quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 2
Bristol City Bristol City 1

Aguero v Bristol Carabao Cup

Aguero v Bristol Carabao Cup

Piala Liga (Carabao Cup) Etihad Stadium Att:43426 Selasa, 9 Januari 2018 7:45:00 PTG

Manchester City

2

De Bruyne 55'

Agüero 92'

2 - 1

Bristol City

1

Reid 44' (pen)

Pengadil
Anthony Taylor
Matchday centre

Manchester City:

  • Bravo
  • Stones
  • da Silva
  • Zinchenko Walker 79’
  • Mangala
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Touré Agüero 70’
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Adarabioyo, Santana de Moraes, Diaz, Luiz Rosa, Delph

Bristol City:

  • Fielding
  • Flint
  • Magnusson Walsh 72’
  • Wright
  • Baker
  • Smith
  • Pack
  • Brownhill
  • Bryan
  • Reid
  • Paterson
Pemain simpanan tidak diturunkan
Eliasson, Vyner, Engvall, Taylor, Kelly, Steele

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao.

Apa yang telah berlaku?

Sebaik sahaja perlawanan dimulakan Kevin De Bruyne selaku kapten pasukan melakukan hantaran cantik kepada Raheem Sterling, namun dapat diselamatkan Frank Fielding.

Namun pasukan pelawat kendalian Lee Johnson hampir membuka jaringan sejurus selepas itu apabila Joe Bryan menggelecek laju ke gawang City sebelum rembatannya berjaya ditepis Claudio Bravo dan tepisan bola tersebut hampir cuba dimanfaatkan Korey Smith.

Pada minit ke-25 percubaan De Bruyne sekali lagi dapat diselamatkan Fielding sebelum John Stones dengan jelas ditarik oleh Bailey Wright dalam petak penalti sewaktu beliau cuba mengejar bola namun tidak diendahkan pengadil perlawanan, Anthony Taylor.

Beberapa minit kemudian, Wright sekali lagi melakukan kecuaian dengan menjatuhkan Leroy Sane di luar kotak penalti dengan tanpa kad dilayangkan dan City diberikan sepakan percuma, namun tendangan Kevin De Bruyne menemui tembok pertahanan.

Sejurus kemudian, Bravo sekali lagi melakukan penyelamatan penting dari percubaan jarak dekat Marlon Pack sebelum Eliaquim Mangala gagal menyekat serangan Josh Brownhill yang kemudian menemui Bobby Reid.

Stones cuba menyekat Reid dari melakukan penyudahan yang membawanya jatuh dalam petak penalti untuk memberi peluang Bristol City mendahului perlawanan.

Reid dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti seminit sebelum masa rehat yang menggamatkan Stadium Etihad dengan kehadiran para penyokong pelawat teramai musim ini melebihi 7,500 penonton.

Sekembali di babak kedua, City hampir menyamakan kedudukan dengan percubaan Sane dan Raheem Sterling namun kedua-duanya gagal mengena sasaran sehingga sepuluh minit kemudian bola awal Bravo digelecek laju oleh De Bruyne dan dengan bantuan Sterling pemain tengah Belgium tersebut meledak gol penyamaan melepasi Fielding.

 

Ilkay Gundogan turut melakukan percubaan dengan tendangan dari jarak jauh namun masih gagal menemui sasaran.

Beberapa minit kemudian sebagaimana perlawanan-perlawanan sebelumnya, De Bruyne sekali lagi cuba ‘dicederakan’ dengan Flint sengaja menolaknya jatuh namun tiada kad merah dilayangkan. 

RESILIENT: Kevin De Bruyne takes a sore one early in the second half.

Dalam usaha City mencari gol kemenangan, pasukan pelawat merubah cara permainan mereka kepada lebih bertahan dan menutup setiap ruang yang menyukarkan lagi Citizens mencipta peluang dan melakukan percubaan.

Dengan kedudukan masih terikat 1-1 ia memberi harapan kepada Bristol untuk perlawanan kedua di Ashton Gate dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Namun minit kedua masa tambahan , hantaran Bernardo Silva dari bola awal Danilo berjaya ditanduk masuk Aguero untuk memberi kemenangan berharga 2-1 dengan selangkah lagi ke final di Wembley dan harapan piala pertama Pep Guardiola di England.

Pemain bintang

Tidak mengejutkan, Kevin De Bruyne sekali lagi menjadi pilihan untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dengan permainan mantap dan selaku kapten pasukan.

Di sebalik kemenangan

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan kedua separuh akhir di Ashton Gate pada 23 Januari dengan kelebihan penyokong tempatan Bristol yang terkenal penuh bersemangat.

Namun dengan kelebihan hanya satu gol City apa sahaja boleh berlaku nanti untuk Citizens menempah tempat di perlawanan akhir pada 25 Februari dengan bertemu sama ada Arsenal atau Chelsea.

ON LEVEL TERMS: City celebrate Kevin De Bruyne's equaliser.

 

Apa seterusnya?

City akan bertandang ke Anfield bertemu Liverpool untuk meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad ini, 14 Januari jam 4 petang UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp yang mencatat prestasi memberangsangkan akhir-akhir ini pasti ingin menebus kekalahan besar 5-0 mereka dalam pertemuan awal di Stadium Etihad musim ini.

Previu Perlawanan

Piala Liga: Semifinal 1

City v bristol

Manchester City hanya dua langkah lagi untuk ke final Piala Liga musim ini di Wembley namun perlu melepasi halangan Bristol City di separuh akhir.

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!