quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

FC Basel FC Basel 0
Man City 4

DEADLOCK BROKEN: Ilkay Gundogan celebrates heading City into an early lead.

DEADLOCK BROKEN: Ilkay Gundogan celebrates heading City into an early lead.

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) St Jakob-Park Stadium Att:36000 Selasa, 13 Februari 2018 7:45:00 PTG

FC Basel

0
0 - 4

Manchester City

4

Gündogan 14', 53'

Veiga de Carvalho e Silva 18'

Agüero 23'

Pengadil
Jonas Eriksson
Sorotan perlawanan

FC Basel:

  • Vaclik
  • Xhaka
  • Lacroix
  • Suchy
  • Lang
  • Serey Dié
  • Riveros Galeano
  • Frei
  • Stocker Ajeti 71’
  • Oberlin
  • Elyounoussi Bua 85’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Salvi, Manzambi, Zuffi, van Wolfswinkel, Petretta

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Kompany
  • Gündogan
  • De Bruyne Silva 63’
  • Luiz Rosa
  • Sterling Sané 57’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Agüero da Silva 85’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Stones, Laporte, Foden, Bravo

Manchester City menjadikan beban kurang untuk digalas dibawa ke perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menundukkan tuan rumah FC Basel 4-0 di perlawanan pertama.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola menampilkan semula Fabian Delph dalam kesebelasan utama yang kembali dari kecederaan, sementara Leroy Sane dan David Silva turut kembali dari kecederaan dan ditempatkan di bangku simpanan.

FC Basel yang menduduki tangga kedua Swiss Super League telah menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan, November lalu sebelum tewas 3-0 di Old Trafford mengharapkan mengulanginya sama dengan kelebihan bermain di tempat sendiri.

FCB kendalian Raphaël Wicky yang bertahan kukuh dari awal perlawanan dengan sokongan padu para penyokong tempatan hampir membuka jaringan pada minit ke-7 melalui percubaan Serey Die namun Ederson dengan tangkas tampil menyelamatkannya.

Lima minit kemudian, tendangan penjuru Kevin De Bruyne menemui Ilkay Gundogan untuk meledak gol pembuka melepasi penjaga gol Basel, Tomas Vaclik.

Selang empat minit selepas itu, Bernardo Silva pula menambah gol kedua dari hantaran silang Raheem Sterling dengan tendangan voli menggamatkan para penyokong City menghangatkan malam yang dingin di bawah takat beku di St Jakob Park.

Image result for FC Basel 0-4 Man city

Ia jelas tidak berhenti di situ apabila lima minit kemudian, Sergio Aguero yang menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Leicester Sabtu lalu menyumbat gol ketiga sekaligus gol ke-198 nya untuk kelab .

Image result for FC Basel 0-4 Man city aguero

De Bruyne dan Sterling hampir menambah gol keempat sebelum masa rehat namun gagal mengena sasaran untuk menjadikan kedudukan 3-0 di babak pertama.

Image result for FC Basel 0-4 Man city

Sekembali di separuh masa kedua, Mohamed Elyounoussi memaksa Ederson menepis percubaannya yang hampir membuahkan gol sebelum Gundogan merembat masuk gol keempat melalui tendangan jarak jauh pada minit ke-53.

Image result for FC Basel 0-4 Man city

Ilkay hampir menambah gol kelima yang juga jaringan hatrik namun ia pantas dihadang pertahanan Basel sebelum tendangan voli Danilo turut terhalang untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan bergaya 4-0 buat City.

Ia malam Eropah yang menyakinkan buat Citizens namun masih ada 90 minit lagi sebelum mereka dapat menempah tempat ke suku akhir kejohanan kali ini.

Pemain bintang

Permainan cemerlang pemain tengah Jerman, Ilkay Gundogan dengan dua jaringan gol selayaknya dinobat Pemain Terbaik Perlawanan.

Image result for FC Basel 0-4 Man ilkay gundogan

Di sebalik kemenangan

Dengan kelebihan empat gol di tempat lawan, pasukan Pep Guardiola sudah melangkah sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan perlawanan kedua di Stadium Etihad pada 7 Mac ini.

Kemenangan di Basel juga merupakan pencapaian individu buat Pep Guardiola dengan perlawanan ke-100 Liga Juara-Juara di bawah kendaliannya merangkumi tiga kelab Barcelona, Bayern Munich dan City.

Image result for FC Basel 0-4 Man city

Apa seterusnya?

City akan meneruskan saingan Piala FA dengan berkunjung ke DW Stadium pada hari Isnin, 19 Februari bertemu Wigan Athletic dalam pusingan kelima sebelum bertandang di Stadium Wembley hari Ahad berikutnya, 25 Februari dalam sasaran piala pertama musim ini dalam perlawanan akhir Carabao Cup melawan Arsenal.

Ia akan diikuti dua perlawanan penting Liga Perdana Inggeris bertemu Arsenal (1 Mac)  dan Chelsea (4 Mac).

Previu Perlawanan

Menyahut cabaran Eropah di Switzerland

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami sasar lebih bagus dalam UCL kali ini

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Tugasan berat masih banyak di hadapan