quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 4
Burnley 1

DELIGHT: Sergio Agüero celebrates scoring the equaliser.

DELIGHT: Sergio Agüero celebrates scoring the equaliser.

Piala FA Emirates (FA Cup) Etihad Stadium Sabtu, 6 Januari 2018 3:00:00 PTG

Manchester City

4

Agüero 56', 58'

Sané 71'

Veiga de Carvalho e Silva 82'

4 - 1

Burnley

1

Barnes 25'

Pengadil
Graham Scott
Sorotan perlawanan Matchday centre

Manchester City:

  • Bravo
  • Stones
  • da Silva
  • Zinchenko Walker 72’
  • Otamendi
  • Gündogan De Bruyne 76’
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Sterling
  • Sané
  • Agüero Veiga de Carvalho e Silva 79’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Santana de Moraes, Touré, Diaz, Mangala

Burnley:

  • Pope
  • Taylor
  • Mee
  • Long
  • Lowton
  • Berg Gudmundsson Walters 75’
  • Westwood
  • Cork Wells 69’
  • Barnes
  • Hendrick
  • Vokes
Pemain simpanan tidak diturunkan
Defour, Lindegaard, Marney, Bardsley, Ulvestad

City bangkit selepas ditinggalkan 0-1 di babak pertama dengan jaringan empat gol di separuh masa kedua dalam kemenangan 4-1 ke atas Burnley untuk mara ke pusingan keempat Piala FA.

Apa yang telah berlaku?

Pep melakukan empat pertukaran pemain dari pasukan yang telah mengalahkan Watford 3-1 Rabu lalu dengan menurunkan barisan kuat skuad.

Kevin De Bruyne diletakkan di bangku simpanan sementara Claudio Bravo dan Oleksandr Zinchenko kembali dalam kesebelasan utama.

Sebagaimana dalam pertemuan awal di Liga Perdana Inggeris bulan Oktober dengan kemenangan 3-0, Clarets bimbingan Sean Dyche memagar kubu pertahanan mereka dan cuba memanfaatkan ‘set-pieces’.

City seperti biasa lebih mendominasi posesi bola dengan 74% berbanding 26% oleh Burnley namun sukar menemui ruang dan melakukan percubaan jelas.

Citizens kelihatan sukar menemui rentak permainan sehinggalah kesilapan cubaan John Stones mengeluarkan bola diambil kesempatan oleh Ashley Barnes lalu meledak gol pembuka melepasi Bravo pada minit ke-25.

Beberapa percubaan dilakukan City untuk mencari gol penyamaan termasuk oleh Zinchenko, Fernandinho, Danilo dan Sergio Aguero namun tidak berhasil untuk membawa kedudukan 0-1 berpihak kepada pelawat ke masa rehat.

Sekembali di babak kedua, City terus memburu gol penyamaan sehinggalah minit ke-56 hantaran Ilkay Gundogan dirembat masuk Aguero melepasi Nick Pope.

Selang dua minit kemudian Aguero menambah gol ketiga juga dari bantuan Gundogan untuk membawa Citizens mendahului  Burnley 2-1.

Ternyata ia tidak berhenti di situ, pada minit ke-70 hantaran David Silva pula disumbat masuk Leroy Sane sebelum beliau sendiri membantu gol keempat yang disempurnakan Bernardo Silva lapan minit sebelum wisel penamat untuk menjamin kemenangan 4-1.

Pemain bintang

Dengan dua jaringan gol, Sergio Aguero selayaknya dinobat Pemain Terbaik Perlawanan yang membawanya menyamai kedudukan Raheem Sterling sebagai penjaring gol terbanyak City musim ini, 18 gol.

Di sebalik kemenangan

City mara seterusnya ke pusingan keempat Piala FA dan undian akan dilakukan pada hari Isnin ini, 8 Oktober pada pukul 7.10 malam waktu UK bersamaan 3.10 pagi Selasa waktu Malaysia.

Apa seterusnya?

Manchester City akan menerima kunjungan Bristol City pada hari Selasa 9 Januari jam 7.45 malam UK (3.45 pagi Rabu Malaysia) dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao sebelum bertandang di Anfield pada hari Ahad, 14 Januari menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.

Laporan Perlawanan

City mulakan tahun baru 2018 menang lawan Watford

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula lawan Watford

City vs Watford

City membuka lembaran Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad dengan sasaran untuk kembali di laluan kemenangan.

Previu Perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City vs Watford

Berita Pasukan Utama

Hello 2018: Kalendar Tahunan