quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 3
Newcastle 1

MAIN MAN: City celebrate Sergio Agüero's second of the evening.

MAIN MAN: City celebrate Sergio Agüero's second of the evening.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54452 Sabtu, 20 Januari 2018 5:30:00 PTG

Manchester City

3

Agüero 34', 63' (pen)

3 - 1

Newcastle United

1

Murphy 67'

Pengadil
Paul Tierney
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones
  • Zinchenko
  • Otamendi
  • Walker
  • De Bruyne
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Sterling Veiga de Carvalho e Silva 86’
  • Sané Diaz 87’
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Gündogan, da Silva, Adarabioyo, Bravo, Mangala

Newcastle United:

  • Darlow
  • Lascelles
  • Dummett
  • Manquillo Yedlin 66’
  • Hayden
  • Clark
  • Atsu Pérez Gutiérrez 64’
  • Murphy
  • Diamé
  • Shelvey
  • Mato Sanmartín Gayle 76’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Haidara, Elliot, Merino, Ritchie

Manchester City kembali di laluan kemenangan dengan tiga gol Sergio Aguero untuk membawa kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 24 +52 65
2 Manchester United 24 +33 53
3 Chelsea 24 +29 50
4 Liverpool 24 +25 47

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola menurunkan semula David Silva di awal perlawanan selepas diletakkan di bangku simpanan di Anfield dalam kekalhan tipis 4-3 kepada Liverpool minggu lalu.

Manakala Oleksandr Zinchenko ditempatkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pertama kali di posisi bek kiri menggantikan Fabian Delph yang cedera.

Seperti yang dijangkakan pasukan pelawat kendalian Rafa Benitez bermain dengan 10 pemain di belakang bola menyukarkan City mencari ruang dan mencipta peluang.

Lapan belas minit selepas perlawanan bermula, Raheem Sterling berjaya meledak gol pembuka hasil kerjasama Fernandinho, Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Namun 15 minit kemudian Sergio Aguero menanduk masuk tendangan penjuru Kevin De Bruyne melepasi penjaga gawang Newcastle Karl Darlow untuk gol ke-20 nya musim ini dan gol ke-14 Liga Perdana Inggeris di penampilan ke-200 liga.

Selepas permulaan yang kurang memberangsangkan gol pembuka tersebut seakan memberi tonik kepada pasukan. De Bruyne hampir menambah gol kedua namun ditepis keluar Darlow sebelum Aguero menggelecek laju melepasi barisan pertahanan Newcastle namun rembatannya dibentes Paul Dummet.

Sekembali di babak kedua, Aguero menemui hantaran silang Kyle Walker dari bola awal Zinchenko namun diterjah Isaac Hayden sebelum dapat menyudahinya.

Gol kedua hadir apabil Javier Manquillo menjatuhkan Sterling dalam petak penalti membawa City dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Aguero dengan mudah dengan tendangan kaki kanannya.

Namun beberapa minit kemudian Ciaran Clark menemui hantaran dari Jacob Murphy kemudian menggelecek laju ke gawang City yang terbuka dan menendang masuk ketika Ederson berlari deras kembali ke gawangya untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Aguero hampir menambah gol ketiga namun percubaannya menyasar jauh sebelum Darlow menepis keluar tendangan jarak dekat Sterling diikuti Ederson menafikan dua percubaan Mo Diame yang mencari gol penyamaan.

Ia kemudian diikuti tendangan De Bruyne meyimpang keluar sebelum Aguero menyempurnakan jaringan hatrik melalui tendangan kaki kirinya dari hantaran cantik Leroy Sane selepas melepasi kepungan Magpies untuk membawa kemenangan berharga 3-1.

Pemain bintang

Sergio Aguero dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dengan jaringan hatrik ke-11 buat Manchester City, sekaligus gol ke-14 menentang Newcastle United termasuk lima gol di musim 2015/16 dalam kemenangan 6-1. Ia juga merupakan hatrik sempurna dengan dihasilkan melalui tandukan, tendangan kaki kiri dan kaki kanan.

Di sebalik kemenangan

City kembali menjarakkan kedudukan 12 mata di puncak carta LIga Perdana dengan jumlah 65 mata selepas Manchester United menang tipis 0-1 ke atas Burnley di Turf Moor dan mengumpul 70 gol selepas 24 perlawanan.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di Ashton Gate pada hari Selasa ini, 23 Januari untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala Carabao menentang Bristol City selepas menang 2-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Etihad.

Ia akan diikuti perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Cardiff City di Stadium Principality pada hari Ahad, 28 Januari sebelum menerima kujungan West Brom di Stadium Etihad dalam Liga Perdana Inggeris pada hari Rabu, 31 Januari.

Previu Perlawanan

Ikuti kami di Twitter!

City v Newcastle

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan menentang Newcastle selepas kalah tipis kepada Liverpool di Anfield minggu lalu.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami mahukan pemain yang ingin bantu kami

Berita Pasukan Utama

Fernandinho tandatangani kontrak baru bersama City