quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Cardiff 0
Man City 2

LETHAL: There's no stopping this man.

LETHAL: There's no stopping this man.

Piala FA Emirates (FA Cup) Cardiff City Stadium Att:32339 Ahad, 28 Januari 2018 6:41:00 PTG

Cardiff

0
0 - 2

Manchester City

2

De Bruyne 8'

Sterling 37'

Pengadil
Lee Mason
Matchday centre

Cardiff :

  • Etheridge
  • Morrison
  • Bennett
  • Ecuele Manga
  • Richards
  • Mendez-Laing Feeney 78’
  • Hoilett
  • Grujic
  • Ralls Damour 88’
  • Paterson
  • Zohore Pilkington 67’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Tomlin, Murphy, Bogle, Halford

Manchester City:

  • Bravo
  • Otamendi
  • Walker
  • da Silva
  • Kompany
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Luiz Rosa
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva Diaz 89’
  • Sané Agüero 45’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Mangala, Stones, Adarabioyo, Santana de Moraes, Zinchenko

Manchester City menempah tempat ke pusingan kelima Piala FA selepas menang bergaya 2-0 ke atas Cardiff City di Stadium Cardiff City petang Ahad.

Apa yang telah berlaku?

City turun ke ibu kota Wales selepas kali terakhir bertandang empat tahun lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang telah menyaksikan mereka kalah tipis 3-2 di musim Citizens merangkul kejuaraan.

LEADER: Captain Vincent Kompany returns to the side.

Namun pasukan City di bawah kendalian Pep Guardiola musim ini amat berbeza selepas berjaya layak ke final Piala Liga (Carabao Cup) minggu lalu dan masih kekal mendahului Liga Perdana Inggeris dengan jurang 12 mata.

Cardiff di bawah bimbingan Neil Warnock musim ini turut mencatat prestasi memberangsangkan dengan menduduki tempat ketiga Liga Championship dalam sasaran mereka dipromosi secara automatik kembali ke Liga Perdana.

Image result for pep guardiola neil warnock

Citizens bermula cemerlang dengan mendominasi posesi bola dengan Kevin De Bruyne menjadi tonggak di bahagian tengah mencari ruang dan melakukan siri hantaran memukau.

Kerjasama cantik De Bruyne, Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Leroy Sane kadang-kadang membawa tuan rumah ibarat mengejar bayang-bayang sendiri.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup

Kembalinya kapten Vincent Kompany turut memperkuatkan bahagian pertahanan dengan dibantu oleh Nicolas Otamendi, Danilo dan Kyle Walker.

Selepas hanya lapan minit perlawanan bermula, City dihadiahkan sepakan percuma apabila Sean Morrison menerjah jatuh Ilkay Gundogan.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup

De Bruyne dengan kebijakannya menyempurnakan sepakan percuma tanpa disangka dengan tendangan rendah melepasi barisan pertahanan Bluebirds yang melompat tinggi lalu melepasi masuk penjaga gol, Neil Etheridge.

Lapan minit kemudian, tuan tumah hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan kencang Junior Hoilett terlepas dari tangkapan awal Claudio Bravo namun bernasib baik apabila ia sempat diterkam penjaga gol Chile itu di atas garisan gawang sebelum Callum Patterson hampir sejengkal terlepas hantaran silang untuk ditanduk masuk.

Pada minit ke-25, Bernardo menyumbat gol kedua, namun ia dibatalkan pengadil dengan keputusan kontroversi pengadil perlawanan, Lee Mason atas alasan Leroy Sane menghalang pandangan  penjaga gol  di posisi ofsaid walaupun tayangan semula perlawanan menunjukkan gol tersebut sah.

Namun ia tidak mematahkan semangat juang City apabila dua belas minit kemudiannya Sterling meledak gol kedua melalui tandukan hasil hantaran silang cantik Bernardo Silva, gol keduanya melalui tandukan sejak dua tahun lalu.

Seminit sebelum rehat, Sane telah diterjah keras Joe Bennet yang seharusnya dikenakan kad merah, namun hanya dilayangkan kad kuning yang menimbulkan ketidakpuasan hati Pep Guardiola yang membawanya terpaksa menamatkan perlawanan awal kerana kecederaan buku lali.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup

Sekembali di babak kedua, permainan City tidak setersusun sebagaimana separuh masa pertama dengan pasukan kerap kehilangan bola.

Aguero yang menggantikan Sane turut sentiasa diekori dan dikepung Bluebirds setiap kali beliau cuba melakukan percubaan.

Dua minit sebelum wisel penamat, Brahim Diaz yang diturunkan sebagai pemain gantian dikasari keras Bennet yang membawanya diarah keluar padang.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup

Hampir 24 tahun lalu (1994) City disingkirkan Cardiff dari Piala FA di pusingan sama, namun kali ini segalanya berbeza dengan Citizens masih mara dalam empat kejuaraan dan terus mencipta sejarah.

Pemain bintang

Satu lagi penampilan hebat Kevin De Bruyne dengan gol hasil sepakan percuma yang cantik dan terlibat dalam gol kedua Raheem Sterling.

Image result for cardiff 0-2 man city aguero

Di sebalik kemenangan

City akan mengetahui lawan mereka di pusingan kelima melalui undian yang akan berlangsung pada hari Isnin, 29 Januari jam 7 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Image result for cardiff 0-2 man city aguero

Apa seterusnya?

City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan West Brom di Stadium Etihad pada hari Rabu, 31 Januari jam 8 malam (3 pagi Khamis Malaysia) sebelum berkunjung ke Burnley pada hari Sabtu, 3 Februari.

Previu Perlawanan

Pusingan keempat Piala FA

Cardiff v City FA cup

Manchester City meneruskan cabaran Piala FA dengan bertemu Cardiff City di pusingan keempat selepas menempah tempat di final Piala Liga minggu lalu.

Berita Pasukan Utama

Pep: Perlawanan mencabar menanti di Cardiff

Berita Pasukan Utama

Piala FA: City merentasi sejarah