quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Arsenal 0
Man City 3

SCENES: Elation at Wembley!

SCENES: Elation at Wembley!

Piala Liga (Carabao Cup) Wembley Att:85671 Ahad, 25 Februari 2018 4:30:00 PTG

Arsenal

0
0 - 3

Manchester City

3

Agüero 18'

Kompany 58'

Silva 65'

Pengadil
Craig Pawson
Sorotan perlawanan Matchday centre

Arsenal:

  • Ospina
  • Koscielny
  • Mustafi
  • Chambers Welbeck 65’
  • Monreal Kolasinac 26’
  • Ramsey Iwobi 73’
  • Xhaka
  • Bellerín
  • Wilshere
  • Aubameyang
  • Özil
Pemain simpanan tidak diturunkan
El Sayed Elneny, Cech, Maitland-Niles, Mertesacker

Manchester City:

  • Bravo
  • Otamendi
  • Walker
  • da Silva
  • Kompany
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Sané de Jesus 77’
  • Silva
  • Luiz Rosa Veiga de Carvalho e Silva 52’
  • Agüero Foden 89’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Stones, Santana de Moraes, Laporte, Zinchenko

Manchester City menjuarai Piala Liga kelima kelab selepas menundukkan Arsenal 3-0 di perlawanan akhir Carabao Cup di Wembley petang Ahad.

Apa yang telah berlaku?

WALL OF BLUE: City fans in full voice at Wembley.

Dengan lautan biru lebih 30,000 para penyokong Manchester City yang hadir memberikan dukungan padu pada pasukan di Stadium Wembley, Vincent Kompany mengetuai skuad dalam sasaran merangkul piala pertama kelab musim ini.

Pep Guardiola menurunkan barisan kesebelasan utama terkuat dengan mengekalkan Claudio Bravo selaku penjaga gawang yang telah membawa pasukan sampai ke peringkat akhir kejohanan.

Citizens bermula dengan meyakinkan apabila Leroy Sane dan Sergio Aguero melakukan siri serangan ke gawang Gunners, namun kadangkala sebahagian hantaran mudah dirampas Gunners dengan penguasaan bola yang hampir seimbang oleh kedua-dua pasukan.

Pasukan Arsene Wenger hampir mendahului selepas lapan minit perlawanan bermula apabila bola awal Jack Wilshere menemui Aaron Ramsey yang kemudian diambil Mesut Ozil untuk diumpan kepada bintang baru Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang namun rembatannya berjaya ditangkis Bravo.

Sepuluh minit kemudiannya, Bravo menghantar ‘bola panjang’ yang kemudian digelecek laju oleh Aguero melepasi hadangan Mustafi untuk meledak gol pembuka yang tidak terjangkau untuk diselamatkan David Ospina.

Ia merupakan gol ke-30 Kun di kesemua kejohanan pada musim ini sekaligus gol ke-199 keseluruhannya untuk kelab selepas melangkau angka 178 gol sebagai penjaring gol terbanyak kelab sepanjang zaman tahun lalu.

ELATION: Sergio Agüero celebrates breaking the deadlock with his 199th City strike.

Aguero hampir menambah gol kedua sebelum masa rehat dari tendangan sisi namun ia dapat ditepis Ospina untuk membawa kedudukan 0-1 berpihak kepada City.

Sekembali di babak kedua, City merubah rentak dengan permainan lebih laju untuk mematikan perlawanan lebih awal dan memberi tekanan kepada Gunners.

Lima minit selepas perlawanan disambung Fernandinho terpaksa menamatkan perlawanan awal kerana kecederaan otot dan diganti masuk oleh Bernardo Silva.

Ia sedikit menggusarkan pasukan memandangkan peranan penting Fernandinho sebagai 'enjin' di bahagian tengah, apatah lagi dua perlawanan penting Liga Perdana menanti menentang Arsenal dan Chelsea nanti.

Pada minit ke-58 tendangan penjuru De Bruyne cuba disudahi Ilkay Gundogan lalu ia hinggap di kaki Kompany untuk dirembat masuk menjadikan kedudukan 0-2 yang menggamatkan Wembley dengan laungan lagu Blue Moon lantang berkumandang.

Ia sedikit sebanyak mengubat luka minggu lalu apabila City disingkirkan Wigan dari Piala FA dengan kekalahan tipis 0-1 di DW Stadium.

Sembilan minit kemudian, David Silva pula menambah gol ketiga melalui hasil usaha Danilo Luiz dengan berlari laju melepasi hadangan Callum Chambers sebelum menendang masuk untuk menjadikan kedudukan 0-3 buat Citizens.

Dengan ketinggalan tiga gol Gunners seakan sudah menyerah kalah dan menghampakan lebih 50,000 penyokong Arsenal yang menaruh harapan tinggi pada mulanya untuk menjuarai Piala Liga yang kali terakhir dijulang mereka tahun 1993.

Image result for Arsenal 0-3 man city carabao cup gunners

City berpeluang untuk menambah gol seterusnya dengan Gabriel Jesus diturunkan kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan lutut sejak awal Tahun Baru, namun kemenangan 3-0 sudah cukup untuk membawa Citizens meraikan piala pertama Pep Guardiola di England.

Pemain bintang

Permainan penuh berinspirasi dan kepimpinan dipamerkan Vincent Kompany termasuk jaringan gol dan pertahanan mantap mengunci cubaan setiap cubaan serangan Arsenal membawanya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh penaja, Carabao dan EA Sports.

Apa seterusnya?

City akan kembali bertandang di kota London menghadapi lawan sama Arsenal tapi dalam kejuaraan berlainan, Liga Perdana Inggeris pada hari Khamis depan, 1 Mac (3.45 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Selepas itu City akan menerima kunjungan Chelsea di Stadium Etihad pada hari Ahad, 4 Mac sebelum meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah dalam perlawanan kedua 16 akhir dengan menentang tamu, FC Basel, 7 Mac nanti dengan hanya selangkah lagi ke suku akhir.

Sementara itu, kita raikan kejayaan ini!

 

Previu Perlawanan

Piala Liga: Pertemuan pertama di pentas akhir

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan cuba juarai Carabao Cup!

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva kian penting buat City