itu, David Silva selaku kapten pasukan terpaksa menamatkan perlawanan sebelum masa rehat berikutan pelanggaran awal dengan pemain West Brom.

Sekembali di babak kedua, Sterling hampir menyumbat gol kedua melalui usaha Ilkay Gundongan yang menggelecek laju melepasi kepungan pertahanan Baggies namun penyudahannya melambung melepasi palang.

Selepas dikasari James McClean, De Bruyne bangkit dan menemui ruang dan dengan kerjasama Sterling beliau merembat masuk dari jarak dekat untuk gol kedua sekaligus gol ke-100 City di kesemua kejohanan musim ini.

Brahim Diaz yang diturunkan sebagai pemain gantian hampir menambah gol ketiga, begitu juga Bernardo Silva sebelum Aguero menyempurnakan hantaran Sterling untuk menjadikan kedudukan 3-0 dua minit sebelum wisel penamat.

Pemain bintang

Tidak syak lagi, Kevin De Bruyne.

Di sebalik kemenangan

Dengan Manchester United tewas 2-0 kepada Spurs dan Chelsea kalah 3-0 kepada Bournemouth, City menambah kembali jurang di puncak kepada 15 mata. Secara perkiraan, City hanya memerlukan lapan kemenangan lagi dari baki 13 perlawanan untuk bergelar juara Liga Perdana musim ini.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di Turf Moor bertemu Burnley pada hari Sabtu ini, 3 Februari dengan perlawanan bermula jam 12.30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 8.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Ia akan diikuti perlawanan bertemu Leicester hari Sabtu, 10 Februari sebelum terbang ke Switzerland untuk perlawanan pertama 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang FC Basel pada hari Selasa, 13 Februari.

Berita Pasukan Utama

Mangala dipinjamkan ke Everton

Previu Perlawanan

Menghadapi cabaran Baggies

Aguero Fernandinho vs West Brom

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan West Bromwich Albion untuk perlawanan ke-25 liga musim ini.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami gembira tandatangani Laporte