quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Wigan 1
Man City 0

DEJECTION: Aymeric Laporte gets back into position as Wigan celebrate.

DEJECTION: Aymeric Laporte gets back into position as Wigan celebrate.

Piala FA Emirates (FA Cup) DW Stadium Att:19242 Isnin, 19 Februari 2018 7:55:00 PTG

Wigan Athletic

1

Grigg 79'

1 - 0

Manchester City

0
Pengadil
Anthony Taylor
Sorotan perlawanan Matchday centre

Wigan Athletic:

  • Walton
  • Burn
  • Byrne
  • Dunkley
  • Elder
  • Perkins
  • Powell Fulton 27’
  • Roberts Jacobs 55’
  • Power
  • Massey Colclough 77’
  • Grigg
Pemain simpanan tidak diturunkan
Hunt, Bruce, Jones, James

Manchester City:

  • Bravo
  • Delph
  • Stones
  • da Silva
  • Laporte
  • Gündogan
  • Silva De Bruyne 65’
  • Luiz Rosa
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané Walker 45’
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Santana de Moraes, Zinchenko, Kompany, Foden, Diaz

Luka lama berdarah semula, itulah ibarat City selepas sekali lagi dikecewakan Wigan Athletic dalam Piala FA dengan kekalahan 1-0 di Stadium DW.

Apa yang telah berlaku?

City turun dengan sasaran untuk menebus kekecewaan tewas di final tahun 2013 dan tersingkir di suku akhir tahun 2014 di kejohanan sama dalam pusingan kelima musim ini.

Pep Guardiola melakukan enam pertukaran pemain dari pasukan yang telah menumpaskan FC Basel 4-0 dalam perlawanan pertama 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

City hampir menjaringkan beberapa gol di permulaan separuh masa pertama melalui beberapa percubaan Sergio Aguero dan Ilkay Gundogan namun gagal membuahkan hasil.

Pendahulu Liga Satu (Divisyen Ketiga England) bertahan kukuh menahan setiap asakan pelawat yang mendominasi sehingga 82% posesi bola dari awal perlawanan sehinggalah tandukan John Stones hinggap di kaki Fernandinho namun rembatannya hanya sejengkal melepasi palang.

HEARTBREAK: John Stones reacts to City's FA Cup defeat at Wigan...

Seminit sebelum masa rehat, City terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Fabian Delph dilayangkan kad merah selepas terjahan ke atas Max Power di masa tambahan yang menimbulkan tanda tanya dan mencetuskan kontroversi.

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor yang pada mulanya mengeluarkan kad kuning menukarnya kepada merah atas desakan para pemain dan bos Wigan serta para penyokong tempatan.

Di masa tambahan Aguero hampir membuka jaringan namun masih dapat ditepis keluar Christian Walton untuk membawa kedudukan tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Image result for wigan 1-0 man city ilkay gundogan fa cup

Sekembali di babak kedua, Pep menurunkan Kyle Walker menggantikan Leroy Sane dan tiga minit selepas perlawanan bermula, Gundogan sekali lagi melakukan percubaan namun ia melambung tinggi.

Dengan kedudukan masih terikat, Kevin De Bruyne masuk menggantikan David Silva dengan baki 25 minit perlawanan dan ia sedikit sebanyak merubah rentak permainan.

FULL STRETCH: Danilo challenges for the ball.

Pada minit ke-73 City mengasak gawang Latics bertubi-tubi melalui percubaan Aguero diikuti Fernandinho sebelum hantaran Danilo Luiz tidak terkejar oleh Kun untuk menyudahinya.

Enam minit kemudiannya, dengan kesilapan Kyle Walker melepaskan bola telah diambil peluang oleh Wigan melakukan serangan balas dan Will Grigg menggelecek laju lalu meledak gol pembuka yang sukar diselamatkan Claudio Bravo.

Image result for wigan 1-0 man city fernandinho

Ia  menggamatkan suasana di stadium dan membungkamkan para penyokong City dengan bayangan kisah pahit yang ingin dilupakan mereka sejak lima tahun lalu.

Citizens terus mencari gol penyamaan namun pasukan kendalian Paul Cook terus bertahan utuh ke wisel penamat untuk mengakhiri perlawanan dengan kekalahan 1-0.

FRUSTRATION: Sergio Agüero turns after Wigan take the lead.

Di sebalik kekalahan

City terkeluar dari Piala FA sementara Wigan akan bertemu Southampton di tempat sendiri di perlawanan suku akhir.

Namun City masih berjuang dalam tiga lagi kejuaraan dengan hanya memerlukan 6 sahaja lagi kemenangan untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris, berjaya ke perlawanan akhir Piala Carabao menentang Arsenal dan selangkah lagi ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menang 4-0 di perlawanan pertama 16 akhir ke atas FC Basel.

Apa seterusnya?

Tumpuan City seterusnya adalah perlawanan akhir Carabao Cup menentang pasukan kendalian Arsene Wenger di Wembley pada hari Ahad depan, 25 Februari jam 4.30 petang UK bersamaan 12.30 pagi Isnin waktu Malaysia.

Kemudian ia dikuti kunjungan semula ke London bertemu lawan sama Gunners di Stadium Emirates dalam Liga Perdana Inggeris pada 1 Mac sebelum menerima kunjungan Chelsea di Stadium Etihad pada hari Ahad berikutnya, 4 Mac.

Previu Perlawanan

Misi mengubat luka lama

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik EPL Januari

Berita Pasukan Utama

Pep khabarkan berita baik kembalinya Gabriel Jesus