quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Bristol City Bristol City 2
Man City 3

AGUER-OHHHH!: Sergio Aguero bags his fourth goal in four days to hand City a 2-0 lead

AGUER-OHHHH!: Sergio Aguero bags his fourth goal in four days to hand City a 2-0 lead

Piala Liga (Carabao Cup) Ashton Gate Stadium Att:26003 Selasa, 23 Januari 2018 7:45:00 PTG

Bristol City

2

Pack 64'

Flint 94'

2 - 3

Manchester City

3

Sané 43'

Agüero 49'

De Bruyne 96'

Pengadil
Graham Scott
Matchday centre

Bristol City:

  • Steele
  • Flint
  • Wright
  • Smith
  • Magnusson Baker 45’
  • Pack
  • Bryan
  • Paterson Kent 73’
  • Walsh Diedhiou 45’
  • Brownhill
  • Reid
Pemain simpanan tidak diturunkan
Taylor, Wollacott, Engvall, Eliasson

Manchester City:

  • Bravo
  • Otamendi
  • Walker da Silva 85’
  • Stones
  • Zinchenko
  • De Bruyne
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
  • Agüero Gündogan 82’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sterling, Santana de Moraes, Touré, Kompany, Mangala

Manchester City menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Carabao selepas menang 3-2 ke atas Bristol City di Ashton Gate dengan agregat 5-3.

Apa yang telah berlaku?

City turun dengan kelebihan 2-1 dari perlawanan pertama separuh akhir di Stadium Etihad dua minggu lalu dan mula bermain dengan menekan tinggi mencari gol awal perlawanan.

Hampir 20 minit pertama perlawanan permainan tertumpu sekitar petak penalti tuan rumah  dengan percubaan Sergio Aguero terkena palang sebelum John Stones terlepas cubaan tandukan.

Robins kendalian Lee Johnson bermain lebih bertahan berbanding dalam pertemuan pertama yang lebih secara terbuka.

Seminit sebelum masa rehat, Bernardo Silva bertarung dengan Hordur Magnusson di pintu gawang Luke Steele sehinggalah bola terlepas dan hingga di kaki Leroy Sane untuk disepak masuk bagi mendahului dengan agregat 1-3.

Image result for bristol 2-2 man city leroy sane

Sekembali di babak kedua, tiga minit selepas perlawanan disambung Sergio Aguero menambah gol kedua melalui hantaran Kevin De Bruyne yang membangkitkan suara para penyokong City yang pada awalnya tenggelam oleh para penyokong tuan rumah yang memenuhi Ashton Gate berkapasiti 27,000.

Bristol City yang menyasarkan untuk kembali dipromosi ke Liga Perdana Inggeris ternyata tidak menyerah kalah dengan semangat setelah mengalahkan empat pasukan liga utama dalam laluan ke semifinal termasuk Manchester United terus melakukan serangan balas.

Pada minit ke-64 hantaran silang Paterson ditanduk masuk Marlon Pack melepasi Claudio Bravo untuk menghidupkan kembali harapan mereka ke Wembley.

Pasukan Pep Guardiola terus mencari gol seterusnya termasuk oleh Danilo Luiz dan Ilkay Gundogan namun tidak membuahkan hasil sehinggalah Aden Flint menjadikan kedudukan 2-2 (agregat 2-3) pada masa tambahan.

LEVELLER: Aden Flint makes it 2-2 on the night, poking in from close range in injury time

 

Kebangkitan Bristol City di minit-minit akhir hampir membayangkan perlawanan dengan masa tambahan atau penalti penentuan yang cuba dielak oleh kedua-dua pasukan sehinggalah dua minit kemudian De Bruyne meledak gol ketiga dari hantaran Sane untuk membawa City ke Wembley!

Pemain bintang

Leroy Sane jelas selayaknya untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dengan jaringan gol pembuka dan bantuan jaringan untuk gol De Bruyne.

Di sebalik kemenangan

City menempah salah satu tempat di perlawanan akhir Piala Liga dengan satu lagi tempat akan ditentukan antara Chelsea dan Arsenal pada malam Khamis.

Perlawanan akhir di Wembley telah ditetapkan pada 25 Februari yang bermakna perlawanan Liga Perdana Inggeris City menentang Arsenal yang jatuh pada hari yang sama akan dijadualkan semula.

Apa seterusnya?

City masih memburu satu lagi perlawanan di Wembley dalam saingan Piala FA dengan menentang Cardiff City kendalian Neil Warnock pada hari Ahad ini, 28 Januari di pusingan keempat.

Tiga hari kemudian City akan menerima kunjungan West Brom di Stadium Etihad, pada hari Rabu, 31 Januari dalam meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris.

Berita Pasukan Utama

17 Statistik Penting Kevin De Bruyne

Previu Perlawanan

Piala Liga: Selangkah lagi ke Wembley!

Berita Pasukan Utama

De Bruyne tandatangani kontrak baru lima tahun