quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 3
Watford 1

​SERGIO, SERGIO: City celebrate as Serio Agüero makes it three.

​SERGIO, SERGIO: City celebrate as Serio Agüero makes it three.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:53556 Selasa, 2 Januari 2018 8:00:00 PTG

Manchester City

3

Sterling 1'

Kabasele 13'

Agüero 63'

3 - 1

Watford

1

Gray 82'

Pengadil
Lee Mason
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones da Silva 67’
  • Silva
  • Luiz Rosa Touré 71’
  • De Bruyne Veiga de Carvalho e Silva 79’
  • Agüero
  • Sterling
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zinchenko, Bravo, Mangala, Gündogan

Watford:

  • Gomes
  • Zeegelaar
  • Wagué
  • Janmaat
  • Kabasele
  • Watson Pereyra 61’
  • Capoue Cleverley 61’
  • de Andrade Sinclair 82’
  • Doucouré
  • Carrillo
  • Gray
Pemain simpanan tidak diturunkan
Prödl, Karnezis, Mariappa, Holebas

Manchester City kembali menambah jarak 15 mata di puncak dengan pencabar terdekat Manchester United selepas menang selesa 3-1 ke atas Watford.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 22 +51 62
2 Manchester United 22 +29 47
3 Chelsea 22 +25 46
4 Liverpool 22 +25 44

Apa yang telah berlaku?

City mengalu-alukan kembali David Silva, John Stones dan Fabian Delph dalam kesebelasan utama, sementara Kevin De Bruyne lulus ujian kecergasan selepas hanya 48 jam mengalami kecederaan ketika menentang Crystal Palace.

Selepas dikecewakan oleh Eagles di perlawanan penutup tahun 2017 dengan diikat seri, Pep Guardiola menurunkan skuad terkuatnya dengan sasaran kembali di laluan kemenangan.

Sementara pasukan kendalian Marcos Silva turun untuk menebus kekalahan besar 0-6 di tempat sendiri pada bulan September lalu termasuk oleh jaringan hatrik Sergio Aguero.

Hanya 38 saat perlawanan bermula, Raheem Sterling meledak gol pembuka melalui hantaran lintang Leroy Sane, menjadikannya gol terpantas dicatat musim ini dalam saingan liga.

Ia merupakan gol ke-14 Sterling dalam Liga Perdana dan ke-18 keseluruhan musim ini dna ia telah didedikasikannya buat Gabriel Jesus yang cedera dan terpaksa direhatkan sehingga 2 bulan.

Sane hampir menambah gol kedua empat minit kemudiannya melalui hantaran Stones, hamun ia melambung tinggi.

Pada minit ke-13 pasukan pelawat menghadiahkan gol kedua buat City melalui gol sendiri Christian Kabasele apabila pemain pertahanan Hornets tersebut cuba menyekat hantaran De Bruyne lalu melepasi Heurelho Gomes.

Ia diikuti sepakan percuma oleh De Bruyne yang terkena palang sebelum Ederson turut melakukan dua penyelamatan penting dari percubaan Andre Gray,

Aguero, David Silva dan Sterling turut melakukan percubaan sebelum rehat namun tidak membuahkan hasil untuk mengakhiri babak pertama dengan kedudukan 2-0.

Sekembali di separuh masa kedua, De Bruyne melakukan hantaran lintang cantik dan cuba ditanduk masuk Aguero namun ia gagal mengena sasaran sebelum hantaran seterusnya dari pemain tengah Belgium tersebut cuba ditepis Gomes dan bola muntah disepak masuk Kun untuk mendahului 3-0.

Pada minit ke-82, Andre Gray menemui ruang untuk menyumbat masuk untuk mengurangkan defisit gol dengan jaringan 3-1.

Satu permulaan cemerlang Citizens di tahun baru 2018.

Pemain bintang

David Silva kembali beraksi dan jelas impaknya pada pasukan dengan penglibatan dua gol untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Di sebalik kemenangan

City kembali dengan jurang 15 mata di puncak selepas Manchester United kembali di tangga kedua dengan Chelsea berpeluang mengurangkannya semula kepada 14 mata sekiranya mereka meraih kemenangan ke atas Arsenal dalam perlawanan malam Khamis.

Apa seterusnya?

City akan berehat dalam saingan Liga Perdana Inggeris selama 10 hari dengan fokus beralih pada saingan piala.

Citizens akan memulakan cabaran Piala FA di pusingan ketiga dengan menerima kunjungan Burnley pada hari Sabtu, 6 Januari sebelum menghadapi Bristol City untuk perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao Cup tiga hari kemudiannya.

Liga Perdana Inggeris disambung semula pada hari Ahad 14 Januari dengan perlawanan besar menentang pasukan bimbingan Jurgen Klopp di Anfield. 

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula lawan Watford

City vs Watford

City membuka lembaran Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad dengan sasaran untuk kembali di laluan kemenangan.

Previu Perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City vs Watford

Berita Pasukan Utama

Hello 2018: Kalendar Tahunan

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami cuba pecah rekod sendiri musim depan

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata yang Gabriel Jesus terpaksa direhatkan satu hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace.

Reaksi Pep Guardiola Palace 0 City 0