quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 5
Leicester 1

TRIO: KDB, Bernardo and Aguero embrace as City go 3-1 up at the Etihad.

TRIO: KDB, Bernardo and Aguero embrace as City go 3-1 up at the Etihad.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54416 Sabtu, 10 Februari 2018 5:30:00 PTG

Manchester City

5

Sterling 3'

Aguero 49', 53', 78', 90'

5 - 1

Leicester City

1

Vardy 24'

Pengadil
Mike Jones
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Ederson
  • Walker
  • Laporte
  • Otamendi Stones 81’
  • Zinchenko Danilo 65’
  • Fernandinho (Foden 80) Gundogan
  • Bernardo
  • De Bruyne
  • Sterling
  • Aguero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Kompany, Nmecha, Diaz

Leicester City:

  • Schmeichel
  • Chilwell Iheanacho 62’
  • Maguire
  • Dragovic
  • Fuchs
  • Albrighton
  • Ndidi
  • James
  • A Silva
  • (Simpson 46) Diabate (Mahrez 62)
  • Vardy
Pemain simpanan tidak diturunkan
Jakupovic, Gray, Iborra, Benalouane

Manchester City kembali berpesta gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Leicester City di Stadium Etihad dengan empat jaringan Sergio Aguero.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 27 +59 72
2 Manchester United 27 +32 56
3 Liverpool 27 +30 54
4 Chelsea 27 +26 53

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola melakukan dua perubahan dari hasil seri 1-1 dengan Burnley minggu lalu dan selepas hanya tiga minit perlawanan Raheem Sterling meledak gol pembuka dari hantaran Kevin De Bruyne, sekaligus gol ke-20 nya buat kelab di kesemua kejohanan musim ini.

Ia menebus kembali rasa terkilan pemain sayap Englan tersebut yang terlepas dua peluang gol keemasan di Turf Moor dalam sasaran pasukan kembali di laluan kemenangan.

Ia seakan satu aliran dengan Citizens mendominasi permainan melalui posesi bola 70% berbanding Foxes 30% namun masih tumpul dari segi penyudahan akhir meskipun banyak peluang dicipta.

Pada minit ke-24 ia membawa padah apabila Jamie Vardy berjaya melepasi hadangan awal Nicolas Otamendi diikuti Aymeric Laporte untuk merembat masuk gol penyamaan melepasi Ederson Moraes.

Namun City memberi reaksi serta merta apabila percubaan Bernardo Silva dan Fernandinho memaksa Kasper Schmeichel melakukan penyelamatan, ia diikuti tendangan rendah De Bruyne turut dapat ditepisnya keluar.

Empat minit sebelum rehat, Sterling hampir menambah gol kedua namun pantas diterjah keluar Aleksandar Dragovic untuk mengakhiri babak pertama dengan kedudukan terikat 1-1.

Sekembali di separuh masa kedua, Claude Puel merombak formasi para pemainnya daripada lima pemain pertahanan di babak pertama kepada empat, dan ia membuka ruang di kedua-dua belah sayap untuk City melakukan serangan dengan lebih terbuka.

Hanya empat minit selepas perlawanan disambung, Aguero menambah gol kedua melalui hantaran cantik De Bruyne dan selang empat minit kemudian, gol ketiga hadir tanpa dijangka Kasper sebelum gol keempat yang juga jaringan hatrik disumbat masuk dari kesilapan Kasper yang cuba menghantar bola kepada Dane namun pantas disambar Aguero.

Ia jelas tidak berhenti di situ, seminit sebelum wisel penamat Aguero menambah gol kelima melalui bantuan Phil Foden yang kembali beraksi untuk memberi kemenangan bergaya 5-1.

 

Pemain bintang

Siapa lagi? Dengan empat jaringan gol, selayaknya Sergio Aguero dinobat Pemain Terbaik Perlawanan yang menjadikan gol keseluruhan buat kelab ke angka 197 dari 284 penampilan dan 12 hatrik.

Kevin De Bruyne turut cemerlang dengan hatrik bantuan jaringan yang membawa 41 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris sejak menyertai City, menjadikannya sebagai pembantu jaringan terbanyak dalam lima liga utama Eropah mengatasi Leo Messi, 39.

Di sebalik kemenangan

City menambah jurang di puncak kepada 16 mata dengan Manchester United akan bertemu Newcastle United pada hari Ahad.

Apa seterusnya?

City akan terbang ke Switzerland pada hari Selasa untuk perlawanan pertama 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah melawan FC Basel.

Ia akan diikuti perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Wigan Athletic pada hari Isnin depan sebelum bertarung merebut piala pertama musim ini, Carabao Cup dalam perlawanan akhir di Wembley menentang Arsenal pada hari Ahad, 25 Februari.

City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan sekali lagi bertemu Arsenal pada 2 Mac di Stadium Emirates.


Previu Perlawanan

Menghadapi tamu sang musang

Man City vs Leicester City

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan dalam menerima kunjungan Leicester City di Stadium Etihad.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin berjaya dalam empat kejuaraan

Berita Pasukan Utama

City mendapat tiga pencalonan anugerah EPL Januari