quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Liverpool 4
Man City 3

​CLOSE: Sergio Agüero looks on after going inches from converting Kevin De Bruyne's cross.

​CLOSE: Sergio Agüero looks on after going inches from converting Kevin De Bruyne's cross.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Anfield Att:53285 Ahad, 14 Januari 2018 4:00:00 PTG

Liverpool

4

Oxlade-Chamberlain 9'

Barbosa de Oliveira 59'

Mané 61'

Salah Ghaly 68'

4 - 3

Manchester City

3

Sané 40'

Veiga de Carvalho e Silva 84'

Gündogan 91'

Pengadil
Andre Marriner
Sorotan perlawanan

Liverpool:

  • Karius
  • Matip
  • Robertson
  • Gomez
  • Lovren
  • Wijnaldum
  • Oxlade-Chamberlain
  • Can Milner 79’
  • Barbosa de Oliveira
  • Mané Klavan 94’
  • Salah Ghaly Lallana 88’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Mignolet, Ings, Solanke, Alexander-Arnold

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph da Silva 31’
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Luiz Rosa
  • Agüero
  • Sterling Veiga de Carvalho e Silva 71’
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Mangala, Zinchenko, Silva, Diaz, Bravo

Kebangkitan di minit-minit akhir perlawanan tidak cukup untuk menyekat City dari mengalami kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Liverpool dengan jaringan 4-3 di Anfield.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 23 +50 62
2 Manchester United 23 +32 50
3 Liverpool 23 +26 47
4 Chelsea 23 +25 47

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola melakukan enam perubahan dari skuad yang menang 2-1 di perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao ke atas Bristol City hari Selasa lalu.

Ederson, Kyle Walker, Fabian Delph, Nicolas Otamendi, Fernandinho dan Sergio Aguero semuanya kembali dalam kesebelasan utama, sementara David Silva sebagai pemain simpanan.

RETURN: Raheem Sterling back at Anfield after leaving for City in 2015.

Liverpool turun dengan prestasi memberangsangkan dan menyasarkan untuk menebus kekalahan besar mereka 5-0 kepada City di Stadium Etihad awal bulan September.

Sementara City pula ingin meneruskan momentum kemenangan dan menamatkan ‘badi’ Anfield dengan kemenangan terakhir diraih hampir 15 tahun lalu.

Perlawanan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan bermain dengan menekan tinggi, namun selepas sembilan minit Alex Oxlade-Chamberlain meledak gol pembuka untuk membawa tuan rumah mendahului permainan.


Bekas pemain Arsenal itu memanfaatkan ruang yang longgar di bahagian pertahanan City sebelum merembat masuk melepasi Ederson Moraes.

Sergio Aguero kemudiannya hampir berpeluang menyamakan kedudukan melalui hantaran silang Kevin De Bruyne apabila percubaan awal Leroy Sane hanya sejengkal untuk disudahinya.

Image result for liverpool 4-3 man city aguero

 

Pasukan Jurgen Klopp terus menjadi ancaman gawang Ederson dengan tandukan Mohamed Salah dari hantaran lintang Oxlade-Chamberlain melambung tinggi sebelum Sane menyamakan kedudukan minit ke-40.

EQALISER: Leroy Sanés thunderous strike beats Liverpool's Karius at the near post.

Bola awal Walker diambil Sane dengan menggelecek laju melepasi Joe Gomez sebelum menendang masuk melepasi penjaga gol Liverpool, Loris Karius.

Kedudukan tidak berubah ke masa rehat dengan 1-1

Sekembali di babak kedua, lima minit selepas perlawanan disambung, City berpeluang untuk mendahului permainan apabila tendangan penjuru De Bruyne cuba ditanduk masuk Nicolas Otamendi namun ia terkena palang.

TRAILING: Roberto Firmino puts the hosts back in front.

Namun sembilan minit kemudiannya, Firmino menambah gol kedua Liverpool selepas melepasi hadangan John Stones untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Selang dua minit kemudian, Sadio Mane pula menyumbat masuk dengan tendangan kaki kiri selepas Salah berjaya merampas bola dari Otamendi dari hantaran Fernandinho.

FRUSTRATION: Sadio Mané scores Liverpool's third.

Ia tidak berhenti di situ pada minit ke-67, Ederson tampil ke hadapan untuk menyelamatkan bola, namun bola hinggap di kaki Salah lalu dirembat masuk dengan gawang yang terbuka untuk menjadikan kedudukan 4-1.

BEHIND: Mo Salah wheels away after scoring Liverpool's fourth.

Tujuh minit sebelum wisel penamat, Bernardo Silva yang diturunkan menggantikan Raheem Sterling menyumbat masuk melepasi Karius untuk mengurangkan defisit kepada dua gol sebelum Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-3 melalui hantaran Aguero.

Image result for liverpool 4-3 man city bernardo silva

Image result for liverpool 4-3 man city ilkay gundogan

Seminit sebelum masa tambahan tamat, City berpeluang untuk mencuri mata melalui sepakan percuma De Bruyne namun tandukan Aguero hanya sejengkal menyimpang keluar untuk menamatkan rekod tanpa kalah Citizens selepas 23 perlawanan.

Di sebalik kekalahan

City masih kekal di puncak carta Liga Perdana dengan jurang 15 mata sebelum Manchester United bertemu Stoke City pada hari Isnin dan sekiranya pasukan Jose Mourinho menang ia akan membawa kepada jarak 12 mata.

Apa seterusnya?

City mempunyai masa seminggu untuk pulih sebelum menerima kunjungan Newcastle United pada hari Sabtu, 20 Januari di Stadium Etihad dengan perlawanan bermula jam 5.30 petang UK – bersamaan 1.30 pagi Ahad waktu Malaysia.

Previu Perlawanan

Misi merubah rekod buruk City di Anfield

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu menang di Anfield jika ingin juara

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola catat rekod baru anugerah EPL