quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Burnley 1
Man City 1

​ROCKET: City celebrate Danilo's stunning opener.

​ROCKET: City celebrate Danilo's stunning opener.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Turf Moor Att:21658 Sabtu, 3 Februari 2018 12:30:00 PTG

Burnley

1

Berg Gudmundsson 82'

1 - 1

Manchester City

1

da Silva 22'

Pengadil
Martin Atkinson
Sorotan perlawanan

Burnley:

  • Pope
  • Taylor
  • Long
  • Mee
  • Bardsley Lowton 45’
  • Hendrick
  • Lennon
  • Berg Gudmundsson
  • Cork
  • Vokes
  • Barnes
Pemain simpanan tidak diturunkan
Lindegaard, Westwood, O'Neill, Nkoudou, Arfield, Wells

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Otamendi
  • Walker
  • da Silva
  • Kompany
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Luiz Rosa
  • Sterling Diaz 74’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Adarabioyo, Laporte, Zinchenko, Touré, Bravo

Manchester City terlepas peluang untuk menambah jurang kepada 18 mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas diikat seri 1-1 dengan Burnley di Turf Moor, hari Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 26 +55 69
2 Manchester United 26 +33 56
3 Liverpool 26 +28 51
4 Chelsea 26 +23 50

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola buat pertama kali menurunkan kurang seorang pemain di bangku simpanan dengan kecederaan baru John Stones menambah barisan kecederaan sedia termasuk Benjamin Mendy, Gabriel Jesus, Phil Foden, Fabian Delph dan Leroy Sane.

City bermula dengan bermain agresif yang membawa kepada beberapa pemain tuan rumah kendalian Sean Dyche mengalami kecederaan awal, namun bergelut menemui ruang untuk melakukan percubaan.

Sergio Aguero berpeluang membuka jaringan namun hantaran silang Fernandinho pantas dihadang Ben Mee sebelum Vincent Kompany hanya seinci terlepas untuk menanduknya masuk hantaran Bernardo Silva.

Pada minit ke-21 hantaran lintang Kyle Walker hinggap di kaki Ilkay Gundogan namun panyas dikepung pertahanan Clarets sebelum dapat disudahinya sebelum seminit kemudian Danilo merembat cantik hantaran Bernardo dari tendangan penjuru Kevin De Bruyne untuk gol pembuka, sekaligus gol keduanya untuk kelab.

PINPOINT: Danilo unleashes an unstoppable effort to break the deadlock.

City terus memburu gol kedua melalui dua percubaan Raheem Sterling sebelum tendangan  mantan graduan Akademi City, Ben Mee  berjaya diselamatkan Ederson.

De Bruyne hampir menjadikan kedudukan 2-0 namun tendangannya dapat ditepis Nick Pope sebelum bola muntah cuba ditendang masuk Aguero namun sekali lagi dihadang badan penjaga gol Burnley tersebut.

Di masa tambahan Aguero sekali lagi melakukan percubaan ke gawang tuan rumah, namun masih tidak dapat melepasi Pope untuk mengakhiri babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Sebaik sahaja perlawanan disambung dua percubaan berturut-turut Aguero tidak membuahkan hasil sebelum Sterling terlepas peluang keemasan di pintu gawang melalui hantaran cantik Bernardo.

Pada minit ke-70, Burnley hampir menyamakan kedudukan melalui percubaan Aaron Lennon namun berjaya diselamatkan Ederson dengan menepisnya keluar lalu terkena palang.

Akhirnya segala usaha keras Clarets berbalas apabila pemain sayap Iceland, Gundmundsson meledak gol penyamaan lapan minit sebelum wisel penamat yang memaksa Citizens berkongsi mata dengan kedudukan muktamad 1-1.

LEVELLER: Burnley peg City back with a late Jóhann Berg Guðmundsson strike.

 

Di sebalik seri

Ia merupakan perlawanan keempat musim ini City gagal meraih kemenangan selepas seri dengan Everton dan Crystal Palace serta kalah kepada Liverpool.

Dengan kemenangan Manchester United ke atas Huddersfield, ia mengurangkan kembali jurang di puncak kepada 13 mata dengan baki 12 lagi perlawanan.

Ia adalah pencapaian terbaik mana-mana kelab dalam sejarah Liga Perdana dengan mengumpul 69 mata dan 74 gol selepas 26 perlawanan.

Apa seterusnya?

Dengan tanpa perlawanan di pertengahan minggu, para pemain berpeluang rehat tiga hari sebelum kembali berlatih pada hari Rabu sebagai persiapan menerima kunjungan Leicester pada hari Sabtu depan, 10 Februari.

Kemudian pasukan akan terbang ke Switzerland bertemu FC Basel untuk perlawanan pertama peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung pada hari Selasa, 13 Februari.

 

Previu Perlawanan

Menghadapi tentangan Clarets

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Burnley satu laman mencabar dikunjungi

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City untuk UCL 16 akhir